Monday, October 30, 2006

Belasah Makan

Laporan seminggu kehidupan Esis.Pertama kali beraya di Johor. Rumah mertua. Namun kali ini, di fokuskan pada makanan sahaja ye. Harap maklum.

1. Ketupat. Merupakan makanan utama di raya pertama sahaja. Semua rumah yang aku pergi hidangannya ketupat, kuah lontong, serunding, kuah kacang, rendang daging, rendang ayam. Raya ke-2, sorry ye, makan kuih siput dengan biskut-biskut la. Ketupat habis...

2. Pulut dalam daun kelapa = Lepat (?). Bersusah payah bapa mertua aku buat lepat ni untuk aku. Sedap. Pulut dimasak separuh di dapur, kemudian bungkus dalam daun kelapa. Memanjang. Seperti Nokia 3210. Diikat tiga dan direbus semula. Ada sesiapa tahu nama lepat apa ni?? Aku tak ingat. hehe.

3. Lepat loih. Ini satu lagi makanan unik. Aku makan di rumah kawan baik bapa mertua aku. Pak Ali. Keturunan Bugis anak Daeng. Dibungkus dalam daun pisang. Pulut berbentuk tiga segi memanjang seperti Coklat Toblerone. Katanya dibentuk dalam citak/cetak (?). Sejenis acuan la tu. Orang Bugis tolong explain....

4. Brasak + ikan masak kicap. Kata Pak Ali, Brasak lawan makannya dengan (?). Entah aku tak ingat namanya. Haha. Anak Bugis explain lagi ye. Tapi dia macam singgang la ala-ala. Ini makanan Bugis jugak. Dalamnya nasi yang dibungkus dengan daun pisang muda. Berbentuk empat segi tepat. Dan nipis. Wangi baunya. Rasanya boleh tahan jugak sedap. Dengan Ikan masak kicap pun sedap.

5. Briani Gam. Hidangan paling sedap. Aku makan di pagi raya di rumah sepupu Si Comey aku. Kalah la Briani Gam Putrajaya atau Briani Gam hari Jumaat Masjid Setiawangsa. Sungguh. Sedap. Perghhhh, berkuah kambing!!!!!

18 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Lepat...lepet aku panggil, makan dengan serunding atau kuah kacang...perghhhhhhhhh...

Ketupat makan dengan lodeh pun perghhhhhhhhhhh...

Kemat said...

wah..aku teringin nak makan beriani gam..kat baling..rayer tahun nie banyak wat laksa..ader bihun kuah laksa..tapi paling best laksa kebuk, laksa tepung bersa wat sndri..betul2 tradisi punye

Anonymous said...

jangan makan banyak-banyak..

nanti obes..huhu.

zino said...

makan makan makan .. sah beraya ni hehe meh puasa sunat syawal pulak..

kingbinjai said...

lepat? kuih koci kot?!

Anonymous said...

alamak sedapnya briyani gam...buat aaar open haus...

zwitterion said...

ni mesti makan sampai tak hengat dunia..

INDERA KENCANA said...

Makan je selagi selera masih ada. Tapi jangan tak ingat dunia macam zwitterion kata..

Amanitium Cho said...

Briani Gam menarik kat johor? benut ke?

Aku makan di pagi raya di rumah sepupu Si Comey aku

tiba-tiba teringat sikenit comey aminbakish, ops, aku tak maksudkan apa-apa. haha.

Anonymous said...

selagi boleh makan ... makan .. nanti dah tak boleh makan diam jer tengok makanan...

Anonymous said...

Aduh2.. Hanya boleh membayangkan saja rasanye.. Apapun.. Selamat Hari Raya maap zahir batin.. Harap tidak terlambat..

Anonymous said...

makan sedap.. tapau la skit.. hahaha...

13may said...
This comment has been removed by a blog administrator.
13may said...

Pulut dalam daun kelapa

takkan lepat kot??? hang jgn bagi aku konpius...ntah2 pulut udang:D

dugongsenyum said...

tahun depan beraya dengan baby pula hehehehe

Azhar Ahmad said...

Beriani gam kambing? Huhhhhhhh

Rie said...

blackpurple...
perrggghhh teringat 2 aku

kemat...
waaa. baru tu. laksa johorrr pun best apa. laksa pahang pun best. hahaha

neeziee...
perut aku dah obes ni.

zino...
abg zino masih puasa lagi. amin

kingbinjai...
woit mana ada kuih koci. bungkus kuih koci macam nasi lemak versi kecik.

HE...
open house sapa ada briani gam. aku nak gi

zwitterion...
ehh mana ada. mana ada. haha

Indera Kencana...
hahahahaha. makan untuk hidup. bley trima ke masa raya? haha

amanitium...
kat rengit la bro. pergghhh. dekat dah tu.

Airmas_sz...
hehe, ada pengalaman ke bro

Fuad...
ada rumah terbuka jemputla.. makan grianai kambingh. hahaha

Orochi ...
kuih raya ada la ni. batang buruk.

13may...
pulut udang? itu makanan mana tuh. pulut makan rendang ada le. haha. puas jugak aku korek apa ada dalam pulut tu. hehe xde apa2 bro.

dugongsenyum...
ooopppsss. insyaallah. moga-moga diperkenan. Amin ya Allah.

Rie said...

Azhar Ahmad ...
hahaha jangan jelous. kat ulu jempul banyak bakar lemang? aku semalam aje baru jumpa lemang. mengidam bro. haha