"....PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaan. Tunku juga mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya...."- Rashid Maidin (10 Oktober 1917- 31 Ogos 2006)
Katanya, beliau kuat dan mantap pegangan agamanya, jadi tok guru mengaji di kampungnya.......
PKM berjuang untuk kemerdekaan Malaya. Realiti! Kamu sahaja menafikannya. Fikiran kamu itu diracun penjajah. Percaya buku teks sejarah sekolah menengah. Hahahaha. Suka disuap-suap. Percaya bulat-bulat. Takut bayang-bayang sendiri. Itupun kalau ada yang minat sejarah.
Al-Fatihah untuk Pahlawan di Hati Kita (Rashid Maidin 1917-2006). Walaupun haluanmu kiri.
**HERO terbang dipelepah pisang-Abdullah Jones
20 comments:
agak-agak lepas ni nama beliau masuk dalam buku sejarah tak?dapat anugerah tan sri ke, tun ke?agak-agak la kan?kan?
kenapa dia masih meneruskan perjuangan selepas malaya merdeka?
Apahal pun nama dia cukup famous dalam sejarah, anak2 kita pun kenal nama tu
semasa menjalani satu temuduga, pernah ditanya, "siapkah wira samudera Malaysia?".hampir2 nak jawab Rashid Maidin, sedangkan Dato' Malik Maidin yg betuinya..haha
saya suka sejarah ting 4,peradaban dunia
PKM masih cuba nak bersihkan nama dan perjuangan mereka...nampaknya ada antara kita dah mula termakan dakyah mereka? Mereka pejuang kemerdekaan? Mungkin ya sebelum 31 Ogos 1957. Tapi kenapa PKM masih di hutan berjuang sehingga 1989?
kita juga menyokong yang kiri sekarang. adakah kita komunis?
aku dah konfius....
Al-Fatihah
neeziee,
haha anugerah? anugerah aku kasi boleh la.
zino,
aku yang suruh. hahahaha
KAMATO,
yup...
zwitterion,
adik beradik lain bapak tu. lalala
Alpha The Kerastangan,
mereka pegang pada teori domino. hehe dakyah? walaupun pkm tak guna euphoria. hahaha
kingbinjai,
tak semestinya. kiri tak bererti salah. setuju.
13may,
baca buku banyak2. liberalkan pemikiran. jangan liberal agama sudah.. haha
tuan tanah,
Al-Fatihah juga.
aku memang konfius ni. yg aku tahu komunis perjuangannya tiada beragama. rashid maidin orangnya dikatakan kuat agama pula. dunia ini memang mengelirukan lahhhhhh.. BENCI!
selama ni dia tak diberi peluang menjelaskan...
Betul...!!!
Alfatihah...
aku ader baca buku "from pacific war to merdeka"..terasa cam PKM nie pejuang kemerdekaan..aku tak pasti jugak..entahlah..pejuan cuma ada 2 pilihan..hilang atau terbilang
al-fatihah.
Lan Rambai,
ideologi melayu komunis ni sudah asimilasikan dengan berkesan. komunis perjuangan, islam peganggan.
ontahsapo,
ya aku setuju. lagipun tak ramai yang berminat membaca buku-buku beliau.
blackpurple,
:)
kemat,
ya, hilang atau terbilang
fakapunch,
amin.....
Salam semua,
Saya agak lewat melawat blog ini. Saya tidak tahu tulisan saya ini akan dibaca atau tidak. Jadi biarlah saya menulis dengan ringkas sshaja sebagai respons kepada beberapa posting di atas.
Tentang komunis Melayu, mereka ada perbezaan dengan komunis Cina dan Russia. Komunis Cina dan Russia agaknya sudah menolak agama; sudah menjadi atheis. Tapi komunis Melayu tidak keluar Islam dan terus memeluk agama Islam. Selepas keluar dari hutan, Rashid Maidin pergi naik haji, mengajar membaca Quran dan menunaikan ibadat sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain.
Mereka umumnya menganggap mereka juga turut "memberi sumbangan" dalam perjuangan kemerdekaan. Tapi mereka tidak mungkin meletakkan senjata pada tahun 1957, kerana kerajaan tidak mengiktiraf perjuangan mereka, malah mahu menahan dan menghukum mereka.Sebab itu mereka terus "berlindung" di Thailand sehingga tahun 1989.
Beberapa tulisan saya yang terdahulu berkenaan PKM, boleh dilihat dalam blog saya (duridanapi. blogspot.com, dan darikajang.blogspot com)
Harat,
TERIMA KASIH HARAT. SAYA SUKA KAMU.
Erm.. kita kehilangan seorang wira. :(
aku ingat lagi masa Pak Rashid datang melawat rumah aku kat utara Perak...tahun 1996 masa tu...time tu aku tgh dok buat A-Level in one of the MARA College in Selangor...seminggu dia duduk kat rumah aku..tapi aku cukup terkilan sebab selama seminggu dia kat rumah aku, cuma 5 minit je aku dapat sembang dgn dia...bukan apa, aura pejuang kat dia masih ada & cukup kuat terpancar...walaupun 5 minit, tapi perbualan aku dgn Pak Rashid masih aku ingat sampai sekarang..dia tanya apa yg aku tengah buat skrg..aku cakap aku tgh study, then bapak aku menyampuk cakap aku tengah buat kursus nak pegi luar negeri...terus Pak Rashid tengok aku dan tanya, "Nak pegi mana, Amerika ke?"..aku jawab "tak, England"...then, jauh nampak dia termenung, pastu dia cakap, "Jangan pegi Amerika, orang putih pembohong..."...pastu dia senyum kat aku...dan itulah sahaja perbualan aku dan bapa saudaraku yg cukup aku kagumi...Al-Fatihah utk Pak Rashid...dari Anak Saudaramu..
salam.is there a way for me to contact you?saya ada beberapa soalan tentang pak rashid
Post a Comment