Monday, June 12, 2006

Kenduri menyambut menantu

Merafak kata menyusun bahasa,
Menurut adat berteras agama,

Memeterai tambatan izin janji,
Berwali ijab juga bersaksi,
Termakbul niat tulus suci,
Putera sulung yang mengasihi,

Dengan rasa hormatnya mempersilakan,
tuan/puan, saudara/saudari seisi keluarga rakan-rakan blog dan aurora hadir di majlis saya ini

pada
2 hb Julai 2006 (Ahad)
bersamaan
13 Jamadilakhir 1427 Hijrah,

di rumah keluarga pengantin lelaki
No. 104, Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran, Pahang.

Undangan ini setulus hati. Kehadiran tuan amat dihargai.

13 comments:

rudy bluehikari said...

gokekkon omedetou gozaimasu. Oshiawaseni! (slmt pengantin baru.smg berbahagia)

tuan tanah said...

terima kasih kerana mengundang.

dan maaf, saya tidak dapat datang.

apapun, doa saya bersama anda sekeluarga.

KAMATO said...

Semoga kenduri tuan hamba dirahmati jua, terima kasih kerana mengundang.

neeziee said...

ala..ingatkan kat sentul tadi..

pinjam soalan ko jap..

"seronok tak kawen?"

hehehe.

blackpurple said...

Terima kasih atas undangan... Selamat...selamat...selamat..

Oooooo kat Maran pun ada Sentul juga rupanya....

ron97 said...

ko buat gulai kambing atau gulai kerbau?

selamat..
aku dah selamat dah.
hahaha

zwitterion said...

semoga semuanya lancar.

Romantis Selatan said...

Salam pengantin,
buat sukatiaku,

berkahwin mengikat dunia bahagia
semoga kekal ke anak cicit!

Dhani said...

esis. patut ko pilih tarikh 20.06.2006. tak pun 06.06.06 baru cantik skit. hehehe. selamat ya!

Mal said...

Selamat pengantin baru. Maaf saya agak elergik nak pergi majlis kenduri kahwin dua tiga menjak nih. Buat aku sedih nanti.

so dari jauh dikirim doa agar berkekalan selamanya.

esis said...

rudy,
terima kasih. sama-sama kita

tuan tanah,
TQ jugak. alhamdulillah.

kamato,
amin.

neeziee,
hehe. tidak sia2 dilahirkan sebagai lelaki. haha.

bp,
amin, sentul berkembar la. hehe

ron,
aku gulai lembu je. tumbang le seekor lembu lagi. haha. amin

zwiterion
amin.

romantis selatan,
semoga kekal selamanya. amin

dhani,
hahaha terfikir jugak tapi waktu majlis ditentukan oleh kelapangan kedua buah keluarga & kami sendiri.

mal,
jangan pernah menyesal. insyaallah yang terbaik akan datang jua. amin

fajar said...

tahniah. moga rahmat Allah sentiasa berada bersama kalian berdua. amin...

:)

ikoko said...

erk.. dah nikah ek? kalau macam tu.. sama la ngan c4stello :) http://c4stello.silenteve.net