aku baru habis baca buku terbaru bertajuk "AKU-berdasarkan perjalan hidup dan karya penyair Chairil Anwar". karja Sjuman Djaya. buku nih aku dapat pinjam dari kawan aku. pasti kamu masih ingat buku yang pernah Rangga dan Cinta baca dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. apa yang menarik sangat tentang buku ini? inilah persoalan yang aku nak tahu. tapi lepas baca buku ni, aku tahu mana keistimewaannya....Chairil Anwar (poster dibelakang Rangga) merupakan seorang penyair Melayu kelahiran Medan. merupakan seorang penyair agung merubah pemikiran bangsa Indonesia ketika zamannya. buku ini ditulis oleh Sjuman Djaya untuk memfilemkan kehidupan penyair ini yang agak misteri dan mati muda pada umur 27tahun. malangnya pengarang ini meninggal sebelum sempat karya ini difilemkan. keseluruhan buku ini menceritakan kehidupan penyair agung ini, karya2nya dan kawan2nya. tak perlu aku mengulas panjang karya ini kerana terdapat banyak ulasannya dalam jaringan internet kini. tapi sesiapa yang membaca buku ini, pasti akan terdetik idea yang aneh dalam minda....pasti tak lepas dari fikiran.... cubalah baca buku ini, kerana ia menanti anda...
sajak "aku" merupakan sajak yang membawa nama Chairil Anwar dalam persada ini. suatu sajak yang penuh dengan semangat!!
AKU
aku!
kalau sampai waktuku
kumau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerjang
luka dan bisa ku bawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku akan lebih tidak peduli
aku mau hidup seribu tahun lagi.
namun aku lebih suka akan sajak ini. pasti kita biasa dengar lagu nyanyian berlirikkan kata-kata keinsafan ketuhanan ini. begitu menyentuh rasa dan pengharapan.
DOA
Tuhan
dalam temanggu
aku masih menyebut nama-Mu
biar susah sungguh
mengigat Kau penuh seluruh
cahaya-Mu panas suci
tinggal kerlip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
dipintu-Mu aku mengetuk
aku tak bisa berpaling
tugu ni telah diabadikan untuk Chairil Anwar di Netherlands Kernstraat 17a (zijgevel), Leiden sejak 17 ogos 1995
10 comments:
mane nk cari novel ni ek? pening dh cari kat MPH around slangor ni.. x jumper2 pn?
dah hampir dua tahun aku cari buku nih..
Very cool design! Useful information. Go on! » »
mane u dpt novel ini ..
i puas cri x jumpe ni...
x tw nk cri mno agi t0 book,,,
Skit plo dh .
Susah lah nk dpt kn buku to..
Kalau nak dapat .
Kau pegi at kwitang jakarta .
Itu pun klau dapat .
:D
ada tak orang nak jual buku ni? maksudnya, buku second hand?
Salam. Boleh sy pinjam untuk fotostat? Untuk kawan yang istimewa buat ku.
Mmg ade byk kat kwitang
Post a Comment