Friday, November 03, 2006

Kental Diri

Hujan lebat. Kami redah juga. Demi jemputan. Ada open house rumah Kak Jah katanya. Aku dengan Dali memang suka open house. Maksud aku, pergi.

Kami di meja makan utama, bersama 3 orang lagi. Mereka, di ruang tamu makan biskut. Minum air oren. Malu ambil makanan. Untung aku.

Tanpa malu, aku suap lemang satu persatu, perlahan-lahan cedok rendang buat-buat la tersipu-sipu. Korek udang lagi 4 kali, aku buat tak peduli, kental hati. Tambah mi mamak pulak 3 kali, buat-buat gelak tengok tivi.

JUGA....

Tanpa segan silu, Dali suap mi bertalu-talu, tambah mi mana termampu, gayanya dah tak pandai guna sudu. Pulak tu, cari udang lebih dari aku. Lepas tu melantak rendang dan lemang pura-pura malu, padahal 2 kali ganda lebih dari aku.

Di luar, hujan mula reda. Rintik-rintik. Kawan-kawan yang lain jeling-jeling kami, aku risau jugak projek kami diketahui. Dan faham-fahamlah, tak reti-reti.

Aku berbisik pada Dali;
"Bro, hujan pun tahu bila masa nak berhenti. Kita ni bila lagi?"

"Murekekekekekekekeke" gelak kami berhati-hati........

15 comments:

kingbinjai said...

kalau malu lapar! betul? betul la tu ha ha ha

INDERA KENCANA said...

Korang dok makan lagi ke walau hujan dah berenti..??

Apasal tak ajak aku? :P

13may said...

huahuahua....elakkan pembaziran...makan kasi licin:D

BooK said...

aku gugurkan kau dari senarai jemputan. kami pelajar tak banyak duit. harap maklum.

Anonymous said...

kena tengok dalam songkok...silap silap ada kontena backup dalam tu ..

ps : warwarkan album yang sangat hebat sudah dalam pasaran ..

zino said...

ni le orang yg zino suka jemput bila buat open house.. hehe

sinaganaga said...

Aku mao NARAYUDA bertandatangan kau. Nanti bawa ye!

esis said...

kingbinjai...
tapi aku tengok ko makan malu2. apasal bro? control hensem. keke

Indera Kencana...
kami teruskan jugak. hahaha

13may...
yess. tapi kami bukan tong sampah.

BooK...
woit. woit jangan la macam tu.
nanti majlis ko tak meriah tanpa aku.

Airmas_sz...
haha. bawak balik denag balang2nye sekali la bro.

zino...
silakan silakan, nanti aku bawak saudara-mara aku dan semua rakan2 opis aku.

sinaganaga...
jangan bimbang soljah. bisa diatur.

tuan tanah said...

heh. buruk lantak :)

bunga rampai said...

Salam,
Membalas kunjung.
Gelak baca entri ini...
Rezeki jangan ditolak!
Nanti berkunjung lagi :)

neeziee said...

rezeki..rezeki..

Anonymous said...

kalau malu rezeki melepas.. tapi bila tak malu orang kata buruk lantak.. hahaha.. lantak kau la labu..
p/s: ko ada tapau tak?

esis said...

tuan tanah...
camne la nak puasa 6. haha

bunga rampai...
eeerrr. kelako ker?? hahahahahha
datang laaaagiiii

neeziee...
rezeki jangan di tolak. musuh jangan dicari. rumah terbuka confim aku pergi. hahahaha

Orochi...
aku tapau dalam perut jer bro. kalau tapau dalam bungkus nanti, itulah kali terakhir aku beraya kat situ. hahaha

blue_cherry said...

Kental diri erk.. bukan kental perot?

Patut laa orang lepas raya makin boyot.. he he

Open house bersepah2.. he he

kemat said...

lagi hujan lagi syok makan..sekarang memang musim hjan aper..hjan pun bukan berenti cepat ye takk..