Wednesday, November 29, 2006

Marginal: Ceritera Berangkai

CERITA 1
Ada seseorang bercerita (sepatutnya aku ingat nama dia, tapi aku lupa hehe). Kawan lama aku ni bersungguh-sungguh dan sanggup pergi Australia. Nak tengok negara orang katanya. Tapi yang dia ada hanya tiket pergi dan balik sahaja. (Kalau cakap dia tiada sesen, tipulah). Dia sanggup jadi homeless. Nak tengok negara orang katanya. Berkelanalah dia di sana bergelandangan beberapa lama. Cuma ada tiket pergi dan balik sahaja.

"Rahmat, aku dengar kamu ke Australia?"

CERITA 2
Ada lagi seorang kawan aku bercerita (juga aku lupa lagi siapa haha). Kawan-kawan aku ni, buat rombongan beramai-ramai ke Medan. Hanya untuk merasa dan menghayati hidup sebagai homeless. Secara berjemaah. Di Medan.

"Kawan, orang Medan datang sini cari duit, buat rumah besar di sana."
"Kamu, tak mahu rumah di sini, buat-buat tiada duit di sana."

CERITA 3
Balik daripada satu program kebudayaan di BFSU. Dari hotel kami ke sana berjalan kaki melalui sebuah terowong di bawah jalanraya. (Di sana, aku tak pernah jumpa jejantas). Di sinilah tempat tinggal golongan marginal. Kami suka berurusniaga dengan mereka, harga barang lebih murah. Saudagar terowong. Walaupun homeless, mereka tetap berdagang di lorong-lorong bawah tanah. Demi meneruskan kehidupan di sebuah negara Komunis. Mereka ini saudagar sara diri. Tiada rumah tidak bermakna mereka harus meminta-minta. Selalunya menjual glove, mafla, snow cap dan cenderahati untuk pelancong.

"Woo pu chi teck?" (Aku tak pasti ejaan rumi aku betul! hehe)

CERITA 4
Kamu pernah tengok filem pendek tajuknya; Marginal. Alaa, yang menang FFM06 baru-baru ni. Tentang homeless di Malaya. Sebenarnya. Aku tak pernah tengok homeless macam tu di Malaya. Entah mana idea dia dapat.

"Pssst.. mereka tu student aku." (Hehe tapi aku tak pernah mengajar mereka. Rapat sahaja)
____________________
lagi siapa??

18 comments:

INDERA KENCANA said...

Marginal tu adakah seperti Marjina di dalam Ali Baba dengan 40 orang penyamun itu..??

Sastri said...

hmm... links to blogs ek? ;-)
blog kite terpele'ot sket kalau nengok guna mozilaa sis... kena nengok guna IE la...

Aku Bukan Bidadari said...

baru nk tanya mcm inderakencana..marginal?marjina? ada kena mengena ke?

fiq said...

um..um.. mana nak tengok filem pendek tuh

Amanitium Cho said...

peh, blog pun guna konsep anda mampu menguba.. eh, silap blog guna konsep homeless sekarang.

aku ketinggalan zaman nampaknya...

kingbinjai said...

cerita satu tu, akumacam pernah dengar tapi aku lupa siapa ha ha ha

Pa'chik said...

bagaimana dengan homeless kat malaya ni? takde sapa² cover? Rasanya banyak jugak, kat selangor pun rasanya ada yang baru jadik homeless ari tu...

tuan tanah said...

mana nak tengok cerita marginal tu?

Rie said...

INDERA KENCANA & Aku Bukan Bidadari...
hehehe saya tak tau le. marjina tu pun saya tak ingat. hehe

Sastri...
ok saya dah guna IE ni...

fiqroorganisma & tuan tanah...
hehe nati la saya burn banyak2. kalo serius nak email saya. hehe

amanitium...
haha konsep baru terbit secara neutral nih brooo. hahaha

kingbinjai...
eh koyang cerita kat aku ker atau aku cerita kat ko.. hehe

Pa'chik...
ada. surat kabar harakah, siasah dan malaysia kini & malaysia today ada cover.

rudy bluehikari said...

mana aku boleh dapat citer marginal tu? nakla tgkkk..esis!

tuan tanah said...

wahhh... sungguh?
nanti saya email. :)

Pa'chik said...

harakah n co. cuma cover beberapa jenis homles je, yang tidur dalam kotak tak de blogger cover.

mungkin boleh cerita sikit psl homles yg melaya. sume 3 blogs lain tu pun cover yg kat negara orang.

Anonymous said...

ko pun nak jadi homeless gak ker? hehehe...

JBM8141 said...

macam mana yg homeless kat ampang tu? yg tempat kediaman dibina sejak 1969 diroboh tanpa belas kasihan? ...yang akhirnya madrasah tempat mereka berlindung pun turut dirobohkan?

Rie said...

rudy bluehikari...
insyaallah nanti aku kasi pinjam. hehe

tuan tanah...
sungguh.

Pa'chik...
kamu juga blogger kan. apa kata kamu yang cover pasal homeless di malaya nih. kalau bukan kamu, siapa lagi?.

Orochi ...
huuh tak mo lah aku. aku ada rumah tangga. kesian kat comey aku.

JBM8141..
itulah yang realitinya berlaku di sini.
samaada majlis tempatan yang zalim atau penduduk yang degil.....

Azhar Ahmad said...

Tehehhehehe, homeless di Mlaya, besh..

Anonymous said...

Maaflah, mungkin saya agak outdated untuk bagi comment ini, tp tak kisahlah kan. Saya pernah lihat golongan marginal seperti itu di tanah malaysia ini, malah saya pernah berbual-bual dan sempat tanya bagaimana mereka terdampar sebegitu.adakah kita tergolong dalam ignorant malaysians?

Anonymous said...

kak dek,..tahniah on ur marginal movie..i just noticed it was kind of a big achievement for your team.."not really exposed into this field though" cane nk tgk marginal movie?