Thursday, August 10, 2006

Balada gulai kancil

5 malam lepas abah telefon:
Katanya kandang baru kambing kami dah 80% siap. Dan kambing aku dah beranak kembar 2. Tapi dua-duanya mati sebab tak cukup bulan. Abah dan Ali (adik aku) tanam, belakang rumah. Takpe usaha lagi, pesan aku kat kambing. Esok.

5 malam lepas mak cakap:
Mereka makan nasi gulai daging kancil. Beli dengan orang asli RM15. Abah sembelih kat belakang rumah. Mak cerita, abah dan adik tak lalu makan gulai kancil, sebab teringat kancil macam anak kambing yang mati tu. Mak cakap lagi, dia simpan untuk aku daging kancil sikit. Dalam peti. Untuk aku dan menantu. Esok aku & si comey balik.

2 malam lepas Ali telefon:
Dia cakap kandang kambing baru kami dah siap. Hahaha. Dia tunggu aku balik, nak buat projek operasi pindah kambing dalam kandang baru.

Aku memang tak sabar nak balik ni. Esok pasti aku sampai di tangga rumah. Insyaallah.

Pssssttt.......
Sebenarnya Abah telefon, Mak cakap, Ali telefon dan kami balik bukan kerana kambing, bukan sebab gulai kancil.

Sebabnya.........

(ilham daripada entry buah durian blackpurple)

21 comments:

kingbinjai said...

gulai kancil? kancil? perodua kancil buat gulai????

selamat pergi dan kembali. check tayar kete tu dah brontak ke tidak hahahahaha

neeziee said...

selamat balik.

"jangan memotong barisan, tunggulah giliran anda"

anda mampu mengubahnya..

kel@mbu said...

pernah tak lalu makan daging arnab sebab terbayangkan kucing.

kel@mbu said...

pernah tak lalu makan daging arnab sebab terbayangkan kucing.

kel@mbu said...

pernah tak lalu makan daging arnab sebab terbayangkan kucing.

kel@mbu said...

pernah tak lalu makan daging arnab sebab terbayangkan kucing.

Led said...

penah tak makan gulai belangkas?

kel@mbu said...

pernah tak lalu makan daging arnab sebab terbayangkan kucing.

Lan Rambai said...

masa jumpa ko.. aku tak perasan lah ko ni ada pusar ke tak kat bhgn depan kepala. Anak aku selalu ditegur bagus kalau bela kambing ni sedap ada pusar tu. Kalau ko ada.. memang sah teori tu hehehehe

Sikenit Comel-AminBakish said...

daging kancil RM15 murahnye, kalau beli luar sekilo baru RM25

[fakapunch] said...

:P

kemat said...

tak penah rasa daging kancil..tapi RM15, kira murah tu..bukan senang nak dapat

Romantis Selatan said...

daging rusa agak pahit. daging kancil? tentu lebih pahit.

ini cuma tekaan sahaja. apa pun saya suka gulai daging kambing masa kenduri kahwin.

Sastri said...

bestnyer dapat balik kpg... Sas dah 6 bulan tak balik... huhuhu...

blackpurple said...

Tukarkan daging kancil itu dengan daging lembu atau daging ayam jago atau kambing bandot, atau daging apa saja (yang halal..).... dan ya, kau tetap akan balik...

abdullahjones said...

Takziah, semoga roh mereka aman.

esis said...

kingbinjai,
tayar tak brontak. baru tukar. hahah

neez,
giliran? ikut mood hahaha

kel@mbu,
eeee. makan kucing.. patut banyak post. hahah. ampunnnn

Led,
gulai belangkas? pernah sekali. tapi ada orang kata xboleh makan. rasa cam ketam.

Rambai,
ada, satu.

Sikenit,
kampung kak. banyok

fakap,
nama ko pelik. hahaha

kem,
semalam ada lagi nak jual kat mak aku.

Roman,
eh pahit ke? sedap je aku rasa.

Sastri,
kesian. huhu

blackpurple,
hahahahaha. hatta ikan kering sekalipun. aku tetap balik.. psttt aku amik mc 2 hari. jumaat sabtu semata-mata....

abdullahjones,
amin... aman nanti. slamat datang tok jones.

Op said...

banyak durian ka? hehe bawakla balik kl banyak sikit

ms_b3rry said...

sebabnya?! nak tau ni.bagitau la.

esis said...

Op,
bro, durian xde. kurang jadi. kambing ada... hehehe

b3rry,
sebabnya? baca paham2 la sendiri. baca ke?

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP fairfield resorts Ely nv hotels