Aku bukanlah pelajar yang bijak. Bukan genius. Aku hanya tergolong dikalangan pelajar yang biasa-biasa sahaja. Belajar lebih, keputusan peperiksaan baguslah. Belajar lebih kurang, keputusan peperiksaan seperti orang lainlah. Seperti orang ramai. Tiada siapa yang ambil kesah. Dan. Aku tetap seperti budak-budak kampung aku yang lain. Nakal. Nakal tak berupa (kata tok kepada aku).
Aku pernah lari dari rumah, yang ketika itu usia aku dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Kerana terlalu takut dengan emak, atas kesalahan yang aku sendiri telah lupa kini.
Aku pernah membakar longgokan getah kusyen di tepi rumah. Sehingga api marak menjulang sama tinggi dengan atap. Hampir membakar rumah.
Aku pernah meletupkan plak motor di dinding. Kekuatan dentuman menyebabkan rumah aku bergegar.
Aku pernah digantung dan dibuang asrama dan sekolah atas kesalahan sebagai ketua perancang. Kami membuat satu modus operandi memukul seorang pelajar asrama secara berkumpulan di tengah malam. Hampir separuh pelajar asrama lelaki digantung sekolah.
Dan berbagai-bagai tindakan yang aku sendiri malu nak tulis. Kadang-kadang apabila dikenang semula, aku menyesal sendiri dengan tindakan bodoh aku ketika itu.
Namun, sampai suatu ketika aku sedar betapa aku harus ke sekolah. Harapan emak dan abah amat tinggi pada aku. Aku tertekan dengan harapan yang digalas itu, di sebabkan aku anak yang pertama.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya diterima masuk ke universiti. Namun, aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan di kampung. Mungkin nasib mereka tidak sebaik aku waktu itu. Setelah habis persekolahan, mereka bekerja kampung atau bekerja di kilang-kilang.

*****
"Engkau untung la dapat masuk universiti. Cerah masa depan. Lain lah aku ni, duduk kampung menoreh getah je. Nanti jangan lupa aku tau!" Jakpo memulakan perbualan.
"Tak lah. Aku tak lupa."
Dan detik waktu bagai kaku seketika.
"Sebenarnya bagi aku. Tak semestinya kita berjaya di sebabkan kita masuk universiti. Ramai juga orang yang tak masuk universiti berjaya. Ramai juga orang yang duduk di kampung berjaya. Sebenarnya berjaya dalam hidup adalah yang paling penting." Aku meneruskan perbualan.
Dalam hati aku berkata....
"Belajar di universiti tidak bermaksud kita berjaya dalam hidup. Universiti hanyalah tiket untuk berjaya dalam hidup. Terpulanglah kepada individu, bagaimana harus dia mengunakan tiket itu. Tanpa tiket pun boleh berjaya apa."

24 comments:
:) menarik topik hang dude.
ya betul, tanpa tiket kmuter pun, rg masih bleh naik komuter. yg penting tahu rebut peluang
ramai penoreh getah lebih berjaya dari si graduan universiti....
tapi tiket tol semakin naik harga... haha.
tiket utk berjaya, cuma destinasinya belum diketahui. La ni banyak juga yg berjaya memengganggurkan diri mereka.
saya tak pernah masuk universiti.
dari kecik sampai besar masuk sekolah je... :(
ya, x msk universiti pun blh berjaya..
Tapi, kau handsomeee...
Buas juga budak ni masa kecik dulu...
Belajar sampai mana pun,yang penting, kena jadi manusia...
[fakapunch]...
tima kasihhh.
kingbinjai...
haha. tapi tiket air asia takleh pulak. hahaha
KAMATO ...
betulll
amanitium...
tu yang aku marah tuuu. tol yang takde tiket pun naik harga jugak
Pa'chik...
hahaha
tuan tanah...
eh yek ker?? saya tak percaya.
zwitterion...
lagi...?
sinaganaga...
kalo di bandingkan denga ko masa remaja dulu camne?? hehe
Jiwa Rasa...
haha bro. manusia yang menjadi manusia.
ya ya aku setuju
hmm skang nih ramai lepasan graduan menganggur. mcm bas la gak, tiket dah ada kat tangan, tp bas sampai ke sudah tak muncul2. Sapa nak jawab ... :D
adikyah, aku nak jawab,
ko tunggu tempat yg salah kot?
tapi
tu dah jadi mentaliti
budak-budak kena belajar pandai
masuk unibersiti
agak2..ko akan pukul aku tak kalu aku kenakan ko nanti? muhahahahhaha~ bahyer neh.
Aku Bukan Bidadari...
:)
adikyah ...
tiket tu multipurpose. takkan tunggu bas jer kot?
Pa'chik ...
hahahaha
BooK...
memang. tapi ni lah caranya nak motivasikan mereka yang tak dapat masuk. setuju?
rudy bluehikari...
woit.. woit.. woit! ape nih?
yup, yg penting diri sendiri nak maju tak kira laa ada tiket atau tak..
Ya, ya.. maju lah untuk diri sendiri, keluarga.
ganaaaasssssssss tapi bijok. itu yg kita mahu sebenarnya!.hahahaha
ada juga yang dapat tiket tapi tiket tak sah.
saya setuju, berjaya dalam hidup adalah paling penting...
tapi nak berjaya dalam hidup, pelajaran penting..
ya betul tuh akak aminbakish. Pa'chik, kadang2 dah tunggu tempat yg betul, tp kalo tuan bas tu yg tak betul cam ner. Sapa nak jawab. Ahaksss..
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha. Yg belum beli tiket. Sila beli cepat2. Aku nasib baik sempat. Ngam2 jer hehe..
Sijil bukan satu-satunya tiket untuk berjaya. Sijil pun orang boleh beli sekarang...!
deen, aku kena jawab lagi ke?
mungkin tempat betul, tiket pun betul, masa pulak yang tak betul. Bas pagi kamu tunggu petang. Mungkin juga kamu sudah terlepas bas tu.
Selamat menyambut EidulAdha ya..
blue_cherry...
berjaya akan tercapai dengan istiqamah/tekun.
ayobkelubi...
WWAAAAAAGHHH LU ROCCCKKK BRO.
kel@mbu...
yang jenis ni memang saja cari nahas sejak mula nak beli tiket. huhu. Beli tiket?? kot.
Sikenit...
kenit-kenit pandai-pandai belajar tau. upsr aritu camne?
nUrAdDeEn...
maaf tiket bas balik raya habis...
blackpurple...
ohhh jadinya ada profesor title beli la nih...
Pa'chik...
yang penting sabar... kita hanya boleh kontrol mental dan fizikal kita. mental & fizikal orang lain kita takleh nak kontrol.
.
.
.
.
OKlah semua. Slamat menyambut Aidul adha......
berat isu nih. kita bersantai pula...
Post a Comment