Monday, December 25, 2006

Mari Belajar Mengira

"Tol akan dinaikan .30 sen sahaja mulai 1 Januari 2007." Kata pemimpin yang kita pilih sebab tiada pilihan lain yang lebih layak.

BERAPAKAH KOS HIDUP KAMU, YANG AKAN BERTAMBAH TAHUN DEPAN?

.30 sen X 2 (kali sehari pergi/balik kerja) X 5 (hari seminggu) X 4 (minggu dalam sebulan)

= RM 12.00 (Adakah nilai ini banyak bagi kamu?)


JIKA SEKARANG KAMU MEMBAYAR TOL SEBANYAK;

RM 1.30 X 2 (kali sehari pergi/balik kerja) X 5 (khari seminggu) X 4 (minggu dalam sebulan)

= RM 52.00 (Adakah ini nilai duit yang kamu bazirkan sekarang?)


MULAI 1 JANUARI 2007

RM 12.00 + RM 52.00

= RM 64.00 (Adakah kamu sanggup membayar sebanyak ini setiap bulan?)

*p/s: ini adalah kiraan paling minimum

******

Kamu masih tidak faham apa yang ingin aku sampaikan? Itulah sebabnya, dari dahulu aku cakap Rakyat Malaya ni kaya! Hidup dalam Zon Selesa. Dan aku tahu, mesti ada yang tak setuju dengan aku. Hahahaha

Saturday, December 23, 2006

Monday, December 18, 2006

Tiket Hidup

Aku bukanlah pelajar yang bijak. Bukan genius. Aku hanya tergolong dikalangan pelajar yang biasa-biasa sahaja. Belajar lebih, keputusan peperiksaan baguslah. Belajar lebih kurang, keputusan peperiksaan seperti orang lainlah. Seperti orang ramai. Tiada siapa yang ambil kesah. Dan. Aku tetap seperti budak-budak kampung aku yang lain. Nakal. Nakal tak berupa (kata tok kepada aku).

Aku pernah lari dari rumah, yang ketika itu usia aku dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Kerana terlalu takut dengan emak, atas kesalahan yang aku sendiri telah lupa kini.

Aku pernah membakar longgokan getah kusyen di tepi rumah. Sehingga api marak menjulang sama tinggi dengan atap. Hampir membakar rumah.

Aku pernah meletupkan plak motor di dinding. Kekuatan dentuman menyebabkan rumah aku bergegar.

Aku pernah digantung dan dibuang asrama dan sekolah atas kesalahan sebagai ketua perancang. Kami membuat satu modus operandi memukul seorang pelajar asrama secara berkumpulan di tengah malam. Hampir separuh pelajar asrama lelaki digantung sekolah.

Dan berbagai-bagai tindakan yang aku sendiri malu nak tulis. Kadang-kadang apabila dikenang semula, aku menyesal sendiri dengan tindakan bodoh aku ketika itu.

Namun, sampai suatu ketika aku sedar betapa aku harus ke sekolah. Harapan emak dan abah amat tinggi pada aku. Aku tertekan dengan harapan yang digalas itu, di sebabkan aku anak yang pertama.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya diterima masuk ke universiti. Namun, aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan di kampung. Mungkin nasib mereka tidak sebaik aku waktu itu. Setelah habis persekolahan, mereka bekerja kampung atau bekerja di kilang-kilang.


*****
"Engkau untung la dapat masuk universiti. Cerah masa depan. Lain lah aku ni, duduk kampung menoreh getah je. Nanti jangan lupa aku tau!" Jakpo memulakan perbualan.

"Tak lah. Aku tak lupa."

Dan detik waktu bagai kaku seketika.

"Sebenarnya bagi aku. Tak semestinya kita berjaya di sebabkan kita masuk universiti. Ramai juga orang yang tak masuk universiti berjaya. Ramai juga orang yang duduk di kampung berjaya. Sebenarnya berjaya dalam hidup adalah yang paling penting." Aku meneruskan perbualan.

Dalam hati aku berkata....

"Belajar di universiti tidak bermaksud kita berjaya dalam hidup. Universiti hanyalah tiket untuk berjaya dalam hidup. Terpulanglah kepada individu, bagaimana harus dia mengunakan tiket itu. Tanpa tiket pun boleh berjaya apa."

Friday, December 15, 2006

Haruman Pandan

Seminggu lagi Temasya Sukan Tahunan Sekolah akan berlangsung.

Aku, dan rakan-rakan di kelas tahun 3 ditugaskan mengecat putih tempurung kelapa. Sebanyak mungkin. Secepat mungkin. Sempurna.

Dan. Setiap petang kami diwajibkan turun ke padang. Menjalani latihan perbarisan dan acara-acara yang disertai. Seminggu itu.

Jam 7 pagi berunifom putih berseluar biru ke sekolah. Tengah hari pulang ke rumah. Jam 3 petang ke sekolah lagi. 10 minit sahaja. Pergi dan pulang berjalan kaki. Komited.

Hari itu, tengah hari aku pulang dengan penat. Lepas solat dan makan aku bersiap-siap ke sekolah semula. Segera. Tadi, Cikgu Bakarudin arahkan semua murid berkumpul di sekolah sebelum jam 3. Di dinding, jam menunjukkan tepat jam 2 petang.

"Tak mahu lewat" fikir aku.

Tetapi.

"Abang Long, pergi belakang rumah Tok kejap. Ambil daun pandan." Pinta Mak.

"Alaaaah.. nak cepat ke sekolah ni. Tadi cikgu suruh. Semua budak pergi cepat. Nak cepat ni. Takut lambat. Cikgu dah pesan tadi..."

"OOhh.. Kalau cikgu suruh semuanya dengar. Semuanya ikut. Kalau cakap Mak, tak nak dengar, tak mahu ikut. Pergilah duduk dengan cikgu tu. Jadi anak dia!" Leter Mak.

Aku diam kelu.

Pagi esoknya. Aku bersarapan nasi lemak yang harum. Haruman yang datang dari nasinya.

*****

Vonisnya. Bertahun-tahun selepas itu, hingga kini. Leteran Mak yang ini, masih terngiang-ngiang di telinga.

Dan aku berbisik;

"Aku mahu jadi anak Emak. Tak mahu jadi anak cikgu...."

Thursday, December 14, 2006

Senyuman Emak

Aku resah, hidup kosong. Aku hanya tidur dan mandi sungai. Lari dari kekosongan. Mengisi kekosongan.

*****

"30 000 GRADUAN MENGANGGUR SETIAP TAHUN"
Tajuk utama Berita Harian hari ini.

"Huh.. akulah salah seorang daripada 30 ribu ni" getus hati.

*****

"Abang Long..! Tadi Kak Long Hajar cakap dia nak lengkuas, halia, serai, serai wangi. Katanya nak banyak, nak hantar ke kilang herba."

"Tanah kita kat darat tu banyak lengkuas. Pergilah gali. Jual kat dia. Lengkuas tu dah lama Mak tanam. Mesti banyak. Nanti dapatlah sikit duit" emak bersuara.

"Emmm.. Ye lah Mak, nanti petang saya pegi gali."

*****

Bertemankan cangkul, berselipar jepun. Setelah hampir 2 jam membanting tulang, aku gali semua langkuas Mak. Aku agak, hampir setahun aku tak menghayun cangkul. Tapak tangan dan jemari aku yang halus ni, melecet berair. Namun semua lengkuas berjaya aku keluarkan. Itu pun setelah bersusah payah berperang. Mengorbankan beberapa titik darah untuk nyamuk dan pacat.

*****

"Mak, agak-agak berapa ringgit lengkuas yang saya gali ni. 50 ringgit boleh dapat tak?" Soal aku setelah melonggokkan lengkuas di tepi rumah.

"Basuh lah dulu lengkuas tu. Kasi bersih. Buang tanah. Kak Long Hajar cakap, kalau jual bersih tanpa kulit, mahal sikit. Baik kikis dulu kulit lengkuas tu sebelum jual." Mak bercakap tanpa menjawab soalan aku.

*****

2 hari aku kerja keraskan lengkuas tersebut. Menyental lengkuas dengan berus sabut. Mengikis kulit supaya harganya mahal nanti. Harapnya.

"Mungkin 60 ringgit ni" fikir aku.

Dan. 2 hari mak tersenyum melihat usaha aku. Entah apa makna di sebalik senyuman itu.

Aku mengeringkan peluh. Setelah semua kerja-kerja gembalaan lengkuas siap, Kak Long Hajar datang. Berbunga-bunga hati aku. Haruman duit lengkuas menusuk kalbu.

"Nah! 6 ringgit setengah. Berat lengkuas ni 2 kilo setengah aje."

"Ha? 3 hari punya kerja dapat 6 ringgit setengah je. Hihihihi." Geli hati aku menerima duit dengan kerja sekeras itu. Namun aku terima dengan pasrah.

"Hahahaha... Hihihihi...." Mak gelakkan aku.
"Hahahaha... Hihihihihi..." Kami ketawa bersama-sama.

"Kalau duduk saja-saja, boleh dapatkah enam ringgit setengah? Itu lah duitnya, kalau kerja dengan tenaga." Sambung emak.

"Kalau kerja dengan ilmu, lain.... Hasilnya lebih banyak. Tapi kena berusahalah. Sia-sia belajar tinggi-tinggi kalau tak pandai nak cari kerja. Kerja bukan datang bergolek pada kita. Kita yang kena cari kerja, atau kita yang kena cipta kerja." celoteh emak lagi.

Wednesday, December 13, 2006

Perbedaan & Perbezaan

Bung Karjo pernah tinggal di Pandan Indah selama 5 tahun. Menjadi peniaga air soya selama itu. Setelah kaya. Kembali ke Jakarta berstatus Saudagar Jutawan Air Soya Pandan Indah.

Sekarang mampu memiliki Empayar Perkhidmatan Wisata di Jakarta, Bandung & Bali. Juga hasil jualan air soya di Pandan Indah.

Seketika di Jakarta bersama Bung Karjo:

"Bung, apa persamaan dan perbezaan yang jelas antara Kuala lumpur dan Jakarta?"

"Emmm, lubangnya!"

"Maaf bung, saya kurang jelas?"

"Di Kuala Lumpur jalannya berlubang-lubang. Tetapi di Jakarta, lubangnya berjalan-jalan."

"Oh hooooooo..."

>>>Sambungan entry. Versi tersipu-sipu dalam NARA YUDA #2

Monday, December 11, 2006

Luar & Dalam

Ada orang cakap aku nakal - kalau baca daripada blog.

Ada orang cakap aku kat luar tak sama dengan aku yang kat dalam.

Ada apa-apa maksud tersiratkah?



>> kamu rindukan sayakah? ehhh malulah...

Friday, December 01, 2006

PERHATIAN!!

ESIS DICAPRIOS @ TAKUYA KIMURA

...berjuang/bercuti...
sehingga tarikh yang bakal dinyatakan

KETEGARAN PEMBACAAN ANDA, AMAT SANGAT DIHARGAI

demi memenuhi keghairahan anda terhadap NARA YUDA #2
tunggukan kemunculannya diriba anda

[saya pasrah harapan anda]
terbaik daripada kami
(titipkan perkhabaran rindu & kasih anda selayaknya untuk saya)

Wednesday, November 29, 2006

Marginal: Ceritera Berangkai

CERITA 1
Ada seseorang bercerita (sepatutnya aku ingat nama dia, tapi aku lupa hehe). Kawan lama aku ni bersungguh-sungguh dan sanggup pergi Australia. Nak tengok negara orang katanya. Tapi yang dia ada hanya tiket pergi dan balik sahaja. (Kalau cakap dia tiada sesen, tipulah). Dia sanggup jadi homeless. Nak tengok negara orang katanya. Berkelanalah dia di sana bergelandangan beberapa lama. Cuma ada tiket pergi dan balik sahaja.

"Rahmat, aku dengar kamu ke Australia?"

CERITA 2
Ada lagi seorang kawan aku bercerita (juga aku lupa lagi siapa haha). Kawan-kawan aku ni, buat rombongan beramai-ramai ke Medan. Hanya untuk merasa dan menghayati hidup sebagai homeless. Secara berjemaah. Di Medan.

"Kawan, orang Medan datang sini cari duit, buat rumah besar di sana."
"Kamu, tak mahu rumah di sini, buat-buat tiada duit di sana."

CERITA 3
Balik daripada satu program kebudayaan di BFSU. Dari hotel kami ke sana berjalan kaki melalui sebuah terowong di bawah jalanraya. (Di sana, aku tak pernah jumpa jejantas). Di sinilah tempat tinggal golongan marginal. Kami suka berurusniaga dengan mereka, harga barang lebih murah. Saudagar terowong. Walaupun homeless, mereka tetap berdagang di lorong-lorong bawah tanah. Demi meneruskan kehidupan di sebuah negara Komunis. Mereka ini saudagar sara diri. Tiada rumah tidak bermakna mereka harus meminta-minta. Selalunya menjual glove, mafla, snow cap dan cenderahati untuk pelancong.

"Woo pu chi teck?" (Aku tak pasti ejaan rumi aku betul! hehe)

CERITA 4
Kamu pernah tengok filem pendek tajuknya; Marginal. Alaa, yang menang FFM06 baru-baru ni. Tentang homeless di Malaya. Sebenarnya. Aku tak pernah tengok homeless macam tu di Malaya. Entah mana idea dia dapat.

"Pssst.. mereka tu student aku." (Hehe tapi aku tak pernah mengajar mereka. Rapat sahaja)
____________________
lagi siapa??

Tuesday, November 28, 2006

Dulu Kami Ngedet

Dulu. Kami ngedet. Entah yang keberapa ratus kali.

Aku belanja comey makan sushi. Buat pertama kali untuk comey. Sushi telur salmon pilihan comey. Sushi unagi pilihan aku.

Comey makan sushi telur salmon, aku makan sushi telur salmon.
"Emmmm, sedap!" Kata comey.

Comey makan sushi unagi, aku makan sushi unagi.
"Emmmm, sedapnyee!" Kata comey.

"Tahu tak unagi tu apa?" Aku bertanya
"Entah." Ringkas comey jawab

"Sebenarnya unagi tu.... belut..." Aku.
"Eeeeyak! Eh ye keee ni? Errrr, saya rasa nak muntah la." Comey loya.

"Eh, eh, eh, bukan. Unagi tu bukan belut, hehehe." Aku bohong sunat.
"Oooo, lain kali jangan tipu tau, geli. Nanti muntah." Kata comey. Antara percaya dengan tidak jawapan aku.

hik hik

Monday, November 27, 2006

Bunyik

"TIN! TIN!.. tepi sikit"

"Mana ada TIN! TIN!.. sepatutnya PIN! PIN!.."

"PIN! PIN!.. tu bunyi apa? Mana ada jugak."

"Bunyik loceng beskal"

"Loceng basikal bunyi KRINGG! KRINGGGGG!...."

"Kalo bunyik KLING,KLINGG!.. KLING,KLINGG!.. Apa?"

"Haaa, itu bunyi orang jual eskrim"

"Salah! Mana ada.. Orang jual aiskrim sekarang bunyik. MAT KOOL, MAT KOOL, KAWAN KU, MARI KITA IKUT.. MAT KOOL, MAIN MAIN SELALU, SYOKNYA SYOKNYA ADA MAT KOOL. MAAAAAATTTT KOOOOLLL.. hehehehe"

Wednesday, November 22, 2006

Makhluk Lelaki

LELAKI BERKEMUNGKINAN 6 KALI LEBIH TINGGI BERISIKO DISAMBAR PETIR BERBANDING WANITA


Agak-agaknya orang lelaki, terdapat terlalu banyak unsur besi dalam badan.

atau

Makhluk jenis lelaki ni banyak dosa. Taubatttt......

atau.....

Tuesday, November 21, 2006

RAPAT '06


Naga: Bro.. jom kita pegi memancing lepas ni. Bla, bla, bla, bla.
Kemat: Apa! pegi memancing? Aku tak leh. Nak gi kursus kawen lepas ni.
Lan Rambai: Psssttt.. psssttt... korang, mintak rokok sebatang. Aku boring ni.
Aku: Wooiiit!!! Naga, air liur ko bersembur kat muka aku. (Mana payung nih?: dalam hati)


Cari Benda Tersembunyi:
kucing, zine nara yuda, pensil, ikan duyung, buah kelapa, kuih tat, pistol, kutang.

Monday, November 20, 2006

Anugerah Terindah

Aku buka Kudeta. Aku tatap. Aku fokus. Lembaran pertama.

Dia cuit hidung aku. Dia halang mata aku. Dia tarik rambut aku. Dia cucuk perut aku. Dia tarik telinga aku. Dia goyang kepala aku. Dia tarik hidung aku. Dia tutup mata aku. Santai.

Aku buka
Kudeta. Aku tatap. Aku fokus. Lembaran pertama. Lagi perenggan pertama.

Tivi bertayangan kelabu. Kipas berputar laju. Lesu.

Dia cuit hidung aku. Dia halang mata aku. Dia tarik rambut aku. Dia cucuk perut aku. Dia tarik telinga aku. Dia goyang kepala aku. Dia tarik hidung aku. Dia tutup mata aku. Santai.

Kudeta aku ketepikan. Remote control aku ambil. Tekan punat merahnya.

Kemudian...

Isteri Bukannya Hak Milik Tapi Anugerah

Friday, November 17, 2006

Malam Akrobatik

Meliuk lentuk seperti pacat gaya mereka. Itulah hidangan malam itu. Akrobatik di Chaoyang Theatre.

Aku duduk ditengah. Di tengah-tengah. Gafur juga. Sayup. Sayup sekali. Kecil. Berwarna warni. Meliuk lentuk. Melompat-lompat. Pacat bewarna warni.

Bersebelahan kami. Kumpulan pelajar Jepun. Rambut kembang terpacak. Perang. Mereka senyum. Kami senyum. Kami angguk. Mereka angguk. Ayam dan itik bertegur sapa.

"We.. we from Malaysia. Malaysia. Kami, kami." Tegur Gafur pada budak Jepun sambil jari menunjuk-nunjuk pada aku dan dia. Bahasa isyarat.

"OoooOO Malay-shia. OOoo OooO Kual-la Lum-pur. Dr. Mahat-dir." Kata budak Jepun itu. Masih berbunyi Jepun. Itu yang dia tahu. Bangga. Tersenyum.

"Yeeee u are good. Pandai. Yeeee, yeeeee" Puji kami. Mengangkat ibu jari. Lagi berbahasa isyarat. Itu yang memahamkan kami.

"My name. Nama saya Takuya. Takuya Kimura..." Aku perkenalkan diri.
"Waaa Hahahahahahahahahahaha." Budak-budak Jepun ketawakan aku. Aku ketawa juga.

"My name Takesyi.. Istanaaaa Takesyi..." Gafur memperkenalkan diri.
"Murerekekekekekekeke." Aku, Gafur dan budak-budak Jepun ketawa. Bersungguh-sungguh.

Ayam dan itik sama-sama ketawa.

Wednesday, November 15, 2006

Bangsa Bertebaran

Sunset. Di awal musim sejuk. Pancaran sinar mentari di udara biru yang berkabus. Tipis. Dan kami. Di tepi Tasik Kunming, di Summer Palace. Geng jejaka bergambar. Di waktu itu, panorama indah sekali.

Melintas seorang Ah Soi. Tersenyum-senyum melihat keletah kami. Sakan bergambar.

"Please... please madam. Take our photo..." Rayu Pian.
"Ok." kata Ah Soi sambil tersenyum.
"Emmm. You push this button ok?" Pian memandai-mandai ajar Ah Soi.
"Ok, ok." Ah Soi tersenyum makin lebar.

Dari lensa kamera. Ah Soi fokus foto kami. Kami pose dalam posisi paling tampan dalam sejarah dunia.

Tiba-tiba. Ah Soi tunjuk-tunjuk belakang kami. Dengan muka yang serius. Tunjuk lagi. Tunjuk lagi. Muka serius. Tunjuk lagi. Belakang kami.

Kami berpaling tengok belakang. Kami kehairanan. Tiada apa-apa. Tiada bahaya. Kami berpaling. Kami berpaling. Kami kehairanan lagi.

"Why madam? Why...?" Aku kehairanan. Kami curious.

"Errrrr... errrrrr... errrr."
"Err...eerr.. Itu matahali ade blakang. Manyak silau. Ini gamba manyak itam. Talak cantik." Ah Soi berbahasa Melayu tiba-tiba.

"Haaaaaaaaaa." Kami terpinga-pinga.
"Aiyaaa.. Saya dari Melake la. Dari Malaysia juge. Hi hi hi hi..." Ah Soi tanpa kami tanya.

Friday, November 10, 2006

Filasuf Dalam Filasuf

Suatu ketika di Forbidden City.

"Dalam kota ni terdapat 9,999 bilik." Terang Prof Woo.
"Kenapa tak buat 10 ribu bilik? Kurang satu aje tu." Tanya aku yang suka nak provok.

"10 ribu tu milik tuhan." Jawab Prof Woo ringkas.
"Opppppp, ooooo." Aku tercengang.

"Apa signifikan Falsafal Confucius dengan yang ini agaknya?" Dalam hati aku berkira-kira.

TERUS

"Berapa umur seorang putera raja, jika setiap malam sejak dilahirkan dipindah-pindahkan hingga ke bilik 9,999?" Soal Prof Woo.
"Errr, errr." Aku berkira-kira lagi.

Monday, November 06, 2006

BACALAH NARA YUDA


FULLAMAK!!! BABY PUN BACA NARA YUDA....
KAMU BILA LAGI??
YANG DAH BACA. BUAT LA ULASAN.
ADA HADIAH TAU... HIK.. HIK..

*gambar curi anak King Binjai

Friday, November 03, 2006

Kental Diri

Hujan lebat. Kami redah juga. Demi jemputan. Ada open house rumah Kak Jah katanya. Aku dengan Dali memang suka open house. Maksud aku, pergi.

Kami di meja makan utama, bersama 3 orang lagi. Mereka, di ruang tamu makan biskut. Minum air oren. Malu ambil makanan. Untung aku.

Tanpa malu, aku suap lemang satu persatu, perlahan-lahan cedok rendang buat-buat la tersipu-sipu. Korek udang lagi 4 kali, aku buat tak peduli, kental hati. Tambah mi mamak pulak 3 kali, buat-buat gelak tengok tivi.

JUGA....

Tanpa segan silu, Dali suap mi bertalu-talu, tambah mi mana termampu, gayanya dah tak pandai guna sudu. Pulak tu, cari udang lebih dari aku. Lepas tu melantak rendang dan lemang pura-pura malu, padahal 2 kali ganda lebih dari aku.

Di luar, hujan mula reda. Rintik-rintik. Kawan-kawan yang lain jeling-jeling kami, aku risau jugak projek kami diketahui. Dan faham-fahamlah, tak reti-reti.

Aku berbisik pada Dali;
"Bro, hujan pun tahu bila masa nak berhenti. Kita ni bila lagi?"

"Murekekekekekekekeke" gelak kami berhati-hati........

Wednesday, November 01, 2006

Plagiat Terancang

Sebelum aku pulang beraya di Johor, En. Rais (keturunan Jawa) bercerita...

Sebenarnya orang Inggeris banyak mengambil perkataan Jawa. Dan dijadikan perkataan Inggeris. Kegiatan Plagiat ini telah lama dikenalpasti. Namun, dibiarkan begitu sahaja. Mereka, orang Jawa berbaik hati berbaik rasa. Apa salah jika ilmu dikongsi.

"MUBENG" adalah perkataan Jawa, iaitu berputar atau berpusing dalam bahasa Melayu. Setelah orang Inggeris mengetahui perkataan ini, mereka turut menggunakannya.

Namun disebabkan lidah mereka yang besar. Mereka menyebut "MOVING".

Hik... Hik...

Monday, October 30, 2006

Belasah Makan

Laporan seminggu kehidupan Esis.Pertama kali beraya di Johor. Rumah mertua. Namun kali ini, di fokuskan pada makanan sahaja ye. Harap maklum.

1. Ketupat. Merupakan makanan utama di raya pertama sahaja. Semua rumah yang aku pergi hidangannya ketupat, kuah lontong, serunding, kuah kacang, rendang daging, rendang ayam. Raya ke-2, sorry ye, makan kuih siput dengan biskut-biskut la. Ketupat habis...

2. Pulut dalam daun kelapa = Lepat (?). Bersusah payah bapa mertua aku buat lepat ni untuk aku. Sedap. Pulut dimasak separuh di dapur, kemudian bungkus dalam daun kelapa. Memanjang. Seperti Nokia 3210. Diikat tiga dan direbus semula. Ada sesiapa tahu nama lepat apa ni?? Aku tak ingat. hehe.

3. Lepat loih. Ini satu lagi makanan unik. Aku makan di rumah kawan baik bapa mertua aku. Pak Ali. Keturunan Bugis anak Daeng. Dibungkus dalam daun pisang. Pulut berbentuk tiga segi memanjang seperti Coklat Toblerone. Katanya dibentuk dalam citak/cetak (?). Sejenis acuan la tu. Orang Bugis tolong explain....

4. Brasak + ikan masak kicap. Kata Pak Ali, Brasak lawan makannya dengan (?). Entah aku tak ingat namanya. Haha. Anak Bugis explain lagi ye. Tapi dia macam singgang la ala-ala. Ini makanan Bugis jugak. Dalamnya nasi yang dibungkus dengan daun pisang muda. Berbentuk empat segi tepat. Dan nipis. Wangi baunya. Rasanya boleh tahan jugak sedap. Dengan Ikan masak kicap pun sedap.

5. Briani Gam. Hidangan paling sedap. Aku makan di pagi raya di rumah sepupu Si Comey aku. Kalah la Briani Gam Putrajaya atau Briani Gam hari Jumaat Masjid Setiawangsa. Sungguh. Sedap. Perghhhh, berkuah kambing!!!!!

Friday, October 20, 2006

Andai Kamu Ber-emo

KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN BLOG.
ANDAI TERASA, TERKECIWA, TER-PROVOK, TERASA HATI, KECIK HATI & SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN EMOSI.

MAAFKAN AKU.
DOA AKU, SUPAYA RAYA & IBADAH KAMU DIBERKATI. AMIN...

Wednesday, October 18, 2006

Dahulu, Semuanya Indah.

Tatkala tiba di minggu-minggu akhir bulan Ramadhan, akulah antara kanak-kanak riang yang beriya-iya mencari buluh untuk dibuat pelita.

Sanggup meresap di dalam semak bergelumang dengan kutu babi. Membeli minyak tanah RM1 yang kuantitinya cukup membuatkan aku sebak kegembiraan. Mengoyak perca kain buruk, dibuat sumbu dengan penuh kretiviti berwarna-warni. Mengumpul penutup air botol untuk dijadikan penyangka antara sumbu dengan buluh. Supaya buluh tidak terbakar nanti.

Semangat aku berkobar-kobar bak ombak di dada. Terutama dalam penantian meraikan malam ke-27 puasa. Malam 7 likur.

Ketika semangat aku setinggi langit. Melayang-layang mencecah bintang, tiba-tiba abah memberi arahan.

"Raya tahun ni kita balik ulu!" Arahan abah ringkas.
Bagai rentapan sang dewa. Memutuskan segenap semangat raya aku. Keseluruhannya berkecai jatuh di rumpun buluh.

Aku, adik beradik mula murung. Monyok seperti tiga hari berbuka berpuasa berair suam sahaja. Aku dengan sisa-sisa harapan yang ada, seteguh platinum. Berharap agar rancangan abah bukan yang muktamat. Lalu aku berbisik pada mak.

"Mok, kome tak nok balik Kuale Lipis" bisik aku ke telinga emak. Lantas mak berkata .....
________________________________
bersambung di dalam zine NARA YUDA edisi #1......
alahai murahnya, rm5 aje bro & maklumat lanjut di sini

Friday, October 13, 2006

Amanat Terakhir

Dalam dua minggu ini, budak-budak aku ada final exam. Sebelum bercuti akhir semester sampai 2 minggu lepas raya.

Sebelum aku tamatkan kelas untuk semester ini. Beberapa amanat pasti aku kasi sebagai tips untuk skor A paper aku. Amanat yang paling penting, dan aku tak pernah lupa pesan kat budak-budak:

"Kamu sangat bijak, jika tidak meniru dalam exam. Dan kamu bodoh, kalau tak meniru dalam exam. Tapi, kamu dua kali bodoh, kalau ditangkap meniru dalam exam...."

.....dan aku gelak-gelakkan budak-budak aku. "Hahahahahahahahahahaha."

Wednesday, October 11, 2006

Spesis Dijangka Pupus

Hari itu, 3 hari sebelum kita mula berpuasa. Aku berbangga. Aku tayang ke seluruh pelusok pejabat. Sejarah pejabat aku.

"Perhatian kawan-kawan! Puasa belum tiba, kad raya aku dah tiba."
"Aku dapat kad raya, bro."
"Kak, saya dah dapat kad raya."
"Woit, aku dah dapat kad raya."
"Budak-budak, saya dah dapat kad raya."
"Bos, dah dapat kad raya? Saya dah dapat."
"Apa kelas dapat sms raya."
"Kad raya ni, spesis-spesis yang dilanda kepupusan, bukan senang nak dapat."

Antara unjuran-unjuran riak aku ke segenap pejabat.

Walaupun kad ini datangnya dari C.K.L Auto Centre Sdn. Bhd. Kedai servis kereta aku di Wangsa Maju. Siap dengan sampul duit (sampul angpau) di sekalikan dengan kad raya. Hahahaha. Peduli apa aku....

Pertanyaan aku pada sorang mamat yang perlekehkan keriakkan aku.

"Kamu dah dapat kad raya? hahahahaha."

Saturday, October 07, 2006

Mungkin Anda KERASUKAN...


jika tak dengar dapatkan di sini atau di sini.
(Title Aku: Pendeta Perenung Bintang)
[LAGU DIJANGKA YANG PALING "HOT" DI JAKARTA]

Lagu ini di tujukan khas kepada semua peminat-peminat yang vote blog saya ini. Inilah sahaja tanda penghargaan dan terima kasih saya kepada anda. Tanpa anda, tidak mungkin saya berada ditahap ini. Jadi, jemputlah datang ke Majlis Anugerah Juara Blog. Bergirang-giranglah berfoto bersama artis-artis maya yang terkenal seantero cakerawala. Sekali lagi diucapkan, votelah saya. Hanya dengan vote anda, saya akan menang. Hahahaha. Pssstttt... ada hadiah untuk kamu yang datang. Dan, sekali lagi ingin ditegaskan. Hanya anda, pemblog tegar sahaja serasi dengan lagu di atas. Perhatian!!! Lagu di atas terlalu MISTIK......... mungkin anda KERASUKAN......

Thursday, October 05, 2006

Tragedi Di Atas Pangkin

Atas pangkin, di tepian Sungai Yeh. Deruan air berlagu. Mengadap Lubuk Ujid yang tenang hijau airnya. Membias sinar matahari pagi keemas-emasan, cemerlang di langit.

"Jom projek." Ajak Din.
"hehe." Kilau.

Nan dan Din tersengih-sengih. Saling berpandangan. Jam baru menunjukkan jarum 10. Nan mengusap perut. Din meneguk liur.

"Aduh lapor," bisik Din.
"Pinjam moto awok jap. Nok gi Maran" Minta Nan.
"Amik lah." aku.
"Buat apa? sekarang baru pukul 10.00 pagi." Aku
"Ada lah projek sikit. Hehehehe," kata Din.

Motor antik honda 70 bapak aku. Gear satu ke belakang, bergerak agak laju. Bunyi ekzos berdaum. Vroooooom geek geek geek..... Entah. Seperti bunyi enjin nak gugur. Laju mana sangatlah kalau setakat 70 km sejam. Dan. Aku setia melanggu di pangkin itu. Bosan. Keseorangan. Selamatkan pahala puasa daripada menonton tivi di rumah. Harapnya.

45 minit kemudian. Mereka kembali. Dengan wajah ceria. Seceria melihat sang dara.

"Nah, 3 bungkus nasi ayam. Awok nok satu?" Nan.
"Beli mane pagi-pagi ni?" Aku.
"He he hehe. Nasi ayam made in kedai cina pintu belakang, hehehehe." Jawab Din.
"Tak nok lah. Aku pemuasa setia. Errr awok tak geli ke?" Tanya aku lagi.
"Hehe hehe." Itu saja jawapan mereka.

Sambil tangan menyuap lahap. Menelan nasi ayam cina berkuali sama babi. Aku hanya mampu tersengih melihat. Tekak aku mula mual apabila baunya menusuk hidung aku... Macam-macam aku bayangkan.

Dalam hati aku:
"Bulan-bulan biase, awok tak lalu makan nasi ayam cina tu. Kuali goreng babi. Tapi setiap kali bulan puase. Awok lalu makan pulak ye. Menelan dengan muke tak bersaloh. Kalau undang-undang langit awok tak takut. Undang-undang bumi apatoh lagi?"

Nan kekenyang, Din begitu juga. Hari pertama puasa. 8 tahun dulu.

"hehe hehe." Suara kekenyangan mereka.

Wednesday, September 27, 2006

Nafsu Nafsi

Bicarakan padaku! Bicarakan padaku wahai panglima-panglima perang. Dewa dewi murka akan kita. Pedulikan. Dadamu itu. Harus dikikis. Usah dikenang waktu senggang purnama-purnama sudah. Waktu nafsu bermaharajalela.

Wahai Panglima-panglima perang. Usah dikenang Pisang Goreng itu. Akan sedapnya ia dimakan waktu senggang ini!

Pisang Tanduk si Pisang Nangka, Enak Dimakan di Waktu Berbuka, hahahahaha.....yummm yumm....

Saturday, September 23, 2006

Cita Changlun Ke Danok

"Sempena Rampasan Kuasa Tentera, Di Thailand."

Dulu, kami ada program di UUM. Bosan. Kami lari daripada program tu. Hajat hati aku dengan Pet nak pegi Thailand. Dah dekat kata orang. Dari UUM pun dah nampak pagar sempadan.

Kata orang lagi, kami boleh pergi ke sana dari Pekan Changlun. Dengan berkobar-kobar, aku dengan Mat Pet bergerak curi-curi ke Pekan Changlun. Alah, 15 minit aje.

Kami makan dulu kat situ sebelum ke stesyen teksi. Kata orang lagi, kat sana makan susah. Kotor. Dalam otak aku. Orang sana makan ular, ulat gonggok, kala, dan semut. Eeeeee.

"Pak cik, nak pergi seberang boleh hantar?" Pet.
"Boleh, hangpa nak pi mana?" Pakcik teksi.

"Pekan terdekat apa kat seberang sana?" Aku.
"Emmm Danok. Hangpa nak pi Danok?" Pakcik teksi.

"Apa yang ada kat Danok tu pakcik" Aku
"MAK dengan BAPAK hang ja yang takdak tang sana." Pakcik teksi sambil tersengih.

Aku menerawang yang bukan-bukan. Aku dan Pet tersengih kesurupan.

Thursday, September 14, 2006

Pak Supir & Oplet Birunya

"Rimas aku. Macam semut supir-supir ni...."

Kami pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Andalas, dari Cabang Perlabuhan Dumai.

Supir-supir menghurung dan merayu kami naik oplet mereka. Aku ingat, ada dalam 30 orang. Mungkin lebih. Dahi mereka berkerut. Peluh dingin mereka menitik. Kasar.

"Fuh! supir-supir ni berebut penumpang macam kambing lapar." Aku.
"Nasib baik tak ada yang bertumbuk." Jawab Alfian.
"Hahahaha." Kami.

Mereka memang berusaha keras untuk dapatkan penumpang. Berebut-rebut. Grrrrr... Grrrrrrrrrrrr!!!!! Macam kambing lapar, merayu kami naik oplet mereka. Persaingan mencari rezeki di sana mengagumkan aku. Mungkin teramat sukar untuk mendapatkan sesuap nasi. Jadi mereka harus keras, berebut-rebut. tarik-tarik kami. Rayu-rayu kami. Bukan 2-3 orang. 30 orang.

"Aik!! Lebih-lebih la pulak, apasal supir-supir ni tarik-tarik beg aku." Alfian.
"Hah, Pegang beg kemas-kemas. Chek dompet" Aku.

"Mari tumpangin oplet saya. Lekas..." Pak supir. Lantas, tarik Alfian berlari jauh dari kumpulan besar. 30 orang.

"Pak, jangan pisahkan saya dari kawan-kawan saya pak!!!" Jerit Alfian dengan suara yang menggigil.
"Pak supir, jangan bawa kawan saya lariiiiii" Jerit aku juga. Sambil menyentak-nyentak tangan Alfian.

"Saya enggak mau pisahkan. Saya cuma pingin mesra dengan orang Malaysia. Panggil kawan kamu semua naik oplet saya. Ayuh." Kata Pak supir. Jujur.
"Huh." Aku

Monday, September 11, 2006

Prejudis Hijau

11 SEPTEMBER, SEMUANYA BERMULA DI SINI. HINGGA KINI

Wednesday, September 06, 2006

Saya Bukan KOMUNIS

Entry ini ditujukan kepada:-

Sesiapa yang berfikiran bahawasanya saya telah terpengaruh dengan dakyah KOMUNIS. Ataupun dengan bahasa yang lebih mudah, yang saya ini telah DIPROPAGANDAKAN oleh KOMUNIS. Atau berfikiran bahawa saya bersimpati dengan perjuangan KOMUNIS.

Tidak!! Saya suci. Saya Kapitalis. Opss!

Ini adalah lanjutan daripada entry
Rashid Maidin di Hati Kita. Saya tak perlu jawab fikiran-fikiran kamu itu. Biarlah Harat menjawab untuk saya. Terima kasih Harat. Pesan saya pada kamu. Jangan baca buku teks sekolah menengah aje. Hahahahaha. Dan. Jangan suka berfantasi dengan novel alaf21 kamu itu. Lalalala. Noktah.

Sekian terima kasih.
-ESIS DICAPRIOS-

Di dalam ruangan komen Harat menulis:

Saya agak lewat melawat blog ini. Saya tidak tahu tulisan saya ini akan dibaca atau tidak. Jadi biarlah saya menulis dengan ringkas sshaja sebagai respons kepada beberapa posting di atas.

Tentang komunis Melayu, mereka ada perbezaan dengan komunis Cina dan Russia. Komunis Cina dan Russia agaknya sudah menolak agama; sudah menjadi atheis. Tapi komunis Melayu tidak keluar Islam dan terus memeluk agama Islam. Selepas keluar dari hutan, Rashid Maidin pergi naik haji, mengajar membaca Quran dan menunaikan ibadat sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain.

Mereka umumnya menganggap mereka juga turut "memberi sumbangan" dalam perjuangan kemerdekaan. Tapi mereka tidak mungkin meletakkan senjata pada tahun 1957, kerana kerajaan tidak mengiktiraf perjuangan mereka, malah mahu menahan dan menghukum mereka.Sebab itu mereka terus "berlindung" di Thailand sehingga tahun 1989.

Beberapa tulisan saya yang terdahulu berkenaan PKM, boleh dilihat dalam blog saya
http://duridanapi.blogspot.com/ dan www.darikajang.blogspot.com

Tuesday, September 05, 2006

Esis Dicaprios

10 Oktober 2001

Kami naik feri dari Melaka ke Pelabuhan Dumai. Aku bayangkan seperti feri di Pulau Pinang. Rupa-rupanya. Fuuuyoooo macam bot mewah dalam filem-filem Hollywood. Dalam hati aje la.

Dalam perut feri, telinga aku geli, kungkrak-mangkrak kungkrak-mangkrak speking bahasa sana. Orang seberang bersembang. Nak bermesra rakyat pun takde mood. Aku. Sumpah, aku bukan sombong. Bukan prejudis. Aku layan kepala, rasa-rasa mual nih nak muntah. Sungguh. Uweeeek, uweeeek, dalam kepala. Aku bayangkan. MABUK LAUT bang, sebenarnya. huhu...

Mata aku makin berpinar. Telinga aku buat aku rasa mual. Ada ke patut, belum pun sampai Dumai. Dalam feri dia buka siaran TVRI, sedangkan pantai Melaka nampak jelas lagi. Perut aku mula menggelodak. EEEEkkk. Aku sedar kami minoriti kat situ. Siapalah kami, nak layan kehendak kami. Tapi best woooooo drama TVRI. Gadis-gadis genit cantik-cantik. Apa kelas Syarifah Soofia! Hahaha.

Aku mula tak keruan, mencari tempat melayan perut dan tekak. Tandas? Huh, tak terfikir. Aku lantas naik atas feri. Aku melayang-layang. Laju. Angin bersama ombak dan debu-debu air terpercik ke badan.

Kepala aku lapang, automatik dan secara tiba-tiba, tangan aku mula mendepa. Angin lembab bersama debu percikan air Laut Selat Melaka memercik ke muka dan lengan aku. Rambut aku ditiup laju ke belakang, melambai-lambai. Kulit muka rasa halus. Tegang.

Tangan terus aku depakan kedua-duanya. Perlahan-lahan aku tutupkan mata. Tutupkan rapat, semakin rapat. Badan tegap mengarah ke hadapan feri. Ahhhhh, aku koya bagaikan Leonardo Dicaprio dalam Filem Titanic. Diiringi lagu My Heart Will Go on Love dendangan Celine Dion. Lunak. Dalam kepala aku. Esis Dicaprios.

Saturday, September 02, 2006

Rashid Maidin di Hati Kita

"....PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaan. Tunku juga mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya...."- Rashid Maidin (10 Oktober 1917- 31 Ogos 2006)

Katanya, beliau kuat dan mantap pegangan agamanya, jadi tok guru mengaji di kampungnya.......

PKM berjuang untuk kemerdekaan Malaya. Realiti! Kamu sahaja menafikannya. Fikiran kamu itu diracun penjajah. Percaya buku teks sejarah sekolah menengah. Hahahaha. Suka disuap-suap. Percaya bulat-bulat. Takut bayang-bayang sendiri. Itupun kalau ada yang minat sejarah.

Al-Fatihah untuk Pahlawan di Hati Kita (Rashid Maidin 1917-2006). Walaupun haluanmu kiri.

**HERO terbang dipelepah pisang-Abdullah Jones

Wednesday, August 30, 2006

Butter masih relevan

Ini REFORMASI ekonomi.
Siapa kata sistem ekonomi kapitalis adalah sistem perdagangan paling efektif?? Reformasi MERDEKA.

Aku kata, sistem tradisional (barter) masih relevan untuk mengurangkan inflasi. Juga untuk meningkatkan nilai tabungan dan nilai beli anda serta jumlah koleksi buku anda. Permintaan dan penawaran tak perlu dinilai dengan duit lagi. Nilaikan dengan "suci hati" sahaja.

Jadi,

SIAPA LAGI NAK BUAT SISTEM BARTER? DIPERSILAKAN.... (^_^)

MAAF... buku "Permata Yang Hilang", "Panas-Panas Kuala Lumpur" dan sealiran dengannya tiada nilai untuk sistem tradisional ini. Saya Naif. Hahaha.

Kami telah praktiskannya. Silaturrahim terjalin....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
atoch smart wrote:
Salam.
Ada setuju kalau mahu tukar buku
Kau bagi aku GOBLOG
Aku bagi kau BUKU PELANCONGAN JOHOR (glossy paper)
Hehehehe...
attoch
013-77xxxxxx

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
rie esis wrote:
OK no problem,,,,
kasi alamat ko..
alamat aku:
MD.(esis),
TAMAN DICAPRIOS,
43355 SERICINGPENG,
SELANGOR.
esis: 012-29xxxxx

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
atoch smart wrote:
ok cantek...
Ni alamat aku
Pulau Angsa
Tmn Puncak Perdana
40150 Shah Alam Selangor.
Hari Jumaat aku pos kat hang. Hehehehe.
Selamat Hari Merdeka

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
rie esis wrote:
okeh, aku jumaat jugak pos kat hang.
selamat hari merdeka!!!

Saturday, August 26, 2006

GOBLOG neo-eksperimantasi

Hasmi- penulis kata pengantar ni aku kenal sejak 1998. Sama-sama bereformasi terlalak sana terlalak sini, terpekik sana terpekik sini. Bermenifestasi di rata-rata. Suatu usaha pensejarahan Malaysia yang diingati dan diimpikan berlaku lagi. Mana. Mungkin. Maaf Hasmi, aku cari perjuangan yang baru... UBU hanya sejarah aku.

GOBLOG- sebuah buku haram!!! Tapi bukan pada tahap haram jadah!! Penulisan jiwa-jiwa muda yang melihat dunia pada kaca mata mereka. Tidak sama seperti kamu yang sudah 30 tahun melihat dunia. Rata-rata aku agak, mereka belum pun cukup 25 tahun menggunakan 6 deria dalam menilai dunia. Namun sensitiviti deria yang ini, yang perlu dirasa oleh aku. Sangat signifikan dengan visual pada kulit depan dan belakangnya. Muda dan menyusu.

Dhani Ahmad- tahniah atas usaha kamu! Muda-muda dah terbitkan buku. Tahniah jugak pada kroni DIY kamu. Muda-muda dah ada buku. Kerajaan berkempen suruh orang membaca, kita dengan kawan-kawan yang kita suka dah menulis. Kamu dah setapak ke depan lagi! Tahniah lagi.

DIY- Memang tidak seindah karya-karya agung yang kamu suka. Ini karya DIY. Sesuka hati merekalah apa yang mereka nak buat dengan buku ni. Memang dicop haram! Tapi, perlu kamu ingat, yang haram selalunya orang nak tahu. Nak cuba, nak baca.

Aku tahu- 13 penulis yang masih muda. Cuba keluar dari dunia muda yang biasa. Menjadi manusia yang sensitif terhadap dunianya. Dulu, mereka bermula dengan zine. Kini dah jadi buku. Bukan suka-suka, ini kajayaan. Tapi perlu kamu ingat, Buku adalah sejarah. Apa yang kamu tulis menjadi sejarah seluruh pembacanya. Kekal.

Aku tertarik- pada beberapa karya iaitu Izwan, Pipi, Dhani, Zulfikar. Namun Kumprinx adalah klimak kepada pembacaan aku dalam GOBLOG. Aku fikir kamu begitu juga.

Membuat kamu tergila:
  • .. mesti elak diri, dari jadi hamba, kerana, hanya hamba yang paling senang kena tunggang! Tunggang langgang. Titek.-Hasmi
  • .. tiada uang dijualnya satu-satunya baju yang dipakai. Ibu jadi gila. Gadis-gadis dirogol.-Izwan
  • Duduk di beranda, nyamuk sebesar-besar anak ayam. 40 ekor datang sedut, habis menggigil....-Pipi
  • Lepak dengan PM, pastu korang hunuskan pisau kat perut dia, pastu korang tanya "nyawa atau kuasa?"-Dhani
  • Pilihan Lia tepat. Namun Pak Din masih boleh mengawal....-Zulfikar
  • Takde kote ke apa?!.. Patutla gadis-gadis melayu skarang ni into mamat bangla.-Kumprinx

** aku ada 8 buah GOBLOG, Serahan tangan RM20. Gaya pos RM23. Depositkan RM23 dalam akaun MAYBANK 162263168918 dan emailkan tarikh & no. resit kepada; esis_rie[at]yahoo[dot]com (^_^) ATAU TUKAR SUKA SAMA SUKA, BUKU INI DENGAN BUKU YANG KAMU ADA.

Wednesday, August 23, 2006

Katil-katil sang popular

1993. Belakang blok B asrama, sekaki dari longkang kaki lima. Tiga depa dari dinding yang berlumut berlendir, belakangnya bilik bertandas 20 pintu. Awas! hanya 3 sahaja bersiram.

Haruman ketul-ketul hitam keras di 17 pintu tandas, berlatar belakangkan kehijauan keperangan dinding bermukus memekat. Terpeluap perlahan-lahan mendampingi angin kering. Menerobos jejaring besi karat di atasnya yang hanya 6 kaki tingginya. Keluar. Halaman belakang. Kami.

Haruman likat tidak mampu menerawang ke udara. Lantas, hanya berlegar di kaki lima seluas 3 depa itu. Menemani kami. Huh.

Enam sekawan sedia berprojek. Menunggu saat dan ketika. Pendi-Kula memberi arahan, "Epol, jaga line." Separuh berbisik. Tegas. Aku dengan Aki mula hidupkan api seperti biasa. Ini bukan projek pertama kami. Kayu api dan jaring selebar 2 tapak tangan telah Sam sediakan awal. Isang-Kula mula menggaram kunyitkan 2 ekor Ikan Tongkol yang kami kidnap. Dari dapur dewan makan, lepas magrib tadi. Nasi putih, kami tapau seawal 6 petang selepas makan malam. Panggang Tongkol mula membakar berasap putih berkepul-kepul. Harum baunya. Sedap. Sinonim tekak kami.

"Pendi, aku nak gi berak jap la. Line sapa nak jaga?" Pinta Epol. "Pegilah! line malam ni ok kot." Pendi-Kula yakin.

2 minit kemudian. Memancar cahaya menyilaukan mata.

"HA!! APA KAMU BUAT KAT SINI?" Tengking ketua warden. Suara cikgu Khalid Jendul, sekelip mata menerobos urat saraf kami. Dengan rotan berdiameter 1 inci, panjang 1 depa dilibas-libas di atas kepala kami dengan kuat. Zzzuup Zzzaap. Zzzuup Zzzaap. Zzzuup Zzzaap. PAAAANNNG!!!! rotan ke dinding. Air lumut hijau pekat terpercik baju kami.

Kami semua menggigil. Muka tersenyum kelat. "Kebas la bontot aku malam ni," getus hati aku. Dalam serba ketakutan, suara kami keluar menggigil meleleh dari kerongkong. "Kami lapar cikguuuu...,." "Petang tadi, lauk *ikan biawak, sayur ada ulat. tekak kami tak lalu." Alasan Pendi-Kula "Lepas prep pulak, memanjang kasi biskut mayat dengan teh O. Lapar lagi cikgu." Aku merayu. "Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." Tiga empat kali kami merintih belas ehsan. Agar bontot tidak terus kasar tebal. Penangan rotan puaka. Ini bukan pertama kali, kami akan diperlakukan.

"SAYA ROTAN KAMU SEMUAAAAAAA!!!!" Tengking cikgu Khalid Jendul macam singa lapar. Bergema. Satu blok seperti 40 malaikat melintas, bersimpang siur. Sunyi. Sepi. Kriiiiiieeeettt Kriiiiiieeeettt. Hanya sang cengkerik berani.

"Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." tiga empat kali kami berlima merintih belas ehsan.

"ISANG-KULA IKUT SAYA! YANG LAIN TUNGGU SINI!!!!" Perintahnya. Kami akur.

2 minit, Duup Daab, 5 minit, Duup Daab, 7 minit, Duup Daab, 10 minit Duup Daab, 13 minit Duup Daab.... jantung kami berdegup. "Cilakak, Epol selamat." Keluh Sam geram.

15 minit Duup Daab, "Woi!! Khalid Jendul kasi kita lauk ayam merah, sawi goreng, nasi putih lagi.... dari rumah dia" Sergah Isang-Kula setelah menjengah sebalik dinding. Girang. "Waaahahahaha kenyang kita malam ni. Terima kasih cikgu" Jerit kami ramai-ramai, girang kanak-kanak riang. Tahu dia tak dengar.

"Woiiii korang, tinggalkan aku sikit, aku nak jugak." Suara bergema milik Epol terngiang-ngiang dari sebelah dinding. Bilik bertandas 20 pintu. Ketul-ketul hitam keras di 17 pintu.

Kami pura-pura tak dengar. Makanan kami telan. Lahap. Berulamkan haruman tambahan. Ketul-ketul dan cecair Epol di dinding sebelah.

Selera.

Malam masih muda. Warga lain sudah mula beraktiviti di katil sediri atau katil-katil sang popular. Sebelum cahaya hilang. Bunyi ketawa kecil kami berlagu bersama bingit sang cengkerik. Kriiiiiieeeettt Kriiiiiieeeettt Kriiiiiieeeettt. Bersahut-sahutan.

*ikan cencaru

Monday, August 21, 2006

Jem nenas tat kurma

Selalunya dalam hati.
"aduh, jem lagi pagi ni" atau "tension betol aku, pagi petang jem" atau "ikut jalan tu jem, jalan ni pun jem jugak" atau "apasal la jalan kat Pandan ni buat cam ni, memang la jem, bangang tul la"

Setiap pagi dalam perjalanan dari Seri Kembangan ke Wangsa Maju atau setiap petang dalam perjalanan pulang pasti jem dan pasti ada kemalangan berlaku. Sekurang-kurangnya, pasti ada sisa-sisa pecahan cermin yang bersepai di atas aspal atau motosikal tersadai di tepi jalan.

Dalam keadaan tertekan, tension dan stess, emosi kita tidak stabil. Marah, geram, bengang, bengong berkeliaran menerawang sebebas-bebasnya dalam tubuh menjadi parasit. Memakan, menghisap dan memusnahkan kesabaran, kesantunan dan budi pekerti kita. Hanya kerana satu, iaitu JEM!

Jadi sifirnya seperti ini: JEM = MARAH X SUMPAH SERANAH

Walau apapun untuk keselamatan kita di jalanraya, memandulah dengan berhikmah. Jangan buat pemandu lain sakit hati atau marah kepada kita. Bayangkan kalau 40 orang sumpah seranah kita....

Tidak mustahil bala menimpa kita.

Bak kata Ayah Ngah aku, di jalanraya dapatkan doa orang, bukannya sumpah seranah orang. Barulah selamat. Insyaallah.

Tuesday, August 15, 2006

100 ekor



Boer, Feral, Sannen, Jamnapari.
Wow!! 2 ekor jantan boleh mengawan 100 ekor betina. klik

Thursday, August 10, 2006

Balada gulai kancil

5 malam lepas abah telefon:
Katanya kandang baru kambing kami dah 80% siap. Dan kambing aku dah beranak kembar 2. Tapi dua-duanya mati sebab tak cukup bulan. Abah dan Ali (adik aku) tanam, belakang rumah. Takpe usaha lagi, pesan aku kat kambing. Esok.

5 malam lepas mak cakap:
Mereka makan nasi gulai daging kancil. Beli dengan orang asli RM15. Abah sembelih kat belakang rumah. Mak cerita, abah dan adik tak lalu makan gulai kancil, sebab teringat kancil macam anak kambing yang mati tu. Mak cakap lagi, dia simpan untuk aku daging kancil sikit. Dalam peti. Untuk aku dan menantu. Esok aku & si comey balik.

2 malam lepas Ali telefon:
Dia cakap kandang kambing baru kami dah siap. Hahaha. Dia tunggu aku balik, nak buat projek operasi pindah kambing dalam kandang baru.

Aku memang tak sabar nak balik ni. Esok pasti aku sampai di tangga rumah. Insyaallah.

Pssssttt.......
Sebenarnya Abah telefon, Mak cakap, Ali telefon dan kami balik bukan kerana kambing, bukan sebab gulai kancil.

Sebabnya.........

(ilham daripada entry buah durian blackpurple)

Wednesday, August 09, 2006

Menaja pembaham

ISRAEL LAKNAT!!
AMERIKA LAKNAT!!
ZIONIS LAKNAT!!
HENTIKAN PERANG!!
Launganmu.. berdesing, kita dengar. Berpuing-puing.

Mana negara arab? mana negara islam? (kita tanya).
Senyap? diam. kaku.....
Kita kata mereka bukan satu.
Walaupun satu. Hatinya. Hati-hati.

Eh??
Kita bukan merekakah?
Kita satukah?

Satu di KLCC
Satu di Kampung Baru


Kita satukan kita-kita!! (Utamanya)
Melaknat yahudi, melaknat Israel. Zionis
Laknatannya segenap angkasa. Pasti!
Tapi kita satukah?

Tatkala itu, coca-cola dan pepsi ditangan, ditengkolokmu.
Selepas itu, burger Mc D dan Ayam KFC santapanmu.
Penaja pembaham Lebanon dan Palestin

Satu di KLCC
Satu di Kampung Baru

Jadilah Si Burung Kelicap, memadamkan api raya pembakar Ibrahim.

"Allah akan tanya usaha kamu. Allah takkan tanya kejayaan kamu." Kata Si burung kelicap, tatkala ditanya.....


**esis.8/8/06

Tuesday, August 08, 2006

Parit kota

Sudah 3 hari Si Comey bertapa dalam mahligai. Memulihkan semula aura yang tercedera dan terhakis. Memulihkan kegeringan. Memulihkan kegembiran. Dengan tabah. Sangat tabah.

"10 hari sekurang-kurangnya." Kata Sang Pendita.

Tidak dipedulikan. Luar kota, unsur terapinya indah. Mengintai. Menjenguk.

Pada hari ke-3, keluar mahligai menghirup udara segar, membuka pintu kota...

"Alamak...! hahahaahahah hihahik hik hik.."

"Abang! Abang...! tosamas yang ghaib kelmarin dulu, mengghaibkan dirinya ke dalam parit kota. Hik hik hihihi.."

"Aiiyooo.., 3 hari 3 malam Abang lalu situ tak nampak. Si Comey sekali keluar dari pertapaan, terus tosamas timbul. Aura peringkat tertinggi nih."

"Hahaha." "Hik hik hik." "Hahaha." "Hik hik hik."

Nyanyian kami berpilin. "Seiring dan sejalan, seindah bunga di taman..."

Rindu kami terubat. Kegeringan Si Comey beransur pulih.

**selamat ulang tahun bercintan, Si Comey

Saturday, August 05, 2006

Sang Pencinta merindu

Aku tak pernah menyesal dilahirkan kaya. Bukan. Bukan aku riak atau takbur. Ini kenyataan.

Buktinya, dalam rumah aku ada berbukit-bukit emas. Ya, betul-betul emas. Kamu tak percaya? Percayalah sebab aku Esis. Kamu kenal Esis kan?

Berbalik kepada cerita emas. Sebenarnya 2 bulan lepas, aku tak tahu nak dijadikan apa dengan bukit-bukit emas dirumah aku tu. Aku tak mahu simpannya di bank. Sebab nanti, ramai manusia-manusia jelek akal budinya dengki pada aku. Aku tidak mahu mereka semua berdosa. Kerana Esis sayang kamu.

Berbalik semula kepada cerita asal. Disebabkan emas yang berbukit, lalu aku salutlah semua perabut, perkakasan rumah aku dengan emas. Termasuklah pakaian dan baju-baju kecik kami. Aku dan kami sayang sangat perabut, perkakasan rumah dan pakaian mahupun baju-baju kecik kami.

2 malam yang lepas, kami dengan suci hati letakkan tong sampah yang bersalut emas (tosamas) di luar pagar rumah. Demi memudahkan insan-insan mulia mengosongkan bahan yang tidak diperlukan daripada "tong sampah emas" (tosamas) tersebut. Yang menghairankan kami, 2 malam lepas, alahai....... tosamas kami ghaib!

Sekali lagi, dengan suci hati, aku dan kami menyeru, pulangkanlah semula tong sampah tersebut. Kami merinduinya. Sungguh. Walaupun rupanya kacak dan hitam. Ambillah emasnya sahaja. Kami kaya. Emas kami banyak. kalau tak cukup mintaklah!

Kami merinduinya......... "seperti sang pencinta merindui cintanya". Sungguh..........

Thursday, August 03, 2006

Fetus itu...

fetus direnggut molar,
satu purnama,
ukiran senyum,
diragut mendung,
sekelip mata,

ya,
sekelip mata!
menitislah sang mutiara,
di matanya,
di hatiku jua,

percaya, fajar pasti menyinsing.
Yang pasti, hikmah dariNya.

Tuesday, August 01, 2006

Friday, July 28, 2006

Botox haram!

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan HARAM kerana:
  • mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
  • memberi kesan sampingan yang memudaratkan pada fizikal serta dalaman.
  • disifatkan sebagai satu penipuan dan mengubah kejadian Allah.

Kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Ini diakui sendiri oleh pakar.

Pengharaman Botox bersandarkan ayat al-Quran dan hadis yang melarang manusia berbuat demikian. Antara ayat yang melarang itu ialah dalam surah al-A'raf ayat 31-32, Surah al- Baqarah ayat 135.

INFO DARI BERITA HARIAN

  1. Botox Ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot wajah.
  2. Kos RM1,500 setiap suntikan.
  3. Sumber Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
  4. Kegunaan perubatan Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.

Wednesday, July 26, 2006

Niat yang sempurna

Tiada penulis yang sempurna di dunia ini.
Hanya NIAT yang sempurna.




*Sekali lagi.
**Pssssstt, selalunya DOSA BESAR dibayar CASH!!!!

***Imaginasikan kamu MATI hari ini... Layakkah NERAKA untuk kamu? Noktah.

Tuesday, July 25, 2006

Bukan JIKA tapi BILA?

LEBANON: Perang
PALESTIN: Perang
IRAQ: Dijajah, bunuh, bom
AFGANISTAN: Dijajah, gerakan gerila
INDONESIA: Tsunami & Gempa bumi
PATANI: ......
MINDANAO: ......

Semakin dekat
Semakin dekat
Semakin dekat dengan kita.

MALAYSIA: ???? Belum lagi!!! yeh.

LIHAT, LIHATLAH DUNIA KEMAJUAN DAN KEAMANAN MALAYSIA. LALALALALA. Citrawarnaaaaku, Festivalkuuuu.

MALAYSIA:
Ingatlah, berbalik kepada HUKUM KARMA. (buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat). Lihatlah orang Islam kita. Sibuk mak ayah nak jadikan anak penyanyi, pelakon. Realiti TV. Gossip berleluasa. Arak dah biasa. Pergaulan bebas boyfrend girlfriend biasa. Zina dah macam biasa. Seks sejenis tidak hairan. Anak muda biadap. Guru dikeji. Ulama diperlekeh. Sembahyang ikut suka. Pahala dosa dan neraka jadi gurauan. Tapi takut mati. Dan lagi dan lagi dan lagi. Mustahilkah kita ditimpa BALA? Tidak bukan? Yang harus difikirkan sekarang:

bukanlah JIKA tetapi BILA? ia datang.

tidak mustahil bukan...
**Psssstt... selalunya dosa besar dibayar cash!

Monday, July 24, 2006

Celluloid Zine issue 01

The Freedom of Choice. Zine ini telah dijayakan oleh 3 anak muda iaitu Faris, David & Mamu. Ia berkisar tentang latar filem "independent" di Malaysia. Namun filem "independent" ini lebih dikenali sebagai "filem indie" kini.

Zine issue ini, antara lainnya mengulas tentang filem Monday Morning Glory, The Big Durians, Goodbye Boy, dan Ciplak. Ciplak merupakan Special Report untuk isu ini, bersama Khairil M. Bahar menceritakan bagaimana idea & skrip ini menjelma. How Indie Can U Get?

Juga terdapat pandangan dan ulasan tentang isu yang membabitkan filem Gubra oleh Yasmin Ahmad. Bersama isu penarikkan semula penayangan dokumentari Lelaki Komunis Terakhir oleh Amir Muhammad. Dan peranan LPF disebalik isu-isu ini.

Juga terdapat interview bersama Jack Wung pengarah filem pendek Origami Boat.

Dalam bahagian "Tips", Mamu memberikan panduan yang berguna untuk menyediakan "Storyboards & Shotlists" yang paling baik (bersama ilustrasi)

Keseluruhan "Zine Celluloid" dalam Bahasa Inggeris. RM5 each + RM3 gaya pos. Untuk pembelian, masukkan jumlah wang ke dalam AKAUN MAYBAK 162263168918 dan emailkan NAMA, JUMLAH PESANAN & ALAMAT POS ANDA kepada; esis_rie[at]yahoo[dot]com

Thursday, July 20, 2006

Memek muka unik

Sedang kakak-kakak pejabat yang lain khusyuk tersengih-sengih (berangan dan terkenang kisah silam) meneliti foto-foto kahwin aku dengan khusyuknya.

Tiba-tiba, kak Husni bersuara dengan nada separuh menjerit.

"En. Esis ni, kena masuk kelas grooming ni." katanya dengan kuat.
"Grooming apa, kenapa?" aku blur kehairanan.

"Tengok dalam gambar ni. Senyum En.Esis sepesen aje." Komennya bersungguh-sungguh.
"Hik.. hik.. hik.. senyum, kena groom jugak ye?" Jawab aku. Kelakar melihat keletahnya.

"Lain kali, senyum la ke kanan sikit ke, kiri sikit ke." Komennya yang mengalahkan jurufoto profesional sambil membuat memek-memek muka yang UNIK.

"Oooooo ini ilmu baru ni. macam senaman jugak kan, kiri dan kanan." Aku tersengih. Dan aku berminat mempraktikkan ilmu baru ni. Mari cuba.

"Ok semua, senyum ke kiri.... 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8. Lapan lagi, 1, 2, 3......"

Senyum jangan sepesen. Petua awek muda :) kesimpulan aku.

Wednesday, July 19, 2006

Ibumu 3 kali

Suatu hari di sebuah negara kota di padang pasir. Datang seorang sahabat kepada Insan Mulia.

Ingin rasanya, sahabat ini mengajukan suatu persoalan setelah lama ia terbuku dihatinya.

"Siapakah yang paling berhak mendapat bakti saya, ya Rasulullah," akhirnya soalan ini diluahkan juga.
"Ibu kamu," jawab Rasullullah.

"kemudian?" dia bertanya lagi.
"Ibu kamu," jawab Rasullullah lagi.

"Eh, setelah itu siapa pula?" sekali lagi dia bertanya.
"Ibu kamu," jawab Rasullullah seterusnya.

"Dan selepas itu?" dia bertanya lagi untuk kepuasan hati.
"Barulah ayah kamu...." jawab Rasullullah akhirnya.


**Daripada Abu Hurairah r.a dan di riwayatkan oleh Bukhari & Muslim

Tuesday, July 18, 2006

Siti & Datuk K

Gambar daripada Berita Harian online

Semua orang suka dengar gosip Siti nak kahwin dengan Datuk K.
Ramai orang tak suka dengar realiti Siti kahwin dengan Datuk K.

Kenapa? Geli? Misai? Kumis? eeeeeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaaaaaaaa bayangkan.... bayangkan.... bayangkan.... lalalalala, hehehehe.

Ah, biarkanlah mereka dengan keluarga mereka.

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT "SITI&DATUK K"

Saturday, July 15, 2006

Jantan oh jantan

Kata nenek jiran belakang rumah kat kampung sebelah,

"orang jantan ni selagi tak dapat dia SABOR, bila dah dapat TAK SABOR-SABOR!!"

Memang dasar jantan......

Friday, July 14, 2006

Kalau saya...

Di suatu waktu senggang, di tempat mencari rezeki dua orang sahabat. Personaliti yang sama tetapi berbeza. Sama tetapi berbeza. Duduk berhadapan meja yang dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah. Mengangkat saranan kerajaan menjadi pekerja yang berilmu.

Hassan: Kalau saya, boring nak membaca!
Esis: Kalau saya boring, nak membaca.....

Kamu rakyat Malaysia sejati?

Tuesday, July 11, 2006

Hijaunya melambai-lambai

Melihatkan pokok pisang yang tumbuh meliar di kampung, terasakan semacam ada suatu kedamaian di situ. Pokok pisang dengan kehijauannya tersendiri dan bentuknya tersendiri menjadikan ia begitu unik sebenarnya. Namun siapa yang sedar? Biarlah tuan tanah menjadi pokok baobab, biar aku menjadi pokok pisang. Bukan tidak bersyukur menjadi sebaik-baik makhluk, tapi sekadar muhasabah diri menjadi makhluk yang berguna kepada sebaik-baik makluk mahupun haiwan, unggas dan serangga.

Siapa tidak kenal pokok pisang? Meh sini aku tunjukkan. Lihatlah gambar ini. Pokok pisang menghiasi latar belakang foto sebaik-baik makhluk itu. Terserlah hijaunya bergandingan dengan warna biji kundang pakaiannya Sang Mempelai. Itulah pokok pisang....

Alangkah indahnya pokok pisang itu, daunnya hijau melintuk liuk melambai-lambai Sang Mempelai.

Monday, July 10, 2006

Anak kambing baru

Semalam aku dapat seekor anak kambing baru, daripada emaknya "Si Merah". Kata abah, rupanya mirip sangat dengan ibunya dan belum ada nama lagi. Adus... gembiranya. Lalalalala. Tak sabar nak tengok anak kambing tu. Sekarang kami dah ada 2 ekor jantan 4 ekor betina.
Semoga projek ternakan kambing kacukan aku ini berjaya. Amin.

Friday, July 07, 2006

Digenggam hancur

Apabila menoleh keluar tingkap, hari tetap mendung. Namun petang Jumaat yang mendung ini tidaklah mempengaruhi jiwa. Jiwaku tetaplah damai di sini. Damai mengenangkan semula hari-hari ceria yang telah dilalui. Bagaikan mimpi. Bagaikan mimpi indah yang didoakan tiada penghujungnya. Ya, doakan tanpa penghujungnya. Doakan kami.

Menjadi insan bergelar suami sangatlah bermakna bagi lelaki. Jadi, berkendong-kendonglah nasihat yang aku terima daripada lelaki-lelaki ini. Lelaki yang bergelar suami. Semua nasihat menegaskan supaya banyak BERSABAR dalam semua tindakan. Namun begitu, nasihat Wak Deraman, lain daripada yang lain.

"Orang perempuan ni, jangan dipukul. Jentik pun jangan. Wak, jentik telinga isteri pun tak pernah. Sebab orang perempuan ni macam ta**. Digenggam hancur, digenggam hancur!!" Sambil menggenggam-genggam erat tangannya.

****Harap wanita di luar sana tidak berkecil hati dengan Wak Deraman. Psssst, buat pengetahuan umur Wak lebih kurang 86 tahun. Berkecil hati jangan.

Tuesday, June 27, 2006

Arnab atau itik

I.
Pilihan dan perspektif adalah 2 perkara yang berbeza. Hidup sering memberikan kita 2 pilihan. Keadaan ini menyebabkan aku harus melihat setiap pilihan daripada 2 perspektif.

II.
Aku harus memilih hanya satu, menurut pilihan dan perspektif aku. Pastikan yang terbaik.

III.
Uhhh, dilema. Mengejar arnab atau menjerat itik. Manakah yang lebih bermakna dan menguntungkan, menurut pilihan dan perspektif?

IV.
Tukar kerja kerana gaji tidak memadai ATAU teruskan bekerja kerana persekitaran kerjanya yang membahagiakan. Gaji atau Persekitaran?

Wednesday, June 21, 2006

Untuk "KAMU"

Dealova - Once

Bersama si dia, dalam perjalanan pulang ke Pahang menelusuri liuk lengkuk Lebuhraya Karak. Lagu ini berkumandang dengan lunaknya. Lantas, ku tujukan lagu ini untuknya. Ya, untuknya. Hanya untuknya....


Dealova - Once

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang

dan sepi
dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada


*************klik, dengar dan hayatilah lagu ini di kanan mu

Friday, June 16, 2006

Melayu tipikal

Memang tak akan tamat jika berbicara tentang Melayu. Tapi ini adalah satu kenyataan yang biasa kawan aku gunakan jika berlaku perkara-perkara buruk yang melibatkan Melayu dengan Melayu. Terutamanya dalam berpesatuan, berorganisasi, rukuntetangga dalam kampung mahupun dalam penulisan BLOG. Kenyataan ini kadangkala membuatkan aku terkesima seketika.........



"Tak Melayu la kalau tak dengki!"





Thursday, June 15, 2006

Di sebalik penjenamaan

Blog: www.sukaatiaku.blogspot.com
(Aku buat secara spontan, ia terlintas dalam otak aku, ketika itu.)

Jenama blog: suka ati aku..?
(Dulu tak ada tanda soal, aku adakan tanda "?" sebab untuk ingatkan diri aku supaya berETIKA menulis blog. Jangan sesuka hati aku sahaja.)

Slogan: "sesuka hati" tapi ada hati
(Falsafah menulis dengan hati: kerana dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik ia, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika buruk ia, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah HATI. Peringatan! Ini tiada kena mengena dengan mengikut Hati Mati, mengikut Rasa Binasa.)

Nama internet aku: Esis
(Satu watak daripada buku siri Saga Artakusiad iaitu perjuangan Artakus a.k.a Rizal di bumi Aurora, karya Ahmad Patria. Aku mula guna nama ini dalam
olai tannon di http://www.artakus.net.my/. Pssst, kami ada majlis menyambut ulang tahun ke-3 Artakus Dot Net. Juga ada pertandingan menulis cerpen dan puisi. )

***Entry ini aku ambil daripada apa yang aku tulis di forum geng jurnal yang mana topiknya ditaja oleh Tok Rimau. Terima kasih.

Monday, June 12, 2006

Kenduri menyambut menantu

Merafak kata menyusun bahasa,
Menurut adat berteras agama,

Memeterai tambatan izin janji,
Berwali ijab juga bersaksi,
Termakbul niat tulus suci,
Putera sulung yang mengasihi,

Dengan rasa hormatnya mempersilakan,
tuan/puan, saudara/saudari seisi keluarga rakan-rakan blog dan aurora hadir di majlis saya ini

pada
2 hb Julai 2006 (Ahad)
bersamaan
13 Jamadilakhir 1427 Hijrah,

di rumah keluarga pengantin lelaki
No. 104, Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran, Pahang.

Undangan ini setulus hati. Kehadiran tuan amat dihargai.

Friday, June 09, 2006

Esis yang baru

cantik tak tangan kami? ;)


Esis kini, bukan yang dulu.
Esis kini, Esis yang baru,

Esis kini, sudah berpunya.
Esis kini, sudah berumahtangga.

ALHAMDULILLAH... 2 Jun 2006

Wednesday, May 31, 2006

Borak bujang tak teruna

BORAK 1
Aku: Best tak kahwin?

Bujang tak teruna 1: Hahaha, kalau sekarang engkau tau betapa bestnya kahwin, mesti engkau menyesal tak kahwin awal. Kalau engkau tahu, darjah 6 engkau dah kahwin!
Bujang tak teruna 2: Apa pulak darjah 6. Sebelum mak ayah engkau kahwin. Mesti engkau nak kahwin dulu!

BORAK 2
Aku: Kamu dulu hantaran berapa, 7-9 atau 9-11?

Bujang tak teruna 1: Aku? 6-9 terus!
Bujang tak teruna 2: ??? hahahaha.

Tuesday, May 30, 2006

Tentang cita-cita

Dulu cikgu Rafi kata:
"Mendaki tangga kejayaan ni, semakin tinggi semakin baik, tetapi AWAS! Jika jatuh, sakit. Semakin tinggi mendaki, semakin sakit kita rasa. Jika jatuh."

Kata aku:
Cita-cita biar setinggi bintang. Jika tidak mampu MENGGENGAM bintang, kita masih mampu menggengam awan.

Kata aku lagi:
Jika mampu menggengam awan, tinggallah di atasnya. Namun berhati-hatilah, kerana awan adalah awan. Tapi jangan bimbang. Jika terjatuh, kita masih di atas gunung. Tentu kukuh di situ. Masih mampu menggengam awan. masih mampu melihat jurang. Bersyukurlah. Namun cita-cita biar SETINGGI bintang.

Kata Daly:
"Cita-cita aku, nak jadi AGONG!"

Thursday, May 25, 2006

10 minit, ku tewas lagi.

Semalam, ya semalam.
Setelah 11 tahun di arena lain. Kali pertama di arena itu. Pertama kali.

Ini bukan kali pertama. Terakhir 11 tahun dahulu. Bertahan hanya 10 minit pertama. Badan berpeluh dingin. Yang tadi tuntas kini pasrah.

Jantung berdegup kencang.
Darah mengalir pantas.

Aku di luar terlentang. Tidak sanggup rasanya untuk bertahan.
Pandangan berbalam-balam. Namun aku puas. Tadi. Ya, tadi.

Ahhhhhh hatiku tak keruan. Badan menggigil. Terus gerak kakiku sepantas mungkin. Takkan aku lepaskannya di arena itu.

Pintu ditutup kedap. Pastikan posisi terbaik. Persediaan. Sandarkan kepala ke dinding itu. Beralaskan lengan. Kelopak mata rapat. Menunggu saatnya. Sekali-sekala ku buka jua. Renungan pasti ke bawah.

Dan akhirnya.... Saat yang ku dambakan.... hahaha. Girang tapi malu.

Uweeeeeeeeeeeeeeek uweeeeeeeekkk
Aku tewas lagi. Hanya 10 minit pertama. Tadi tuntas. Tadi cergas.

Aku muntah.
Uweeeeekkkkkkkkk uweeeeekkkkk.
Dalam tandas. Aku terpaksa.
Uweeeeeeeeekkkkkk lagi. Peluh dingin turut menitik. Hahahhaha.
Lagi, lagi dan lagi. Hahahahhaa

Pertama kali main futsal. Inilah akibatnya ;)

Saturday, May 20, 2006

Tentera Islam Nazi (Handschar)

Tak percaya? Masih tak percaya?

Adolf Hitler (Nazi) menubuhkan divisyen tentera Islam. Divisyen ke13 Waffen Pergunungan SS Handschar (Hanzar). Hanzar adalah parang dalam bahasa Arab. Apa yang menarik, tentera divisyen ini menggunakan tarbus membezakannya dengan tentera Nazi yang lain.

Baca
SINI

Tentera ini terdiri daripada Muslim Bosnia dan Muslim Croat. Namun terdapat juga tentera bukan Islam yang terdiri daripada penduduk wilayah Balkan yang asalnya daripada
Divisyen ke23 SS "Kama" yang dibubarkan. Kemudian diserap masuk ke Divisyen 13 Hanzar ini. Divisyen ini ditubuhkan atas nasihat Mohammad Amin al-Husseini(ca. 1895 - July 4, 1974, أمين الحسيني,) iaitu Mufti Besar Jerusalam, Palestin.

Daripada artikel yang aku baca berkaitan dengan beliau dan divisyen Hanzar, ia ditulis dengan berat sebelah. Ini kerana kebanyakkan artikel tersebut pro barat dan Yahudi. Sangat menarik! Namun rasionaliti kita perlu mengatasi segalanya.

APA KOMEN ANDA!! (BERBANGGA? MARAH? TIADA APA-APA PERASAAN?)