Friday, April 19, 2013

Tulisan Kunlu Tulisan Melayu (Bangsa Kunlun) , Di mana Kau Kini?

Dinar Emas Pasai Bertulisan Kunlu

Pernah tahu tentang tulisan Rencong? Tentu biasa kan. Pernah dengar dan lihat Tulisan Kunlu? 

Ukiran tulisan yang terdapat pada kupang emas ini diukir dalam bahasa Pasai yang dikenali sebagai Kunlu, iaitu bahasa (?) tulisan yang digunakan sebelum bahasa sanskrit.

Sejarah awal kupang emas ini dikesan pada zaman awal kemunculan Melayu di daerah Pasang Utara, Sumatera. Semasa awal terdirinya kerajaan Melaka, pemerintah Sultan Iskandar tidak mempunyai mata wang sendiri. Maka baginda menggunakan mata wang saudaranya tuanya kerajaan Pasai dalam urusan Perdangan harian di Melaka.

Jika telah wujud bahasa kunlu, maka bahasa kunlu tu bahasa apa? adakah bahasa Melayu?  Yang telah di branding semula setelah Melayu mendominasi Alam Melayu ini. Memang kita tahu, bahawa kita adalah orang gunung (kunlun). Jadi peringkat awal tamadun kita dikenali sebagai bangsa kunlun. Jadi bahasa kita dikenali sebagai bahasa kunlu.

Ini bermakna, kita telah ada sistem tulisan sebelum rencong dan sanskrit! Iaitu tulisan KUNLU (tulisan seperti aksara arab). Rujuk tulisan kupang emas di atas. Jadi dimana tulisan itu sekarang? Jika ahli sejarah telah tahu tentang wujudnya tulisan ini, terutama di Pasai, kenapa tiada kajian menyeluruh.

Ini penting untuk menterjemahkan keintelektualan bangsa Melayu sebelum bangsa Melayu mahir dengan Bahasa Sanskrit dan sistem tulisannya.Sanskrit bukanlah rekayasa asal bangsa kita. Asalnya dari benua Hindi, datang bersama agama Hindu-Budha.

Kita adalah bangsa Kunlun, tapi sehingga kita diberitahu bahawa kita mempunyai sistem tulisan iaitu Rencong, kemudian Kawi, kemudian Palava, kemudian Sanskrit, kemudian Jawi, Kemudian Rumi. Jadi apa yang sebelum Rencong? Jika kupang emas di atas sebagai bukti, bagaimana dengan warisan yang lain? Di mana warisan sistem tulisan Kunlu kita? Warisan keintelektualan Bangsa Melayu.

*Rujukan dan maklumat dari Majalah Budaya terbitan DBP.

No comments: