Friday, March 24, 2006

kembalikan ototku kawan

I.
Situasi: dalam bilik kuliah
Jam: 2.15pm

aku melangkah pantas masuk ke dalam bilik kuliah dengan semangat. tiba-tiba terdengar suatu suara kecil, "hik hik hik he he he he he he".

dalam hati aku mula tertanya-tanya. "kenapa mereka ni senyum-senyum padaku,kenapa yang tu pula gelak-gelak kecil?"

dengan suara garau aku lontarkan persoalanku tadi pada mereka dengan senyuman juga. "KENAPA KAMU SENYUM-SENYUM, GELAK-GELAK NI, APA YANG TAK KENA DENGAN SAYA HARI INI?"

"tak ada apa la en. r**, kami tengok en. r** sangat berbeza sekarang. hehehe" kata salah seorang daripada mereka.

"jadi kenapa kamu senyum-senyum dan gelak-gelak?" tanya saya lagi ditambah dengan senyuman untuk menutup perasaan malu.

"errr en. r** dah potong rambut ye?" jawab salah sorang daripada mereka dengan pertanyaan walaupun sudah tahu jawapannya.

"tapi ada yang lain lagiii. heheheheh hik hik hik." pantas disambut yang lain pula.

"apa yang lain tu. saya betul betul tak faham ni. baik kamu cakap." desak saya disulam sengih sehiris di kanan pipi.

"hik hik hik!! hehehahahahhahaha..." gelak mereka semakin kuat dan sengaja ditahan-tahan.

"perut en. r** makin BUNCIIIT..!!" jerit mereka hampir serentak disambut dengan ketawa rakan-rakan yang lain.
.....................................................................................

II.
tolong aku kawan-kawan. berikanlah aku tips untuk kempiskan kebuncitann aku ini..
JADIKANLAH HIDUP AKU KEMBALI CERIA.....TOLONGGGGGG!!!

Tuesday, March 21, 2006

ke depan dengan maju

ajuna: wow nampaknye ko sekarang semakin maju ke depan.

aku: apa? maju ke depan? maju apa??

ajuna: ko sekarang, memang semakin bertambah maju ke depan.

aku: apa ye?.

ajuna: PEROOT tu

Tuesday, March 14, 2006

ketika aku mati

demi memenuhi permintaan, terutamanya OP
maka aku updet blog aku ni.

.......................................................................................

pernah sesiapa yang bermimpi dia dah mati?
aku pernah. sabtu malam baru ni. 11 hb mac.

ketika aku mati perkara pertama yang terlintas ketika itu adalah perasaan kecewa dan terkilan, sebab aku tak sempat sempurnakannya ketika aku hidup. sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh mati. tapi yang aku rasa, seluruh badan aku terasa sangat sakit. seluruh! sakit sungguh. hati aku remuk sedih. yang aku ingat aku terjatuh di hadapan kelas dengan kepala berlumuran darah dilantai di tepi kaki meja.

oleh itu aku sangat sedih terpaksa tinggalkan pelajar aku. aku rasa terkilan sebab aku terpaksa tinggalkan mereka tanpa habis semua ilmu aku curahkan.

yang paling menyedihkan aku apabila aku terpaksa tinggalkan keluarga aku. ketika itu aku balik semula ke rumah ibu bapa aku di kampung. aku tengok mereka semua semula. semua sedih ketika ketiadaan aku. aku dah mati. aku teramat sedih. terkilan sungguh! aku hanya mampu melihat mereka sahaja, dalam kesakitan seluruh badan. namun mereka tidak mampu melihat aku.

tiba-tiba, sepupu aku yang berumur 3 tahun mampu melihat aku duduk di kerusi malas. dia datang memeluk aku. tapi tubuh aku tembus umpama asap. ketika itulah keluarga aku sedar akan kehadiran aku. pak andak aku cakap, dia biasa melihat orang yang dah mati tapi terdapat 3 jenis iaitu hanya dalam bentuk asap. ada yang berwarna merah, hitam atau putih. tapi dia tak cakap roh aku warna apa.

aku tanyakan tentang isteri aku. ibu kata, keluarga isteri aku sudah hantarkan surat perpisahan kami. sedih. sedih sungguh. kesakitan badan aku makin menjadi-jadi. aku semakin lemah. aku ke bilik air untuk mandi. aku masih mampu mencebuk air untuk dicurahkan ke badanku yang kotor dan lemah ini. namun apabila air tercurah, badan aku semakin sakit dan lemah.

sakit, sakit yang teramat. sedih, sedih yang teramat. terkilan, terkilan yang teramat. sungguh. terkilan, kerana aku mati ketika aku masih mahu berbakti pada orang tuaku dan pelajar-pelajarku.

....ketika tersedar daripada tidur, kesakitan itu masih tersisa di seluruh tubuhku. hanya Allah yang maha mengetahui.

aku bayangkan jika benar aku mati, bagaimanakah aku sebenarnya. mampukah ibadatku kini menyelamatkan aku ketika menjelangnya kematianku. takut. aku takut. kerana aku tahu ibadatku tidak mampu menghapuskan dosaku, mahupun mengimbanginya. ya Allah ya Rabbi ampunilah aku. rahmatilah diriku.