Wednesday, November 15, 2006

Bangsa Bertebaran

Sunset. Di awal musim sejuk. Pancaran sinar mentari di udara biru yang berkabus. Tipis. Dan kami. Di tepi Tasik Kunming, di Summer Palace. Geng jejaka bergambar. Di waktu itu, panorama indah sekali.

Melintas seorang Ah Soi. Tersenyum-senyum melihat keletah kami. Sakan bergambar.

"Please... please madam. Take our photo..." Rayu Pian.
"Ok." kata Ah Soi sambil tersenyum.
"Emmm. You push this button ok?" Pian memandai-mandai ajar Ah Soi.
"Ok, ok." Ah Soi tersenyum makin lebar.

Dari lensa kamera. Ah Soi fokus foto kami. Kami pose dalam posisi paling tampan dalam sejarah dunia.

Tiba-tiba. Ah Soi tunjuk-tunjuk belakang kami. Dengan muka yang serius. Tunjuk lagi. Tunjuk lagi. Muka serius. Tunjuk lagi. Belakang kami.

Kami berpaling tengok belakang. Kami kehairanan. Tiada apa-apa. Tiada bahaya. Kami berpaling. Kami berpaling. Kami kehairanan lagi.

"Why madam? Why...?" Aku kehairanan. Kami curious.

"Errrrr... errrrrr... errrr."
"Err...eerr.. Itu matahali ade blakang. Manyak silau. Ini gamba manyak itam. Talak cantik." Ah Soi berbahasa Melayu tiba-tiba.

"Haaaaaaaaaa." Kami terpinga-pinga.
"Aiyaaa.. Saya dari Melake la. Dari Malaysia juge. Hi hi hi hi..." Ah Soi tanpa kami tanya.

18 comments:

Anonymous said...

makang anging bang? bestnya

Fuad said...

Haha.. Kalo aku dah mintak otograf Ah Soi tu dah..

Sikenit Comel-AminBakish said...

Merata alam rakyat Malaysia ada.. ke Korea ya kamu???

amanitium said...

kau buat ape sane dude? cari china dolls ke? haha.

BooK said...

jgn risau. aku slalu terkena camtu jugak.

sinaganaga said...

Muerekekekekekekekekee...

Aku suka kau. Mao tinggalkan Narayuda? Lantas menyertai Sindiket Sol-jah? Bha-ha-ha!

esis said...

Airmas_sz...
makang anging buat keje nyambil-nyambil.

Fuad...
hahaha. pssst.. kami bersorak-sorak dengan ah soi asoi tu kat situ juga. rasa macam junpa saudara.

Sikenit Comel-AminBakish...
kat beijing la kenit. korea lepas ni pulak. hehee

amanitium...
china doll tak jumpa. puas jugak aku cari. hehehe. errr kat sini pun ada ape.

BooK...
kiranya bersepah juga pengalaman aku ni eik.. hahaha. lebih kurang cam aku gak ker kat ausie tu.

sinaganaga...
Hehehehe (gelak-gelak jahat nih.)

zwitterion said...

hahaha..esis tertipu!

Aku Bukan Bidadari said...

ah soi ?? bukan ah soo ke ? ekeke..malunya..ehehehe..awak dan kawan2 awak malu tak??

blackpurple said...

Mana gambornya sis...?

hehehe

INDERA KENCANA said...

Teringat dalam filem seniman bujang lapok. Aziz baru balik. "eh ramli, tadi ada satu mambang. bukan main cantik. aku tanya "cik adik, cik adik. nak pergi tengok wayang tak"? perempuan tu jawab "aa aa u aak aa"

Sekali bisuuuuuu...

Sastri said...

keskeskes.... tergelak gilos baca entri sis ni... lawak tul... ah so tu wong malaysia rupanya...

hayad said...

mcm mn en esis bulih jln2 ke luor ngri ni..mcm byk kali jer...musti best

kingbinjai said...

ha ha ha ha

esis said...

zwitterion...
oo ho.. ko gelakkan aku eik.

Aku Bukan Bidadari ...
entah mana-mana la kot. tak malu sbb tak mengumpat dia time tu. hahaha

blackpurple...
gambo... eh malulah.... awwww

Indera Kencana...
hahahaha aku ingat. aku ingat.

Sastri...
hahahahahahaha

hayad...
aku ni memang suka jalan2. suka tengok tempat orang, suka tengok orang. ada rezeki aku jalan.

kingbinjai...
:)

bunga rampai said...

Salam,

Ooops, sakit tekak ni gelak-gelak.
Air sirap adakan? Hulur segelas...

Lan Rambai said...

ko keja apa ni wei.. boleh jalan2 manyak tempat.. mau tukau kerja dgn aku? haha.

13may said...

hahahha...ada belanja dia minum dak lepas tuh??