Tuesday, September 05, 2006

Esis Dicaprios

10 Oktober 2001

Kami naik feri dari Melaka ke Pelabuhan Dumai. Aku bayangkan seperti feri di Pulau Pinang. Rupa-rupanya. Fuuuyoooo macam bot mewah dalam filem-filem Hollywood. Dalam hati aje la.

Dalam perut feri, telinga aku geli, kungkrak-mangkrak kungkrak-mangkrak speking bahasa sana. Orang seberang bersembang. Nak bermesra rakyat pun takde mood. Aku. Sumpah, aku bukan sombong. Bukan prejudis. Aku layan kepala, rasa-rasa mual nih nak muntah. Sungguh. Uweeeek, uweeeek, dalam kepala. Aku bayangkan. MABUK LAUT bang, sebenarnya. huhu...

Mata aku makin berpinar. Telinga aku buat aku rasa mual. Ada ke patut, belum pun sampai Dumai. Dalam feri dia buka siaran TVRI, sedangkan pantai Melaka nampak jelas lagi. Perut aku mula menggelodak. EEEEkkk. Aku sedar kami minoriti kat situ. Siapalah kami, nak layan kehendak kami. Tapi best woooooo drama TVRI. Gadis-gadis genit cantik-cantik. Apa kelas Syarifah Soofia! Hahaha.

Aku mula tak keruan, mencari tempat melayan perut dan tekak. Tandas? Huh, tak terfikir. Aku lantas naik atas feri. Aku melayang-layang. Laju. Angin bersama ombak dan debu-debu air terpercik ke badan.

Kepala aku lapang, automatik dan secara tiba-tiba, tangan aku mula mendepa. Angin lembab bersama debu percikan air Laut Selat Melaka memercik ke muka dan lengan aku. Rambut aku ditiup laju ke belakang, melambai-lambai. Kulit muka rasa halus. Tegang.

Tangan terus aku depakan kedua-duanya. Perlahan-lahan aku tutupkan mata. Tutupkan rapat, semakin rapat. Badan tegap mengarah ke hadapan feri. Ahhhhh, aku koya bagaikan Leonardo Dicaprio dalam Filem Titanic. Diiringi lagu My Heart Will Go on Love dendangan Celine Dion. Lunak. Dalam kepala aku. Esis Dicaprios.

24 comments:

[fakapunch] said...

dude,

mabuk laut tak pa.makruh.hahaha.

err..titanic? nasib baik.
kalau "gunung belakang beruk"...

whoo hoo.

neeziee said...

filem baru yer..hehe.

13may said...

hehhe..bukan senang nak enjoy mabuk free tuh...lalalala...

Amin Ahmad said...

oit..lu budak upm? pernah lepak UBU?
masakan kita tak pernah jumpa ya?

hayad said...

ceh..perasan,ekekeke ;p

amanitium said...

bukan Esis Dicaprios, Esis Dapoyosmos. haha.

zino said...

memang sah dah mabuk laut tu hehe

Sikenit Comel-AminBakish said...

tinggi imaginasi... :) buat pe ko tak bayangkan kapal tu karam lak lepas tu..hehehe :)

kingbinjai said...

fuyoo mamat mana lah yg btuah dpt peluk kau dari belakang tu masa kau mendepangkan tangan tu ya?

JBM8141 said...

ko ada lukis gambar sapa2 tak lepas tu???

esis said...

[fakapunch]
makruh ye.. hahaha tu pun aku tak tahan.

neeziee,
filem Pengembaraan Seorang Esis. haha

13may
mabuk free dah tak tahan. mabuk betul entahlah. aku taknak mabuk lagi.

Amin Ahmad
aku peserta tak tetap. tapi yang paling hensem. haha

hayad
woit, woit... haha

amanitium
hahaha kepoyosan aku, kebanggaan negara.

zino
pening sikit-sikit je tu bro.

Sikenit Comel-AminBakish
karam?? masa tu tak bersedia lagi. ampunn jangan lagi.

kingbinjai
sory, aku straight guy. hahaha.

JBM8141
aku lukis gambar ikan duyung yang aku nampak lepas aku buka mata tu. tapi samar-samar la. hohohoho

zwitterion said...

ko ada kata you jump i jump tak?..hehe

kel@mbu said...

uihh.. melaka-langkawi.. brapa jam tuh. kuala kdh-langkawi pun dh makan sejam.. btul2 perlu ketabahan yang tinggi tuh.. hehe

esis said...

zwitterion,
masa aku muda lagi. tak kawen lagi. masih warasssss. haha

kel@mbu,
melaka-Dumai la dude. Dumai tu kat sumatera indonesia. Riau sana.

errr.. langkawi ada perlabuhan dumai jugak ker.. lalala

Sastri said...

naik cruise ke nih? ok laa tu...Sas rasanya kalo lama ngat atas bot pun mau mabuk gak...

orochi said...

melampau imiginasi bawah sedar ko ni.. hahaha... tengah mabuk laut ni tak rasa macam nak terjun laut ke?

fiqroorganisma said...

kekoyaan yang melampau nasib feri xde emergency break.tentu kau tersembam ke laut hahahhaha =p

esis said...

Sastri
taklah. feri aje. naik bot kat sungai pahang lagi ngeri. tapi tak mabuk pulak. huhu

orochi
tak. rasa cam bintang filem aje. lalala

fiqroorganisma
aku dah kaw team dengan pilot dia. haha

KAMATO said...

Lain kali ko jangan lupa makan pil tahan mabuk, tapi apa hal pun bukan senang nak mabuk saja2...

Sleepless in Gelugoq said...

hahaha .. layannn

BooK said...

mabuk laut?
apa rasa mabuk laut?
aku tak pernah mabuk laut.
ye ke?
aku pun tak tau.
sebab aku tak tau mabuk laut tu cemane.

esis said...

KAMATO,
mabuk free bang. haha

Sleepless in Gelugoq,
layan sambil tutup mata...huhuhu

BooK,
mabuk laut bagus. mabuk air jangan... hahaha

Pegawai Khalwat said...

Perasan sambil melayan perasaan.

Strozze said...

Kau pegi Dumai ada apa yg menarik kat sana?