Thursday, December 14, 2006

Senyuman Emak

Aku resah, hidup kosong. Aku hanya tidur dan mandi sungai. Lari dari kekosongan. Mengisi kekosongan.

*****

"30 000 GRADUAN MENGANGGUR SETIAP TAHUN"
Tajuk utama Berita Harian hari ini.

"Huh.. akulah salah seorang daripada 30 ribu ni" getus hati.

*****

"Abang Long..! Tadi Kak Long Hajar cakap dia nak lengkuas, halia, serai, serai wangi. Katanya nak banyak, nak hantar ke kilang herba."

"Tanah kita kat darat tu banyak lengkuas. Pergilah gali. Jual kat dia. Lengkuas tu dah lama Mak tanam. Mesti banyak. Nanti dapatlah sikit duit" emak bersuara.

"Emmm.. Ye lah Mak, nanti petang saya pegi gali."

*****

Bertemankan cangkul, berselipar jepun. Setelah hampir 2 jam membanting tulang, aku gali semua langkuas Mak. Aku agak, hampir setahun aku tak menghayun cangkul. Tapak tangan dan jemari aku yang halus ni, melecet berair. Namun semua lengkuas berjaya aku keluarkan. Itu pun setelah bersusah payah berperang. Mengorbankan beberapa titik darah untuk nyamuk dan pacat.

*****

"Mak, agak-agak berapa ringgit lengkuas yang saya gali ni. 50 ringgit boleh dapat tak?" Soal aku setelah melonggokkan lengkuas di tepi rumah.

"Basuh lah dulu lengkuas tu. Kasi bersih. Buang tanah. Kak Long Hajar cakap, kalau jual bersih tanpa kulit, mahal sikit. Baik kikis dulu kulit lengkuas tu sebelum jual." Mak bercakap tanpa menjawab soalan aku.

*****

2 hari aku kerja keraskan lengkuas tersebut. Menyental lengkuas dengan berus sabut. Mengikis kulit supaya harganya mahal nanti. Harapnya.

"Mungkin 60 ringgit ni" fikir aku.

Dan. 2 hari mak tersenyum melihat usaha aku. Entah apa makna di sebalik senyuman itu.

Aku mengeringkan peluh. Setelah semua kerja-kerja gembalaan lengkuas siap, Kak Long Hajar datang. Berbunga-bunga hati aku. Haruman duit lengkuas menusuk kalbu.

"Nah! 6 ringgit setengah. Berat lengkuas ni 2 kilo setengah aje."

"Ha? 3 hari punya kerja dapat 6 ringgit setengah je. Hihihihi." Geli hati aku menerima duit dengan kerja sekeras itu. Namun aku terima dengan pasrah.

"Hahahaha... Hihihihi...." Mak gelakkan aku.
"Hahahaha... Hihihihihi..." Kami ketawa bersama-sama.

"Kalau duduk saja-saja, boleh dapatkah enam ringgit setengah? Itu lah duitnya, kalau kerja dengan tenaga." Sambung emak.

"Kalau kerja dengan ilmu, lain.... Hasilnya lebih banyak. Tapi kena berusahalah. Sia-sia belajar tinggi-tinggi kalau tak pandai nak cari kerja. Kerja bukan datang bergolek pada kita. Kita yang kena cari kerja, atau kita yang kena cipta kerja." celoteh emak lagi.

5 comments:

13may said...

ok la tuh...lepas duit rokok:))

Anonymous said...

baik lagi dr serai sis, 100 baru dapat 3hengget je. rokok texas buleh la.

ayobkelubi said...

mak lu punya ayat mmg best.patut soh mak lu basuh kan lagik yg geng-geng so call terpelajar nie yg memilih sgt cari kejer.

mmi said...

pergh ... pedih ayat mak lu tuh .. tp itu lah hakikat ... aku pon meng'anggur' gak nih ... hehehe

adikyah said...

hehe... teringat aku lepas abis blajar. Aku tolong Tok aku kutip daun Pegaga, then keringkan. Lepas tuh jual kat lect. kat upm buat ubat herba. Perghh.. lumayan gak .. dia amik sekilo RM10. tp mau kematu tangan nak dapat sekilo pun hahah...sesungguhnya jerih perit itu satu pengalaman berharga kan..