Tuesday, August 08, 2006

Parit kota

Sudah 3 hari Si Comey bertapa dalam mahligai. Memulihkan semula aura yang tercedera dan terhakis. Memulihkan kegeringan. Memulihkan kegembiran. Dengan tabah. Sangat tabah.

"10 hari sekurang-kurangnya." Kata Sang Pendita.

Tidak dipedulikan. Luar kota, unsur terapinya indah. Mengintai. Menjenguk.

Pada hari ke-3, keluar mahligai menghirup udara segar, membuka pintu kota...

"Alamak...! hahahaahahah hihahik hik hik.."

"Abang! Abang...! tosamas yang ghaib kelmarin dulu, mengghaibkan dirinya ke dalam parit kota. Hik hik hihihi.."

"Aiiyooo.., 3 hari 3 malam Abang lalu situ tak nampak. Si Comey sekali keluar dari pertapaan, terus tosamas timbul. Aura peringkat tertinggi nih."

"Hahaha." "Hik hik hik." "Hahaha." "Hik hik hik."

Nyanyian kami berpilin. "Seiring dan sejalan, seindah bunga di taman..."

Rindu kami terubat. Kegeringan Si Comey beransur pulih.

**selamat ulang tahun bercintan, Si Comey

11 comments:

kingbinjai said...

oh tahniah, semoga Allah memurahkan rezeki kalian berdua :) ingat! orang orang yang bersabar itu bakal menerima berita gembira.

JBM8141 said...

haiya aku ambik masa yang lama nak memahamkan entry sebelum ni.

anyway, biasa aa tong sampah masuk longkang, tukang angkat sampah ni kadang2 main campak je tong tu. kadang2, bukan selalu. mungkin angkara anjing dan kucing jugak.

weh selalunya org tempah lembu tu, bape lama aaa sebelum raya haji?

neeziee said...

mungkin tong tu pergi bercuti.

esis said...

kingbinjai,
amin...

JBM8141,
bro, sekarang pun ko dah boleh tempah.

neeziee,
hahaha dalam parit. dalamnya 5 kaki. hahaha

blackpurple said...

Selamat ulang tahun....selamat...

Ohhh...kau parit kota..aku parit jawa..hehe

Sastri said...

selamat...selamat...

Azhar Ahmad said...

Biarlah dia pergi menghilangkan dirinya jap. Mungkin pegi cari bakul sampah and tong besi bandaraya. Adik beradik kannnnn.....

esis said...

blackpurple,
hahaha aku kadang-kadang parit karjo. kadang-kadang parit botak, kadang-kadang parit yaani.

selalu parit orang kaya. hahaha

Sastri,
huhuhuhu

Azhar Ahmad,
sedih aku, tak pesan pun. at least anta la sms. hahaha

Lan Rambai said...

Ya Allah.. mengapa aku perlu mengambil masa selama 3 hari membaca entri ini baru aku paham? Sebab baru ari ni aku klik link komen dan nampak perkataan TONG SAMPAH!

ps.. aku tak klik sebab aku tak paham dan tatau nak komen apa hehehehe. ari ni baru paham sapa si comey tu.

esis said...

Lan Rambai,
hahaha. akhirnyaaaaaa.
usaha tangga kejayaan.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! San francisco tooth whitening bleaching Florida nursing home lawyer Cialis discount viagra Fitness club photos hilarious answering machine messages wooden toys Free films ladies upskirts Hilton maxim paris pic tennis Mazda euro lights Lexus service bulletins Www vicodin com vicodines pharmacy malaysia toyota new model Video conferencing review Allergies in dog Jeep liberty tire jack location Clomid what if taken days 1 thru 5