Thursday, June 15, 2006

Di sebalik penjenamaan

Blog: www.sukaatiaku.blogspot.com
(Aku buat secara spontan, ia terlintas dalam otak aku, ketika itu.)

Jenama blog: suka ati aku..?
(Dulu tak ada tanda soal, aku adakan tanda "?" sebab untuk ingatkan diri aku supaya berETIKA menulis blog. Jangan sesuka hati aku sahaja.)

Slogan: "sesuka hati" tapi ada hati
(Falsafah menulis dengan hati: kerana dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik ia, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika buruk ia, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah HATI. Peringatan! Ini tiada kena mengena dengan mengikut Hati Mati, mengikut Rasa Binasa.)

Nama internet aku: Esis
(Satu watak daripada buku siri Saga Artakusiad iaitu perjuangan Artakus a.k.a Rizal di bumi Aurora, karya Ahmad Patria. Aku mula guna nama ini dalam
olai tannon di http://www.artakus.net.my/. Pssst, kami ada majlis menyambut ulang tahun ke-3 Artakus Dot Net. Juga ada pertandingan menulis cerpen dan puisi. )

***Entry ini aku ambil daripada apa yang aku tulis di forum geng jurnal yang mana topiknya ditaja oleh Tok Rimau. Terima kasih.

5 comments:

blackpurple said...

Wah... Penjenamaan? Ada elemen-elemen komersial ni... :D

KAMATO said...

Memang boleh komersial nama tu...

awan said...

Esis. kalau diterbalikkan nama itu boleh jadi yang tidak digemari.... :)

Bukunota said...

aku ingat esis tu bahasa minang. mcm ese

esis said...

bp,
menjaga imej & identiti hahaha

kamato,
eh yer ke

rulan,
jangan, jangan. nanti muntah.hehe

buku nota,
esis tu ese lah. :)