Tuesday, May 30, 2006

Tentang cita-cita

Dulu cikgu Rafi kata:
"Mendaki tangga kejayaan ni, semakin tinggi semakin baik, tetapi AWAS! Jika jatuh, sakit. Semakin tinggi mendaki, semakin sakit kita rasa. Jika jatuh."

Kata aku:
Cita-cita biar setinggi bintang. Jika tidak mampu MENGGENGAM bintang, kita masih mampu menggengam awan.

Kata aku lagi:
Jika mampu menggengam awan, tinggallah di atasnya. Namun berhati-hatilah, kerana awan adalah awan. Tapi jangan bimbang. Jika terjatuh, kita masih di atas gunung. Tentu kukuh di situ. Masih mampu menggengam awan. masih mampu melihat jurang. Bersyukurlah. Namun cita-cita biar SETINGGI bintang.

Kata Daly:
"Cita-cita aku, nak jadi AGONG!"

14 comments:

hurulain89 said...

tingginya cita2

bagus teruskan

semoga menjadi seorg yg cemerlang gemilang dan terbilang.

Anyway can I know u?

Your blog look great

ND said...

Cita2 aku dulu nak jadi Pilot. Tapi masa SPM aku tak amik fizik dan add maths. Jadi tak dapek aaa...hihi..

Kesimpulan drpd entry kau ni, grab saja peluang yg dapat. Berdiri di bumi yg nyata. Betul tak? :D

KAMATO said...

Kadang2 tak semestinya cita2 menjadi nyata, yang nyata perlu pengobanan untuk mencapai cita2

zwitterion said...

aku pun selalu pesan kat students, aim mesti tinggi dan berusaha ke arah tu, kalau tersasar pun, tak la jauh sgt.dan matlamat mestilah selaras dengan kemampuan.berusahalah

blackpurple said...

Kena ada cita-cita..kena berimpian. 'Segalanya bermula dengan impian'.. Tapi kena ada usaha ! dan bertawakal....

ikoko said...

Cakap ngan Daly.. kena kawen ngan agong.. :p

neeziee said...

aku nak jadi rakyat yang berjasa.ahaks

kel@mbu said...

aku nak dapat lesen agong pun x dapat2.

kemat said...

aku ingt nak rest kejap dari memburu cita-cita..aku nak memburu cinta lak...

Pegawai Khalwat said...

Perghh..... ayat yang sama aku pakai tiap kali bagi motivasi kat orang.

Psss....hurulain, blog aku pun best jugak. Mai la berkenalan dengan aku yang tak malu ni.

amirMukhriz said...

Abang aku kata, strive for the best, and Allah will do the rest.

:)

wah wah. dah ada orang nak berkenalan dengan kau. hahahah.

esis said...

hurulain,
:)

nd,
pandainye.

kamato,
usaha & pengorbanan

zwitterion,
sama la dgn aku.

bp,
ya impian. bukan mimpi.

ikoko,
dia jantanlah. hahaha

neziee,
jangan isap dadah

kelambu,
hahhahah daly ada. mintakla

kemat,
cinta? hahha. datang selepas cita2

abg khalwat,
ko tiru aku yeeee. hehe

amir,
perkenalan? huh tak perasan. xpayah le. hehe

JBM8141 said...

bila dah naik tangga tinggi2 tu, turun le sekali sekala untuk periksa samada kaki tangga tu dah mula nak reput atau ada mata tangga yang dah tertanggal.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »