Thursday, September 14, 2006

Pak Supir & Oplet Birunya

"Rimas aku. Macam semut supir-supir ni...."

Kami pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Andalas, dari Cabang Perlabuhan Dumai.

Supir-supir menghurung dan merayu kami naik oplet mereka. Aku ingat, ada dalam 30 orang. Mungkin lebih. Dahi mereka berkerut. Peluh dingin mereka menitik. Kasar.

"Fuh! supir-supir ni berebut penumpang macam kambing lapar." Aku.
"Nasib baik tak ada yang bertumbuk." Jawab Alfian.
"Hahahaha." Kami.

Mereka memang berusaha keras untuk dapatkan penumpang. Berebut-rebut. Grrrrr... Grrrrrrrrrrrr!!!!! Macam kambing lapar, merayu kami naik oplet mereka. Persaingan mencari rezeki di sana mengagumkan aku. Mungkin teramat sukar untuk mendapatkan sesuap nasi. Jadi mereka harus keras, berebut-rebut. tarik-tarik kami. Rayu-rayu kami. Bukan 2-3 orang. 30 orang.

"Aik!! Lebih-lebih la pulak, apasal supir-supir ni tarik-tarik beg aku." Alfian.
"Hah, Pegang beg kemas-kemas. Chek dompet" Aku.

"Mari tumpangin oplet saya. Lekas..." Pak supir. Lantas, tarik Alfian berlari jauh dari kumpulan besar. 30 orang.

"Pak, jangan pisahkan saya dari kawan-kawan saya pak!!!" Jerit Alfian dengan suara yang menggigil.
"Pak supir, jangan bawa kawan saya lariiiiii" Jerit aku juga. Sambil menyentak-nyentak tangan Alfian.

"Saya enggak mau pisahkan. Saya cuma pingin mesra dengan orang Malaysia. Panggil kawan kamu semua naik oplet saya. Ayuh." Kata Pak supir. Jujur.
"Huh." Aku

17 comments:

kingbinjai said...

supir supir tu apa? supadirman aku tau la

Amanitium Cho said...

supir tu pemandu kan esis? supir2 tu tak tgk kau? heh.

13may said...

supir? Oplet? Menatang hapa tuh??

Anonymous said...

waahh bahasa jermen nih.

Lan Rambai said...

aku kurang mengerti. aku sangka supir2 tu kerumun ko rayu naik oplet mereka sahaja.. tapi kenapa mereka bakal kenyang seminggu pula? Mereka cannibal?

Anonymous said...

Waduh2...ngak bisa paham aku.. Sungguh tinggi taraf vocabnya...

stROZze said...

Ya, supir tu pemandu, tapi Esis, oplet tu ape? Aku selalu pegi Indon/tgk TV Indon tapi tak pernah dgr pon perkataan oplet...

Kemat said...

kagum dengan tahap penguasaan bahasa asing kamu..gusar kengkawan lain membaca dan mentafsirnya

Anonymous said...

cenggitu ke mesra...?? dahsyat oo...

zwitterion said...

saya tgh bayangkan aksi esis sewaktu berkata"jgn bawa kwn saya lari"..hehe

Ps: Goblog sudah diterima khamis lepas, tunggu hjg minggu blk kampung br dpt baca.tq

Anonymous said...

gitulah org carik rezeki. sini supir2 pulak yang demand. jalan dekat-demand sampai berbelas ringgit.

Anonymous said...

erm... tu la pasal

Sastri said...

esis p indonesia ke? dulu Sas salu gak guna perkataan Pak Supir ni... keskeskes...

Unknown said...

kena pakai cawat besi tak. hehehe.

Anonymous said...

supir tu macam semut?

zino said...

masuk saja seberang.. loghat terus bertukar hehe..

Rie said...

kingbinjai,
tanya amanitium. hahaha

amanitium,
bagus.. bagus.. aku tak hensem masa tu. hahaha

13may,
hahahaha. hoho

neeziee,
bahasa sanskrit la... haha

Lan Rambai,
hahaha cannibal holocausee. ini version baru daaa.

Fuad,
eh ye ker!!!? hahaha

Strozze,
oplet itu selalu kemacetan.. haha

kemat,
bahasa indon aje le... ko pun paham kan? hik

Sikenit Comel-AminBakish,
mesra ada makna tuuu..

zwitterion,
hahahaha

Op,
supir sini cekik darah... poyo. haha

megat,
pasal itulah. haha

Sastri,
kecik ati kawan kamu. hahaha

kel@mbu,
pasrah aje.. hahaha

orochi,
metafora aje bro.

zino,
ahha masuk kandang kambing aku mengemb.... eeerrr kasi makan kambing. hahaha