Thursday, December 29, 2005

jendela diri

dua perkara yang sama tapi berbeza, sering kita lalui setiap hari dalam hidup ini tapi kita hanya sedar satu perkara sahaja. pilihlah salah satu kumpulan yang anda suka. atau anda tidak suka kedua-duanya? terpulang pada pandangan dan sub-budaya yang anda anuti.

sibuk v/s menyebuk

aku tidak suka kedua-duanya!!! huh. tapi yang paling aku tidak suka adalah "si penyebuk". semua nak tahu, semua nak ambil tahu. semua perkara nak di"gosip"kan.

sebenarnya aku tidak ambil hati pun. namun begitu menurut Model Jendela Johari (Johari Window Model) yang direka oleh Luft (1969), terdapat 4 bahagian pengetahuan diri kita dan orang lain terhadap diri kita. [kawasan terbuka, kawasan buta, kawasan terselindung dan kawasan tanpa pengetahuan.]

kawasan yang "si penyebuk" sangat suka menyelongkar ialah kawasan terselindung kerana kawasan ini hanya kita sahaja yang tahu. kalau kawasan terbuka, memang pengetahuan "si penyebuk" ni sudah arif dari A-Z. kawasan buta? kita langsung tidak tahu tentang diri kita, tapi "si penyebuk" ini tahu segala-galanya. itulah yang kita harus berhati-hati agar kawasan buta ini tidak terlalu terdedah kepada umum.

namun begitu bagi kawasan tanpa pengetahuan hanya Allah sahaja yang tahu. alhamdulillah...

jadi, pengajarannya ialah jadikan "si penyebuk" ini "kawan tepi jalan" sahaja dan sibukkan diri kita dengan kerja yang berfaedah supaya kawasan-kawasan yang terdapat dalam keperibadian diri kita tersimpan dan terahsia dengan selamat.

Wednesday, December 28, 2005

kawan halaman rumah

hari ini aku dapat suatu pengajaran:

"jangan cerita sesuatu yang kita ingin rahsiakan pada kawan yang kita baru kenal hanya 6 bulan."

kerana dalam masa 6 bulan suatu persahabatan masih tidak matang sepenuhnya iaitu kita tidak mengenalinya dari sudut hati budinya yang sebenar.

seperti analisis teori penembusan sosial "social penetration theory" (Altman dan Taylor, 1973), suatu hubungan persahabatan dan pendedahan kendiri berlangsung seperti kupasan kulit bawang. pada peringkat awal perkenalan hubungan. ia berlangsung dengan cepat kerana kulit bawang yang nipis. namun semakin lama perkenalan hubungan adalah semakin sukar umpama kulit bawang yang semakin tebal di sebelah dalamnya.

namun begitu dalam kes aku ini nampaknya aku ingin meneruskan proses perkenalan ini pada tahap ke empat mengikut teori ini iaitu proses kebalikan tembusan (depenetration) yang mana merupakan proses menarik diri daripada hubungan interpersonal dari satu lapisan ke satu lapisan, sama seperti yang dilalui pada peringkat tembusan (penetration).

dalam hidup ini kita pasti ada beberapa kategori kawan. kategori pertama kawan tepi jalan, kategori kedua kawan di halaman rumah, kategori ketiga kawan ruang tamu dan yang keempat kawan dalam bilik. terpulang pada kita nak kategorikan setiap kawan kita dalam kategori mana. tapi perkara yang penting dalam artikel kali ini aku nak kategorikan kawan aku ni pada kategori kedua. hanya kawan di halaman rumah. jadi perkara yang sudah lepas aku redha seadanya. perjalanan hidup masih panjang. setiap hari aku akan bermula dengan dunia yang baru.

Tuesday, December 06, 2005

eh..!!! happy belated birthday

laaa aku baru sedar dah setahun rupanya umur blog aku ni...
skarang da setahun umur ko ye.. kalau baby da bley bejalan sendiri la kot