Tuesday, June 27, 2006

Arnab atau itik

I.
Pilihan dan perspektif adalah 2 perkara yang berbeza. Hidup sering memberikan kita 2 pilihan. Keadaan ini menyebabkan aku harus melihat setiap pilihan daripada 2 perspektif.

II.
Aku harus memilih hanya satu, menurut pilihan dan perspektif aku. Pastikan yang terbaik.

III.
Uhhh, dilema. Mengejar arnab atau menjerat itik. Manakah yang lebih bermakna dan menguntungkan, menurut pilihan dan perspektif?

IV.
Tukar kerja kerana gaji tidak memadai ATAU teruskan bekerja kerana persekitaran kerjanya yang membahagiakan. Gaji atau Persekitaran?

27 comments:

ontahsapo said...

dlm keadaan segala nya naik ni, gaji lebih penting, tapi persekitaran jugak perlu utk mendapat kerja yg bermutu....so..pandai2 lah...

neeziee said...

mengejar hari semalam.
hehe.takde nak komen.sajer nyebok je kat sini bro.ahaks.

kemat said...

Lebih senang menjerat itik dari mengejar arnab putih. Syukurlah aku kini mampu bahgia kerana dapt kerja tak seperti dulu bekerja mencari bahgia.

gitartong said...

gaji!

kunci hilang said...

esis, saya akan pilih kedua-duanya. :)

ok, sekurang-kurangnya, jika teruskan bekerja kamu sudah tahu, dan pasti, hanya dapat satu, iaitu persekitaran yang membahagiakan.

Sekiranya tukar kerja, kamu sudah tahu satu yang dapat, iaitu gaji yang lebih baik. Dan persekitaran kamu tidak kata ia tidak membahagiakan, kerana belum tahu dan belum pasti.

Jadi, mungkin elok jika kamu tukar kerja, siapa tahu, kamu dapat kedua-duanya nanti.

Selamat berjaya.

rudy bluehikari said...

arnab! saya teka arnab sebb arnab lagi sedap dimasak.

Naimisa said...

esis. Jika anda seorang materialistik, pilihlah gaji.

Jika kamu seorang yang mudah berpuas hati, pilihlah persekitaran yg membahagiakan.

KAMATO said...

mana pun tak pa, yang penting bahagia... buat istikarah 2 rakaat..selesai

zwitterion said...

dalam hidup ni memang kena buat pilihan. kekadang, kita fikir sesuatu perkara tu buruk untuk diri kita, tapi sebenar itulah perkara yg terbaik yg Tuhan anugerahkan utk kita yg tidak tahu kebaikannya pd saat itu.
selepas buat pilihan,bertawakkal...

esis said...

ontahsapo,
tapi bukan memandai-mandai kan. hehe

neeziee,
ko ni macam-macam.huhe

kemat,
kerja dan bahagia 2 perkara berbeza. hehe. "ku bahagia, teret teret teret...."

gitar tong,
hahahhaa ok.

kunci hilang,
tq. insyaallah

rudy,
itik gantung pun macam sedap. eeeee

naimisa,
saya pasti menggengam bintang. amin

kamato,
ya. terima kasih

zwitterion,
ya. saya percaya sesungguhnya.

kingbinjai said...

aku pilih, benefit.

blackpurple said...

Apa yg sebenarnya kau nakkan dalam hidup?

Duit bukan segalanya tapi segalaya nakkan duit.....

tuan tanah said...

people hate change, actually.

selalunya kita takut nak memilih sesuatu yang baru sebab kita tak suka changes.

pilihlah mana-mana yang terbaik, atau ambil peluang ini untuk explore sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ini. hidup kan advencer? ;)

hana kirana said...

kalau saya, saya memilih apa-apa sahaja yang membahagiakan. hidup kita ini terlalu singkat, bukan? :)

itu, kalau saya lah... :)

amyz! said...

saya nampak itik. seronok tengok itik berenang-renang di tasik bersama kawan2.
suka gak arnab, tapi susah nak tangkap. comel tapi tak sejinak kucing. :-)

Pegawai Khalwat said...

Aku nampak ItNab.

neeziee said...

itik gantung nampak sedap

Op said...

masa-masa sekarang duit adalah raja. kebahagian boleh dibeli dengan wang - dalam dunia yang nyata ini.

zino said...

kerja baru tu dah menunggu ke? atau masih nak mencari? persekitaran ok di tempat lama sebab dah kerja di situ.. di tempat baru mana tau persekitaran lagi? belum di tempuh..

tapi yg tidak kurang penting apa saja kerja yg kita buat kita seronok mengerjakan nya.. tak kira lah gaji kecik ke besar..

JBM8141 said...

esis, kadang2 persoalannya bergantung kepada berapa jauh pengorbanan yg boleh kau berikan

dugongsenyum said...

kalau kau keje gomen gaji rendah sikit takpe sebab benefit orang gomen ni banyaaaak

kalau swasta gaji tingi2 pun kena tengok gak term & condition-nya. kalau gaji rm3k lepas tu takde bonus 10 tahun hampeh gak

rasso said...

setuju dengan tuan tanah...
aku sealiran dengan beliau...

rasso kadangkala lambat menerima perubahan....

kel@mbu said...

jawapannya selepas ini. heheheh. :)

Dhani said...

esis.ada 2 pilihan cover kat sini: http://bilik.blogspot.com sila pilih yang mana hati berkenan.tima kasih.:D

Anonymous said...

Your website has a useful information for beginners like me.
»

Anonymous said...

Especially I like the first site. But other links are informative too, if you are interested check all those links.http://indexmachine.info/2417.html and http://indexmachine.info/2221.html

Anonymous said...

Excellent, love it!
» »