Monday, February 26, 2007

Malam Terakhir

*Oplet masih bertali arus dalam *kemacetan malam itu. Bagai tiada erti penat. Kami masih *bergadang di sebuah gerai di tengah bandar. Cicipan teristimewa kami malam itu hanyalah teh telur dan jus jeruk. Melengkapkan pengalas perut kami, bakso urat. Jam 10.30 malam, namun manusia masih ramai bersimpang-siur. Malam terakhir kami di Pekan Baru, Riau.

Mata aku mulai berat. Masing-masing masih membincangkan Sejarah Nusantara. Daripada perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang aneh, hingga sejarah Kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pulau Penyengat. Daripada Perjanjian Inggeris-Belanda yang memisahkan satu rumpun, hinggalah siapa William of Orange yang menjayakan pemisahan ini. Terasakan marak unggun api di atas kepala aku. Otak aku mula menggelegak.

Tiba-tiba Fedly bingkas bangun. Melompat ke tengah-tengah meja perundingan kami. Teh telur dan jus jeruk bergelimpangan tumpahnya. Aku sedikit terkejut. Fedly berdiri gagah. Dengan dada yang dibentangkan ke langit. Dengan suara satu nafas, Fedly berteriak....


"Yeeaaahhh.. !!!!! Apalah malang!!!
Nasib si bangsa ini,
Bersaudara,
Namun tak kenal,
bla.. bla..
bla..
bla..
Sekian, terima kasih."

"Yeeeeeeh.. tepuk, tepuk, tepuk..." teriak seorang pelanggan di sudut gerai. Semua pelanggan gerai bertepuk tangan. Bersorak.. yeeeeeeeeeeh.! "plap" "plap" "plap"....

"Ini pasti anak sastera.." bisik bangga, gadis di belakang. Aku tersenyum dalam keterujaan.

*Oplet - Van yang dijadikan bas.
*Macet - jem/kesesakan jalanraya.
*Bergadang - melepak di gerai.

Friday, February 16, 2007

Cendawan

Berwajah baru....... dengan kesegaran haruman hutan hujan tropika!!!

Thursday, February 15, 2007

Mari Meraikan NARAYUDA #2

Sudah Terbit!

Alhamdulillah, setelah 3 bulan bertungkus lumus, akhirnya terbit sudah Narayuda Edisi ke 2. Harga masih sama, RM5.00 dengan penambahan muka surat. Percayalah, kami menjanjikan kelainan kali ini. Cara cara memesan :

Dengan Pos Ekspress :
- RM5.00(harga zine) + RM3.00(harga Pos Ekspress)
- untuk yang diluar Malaysia harga pos mengikut kadar negara masing masing.
- emel kami dahulu di : narayuda@gmail.com, nyatakan nama, alamat, nombor hp dan jumlah zine yang dikehendaki. Selepas itu kami akan beri arahan seterusnya.

Dengan Tangan : RM5.00 (harga zine)

Di sini ingin dimaklum kan juga, Narayuda akan mengadakan Persidangan 3P (Perjumpaan, Penyerahan dan Penjualan) pada 21.2.2007 bertempat di Restoran NZ Wangsa Maju pada pukul 7:00 malam. Sila hadir beramai ramai bagi memeriahkan suasana!