Friday, November 17, 2006

Malam Akrobatik

Meliuk lentuk seperti pacat gaya mereka. Itulah hidangan malam itu. Akrobatik di Chaoyang Theatre.

Aku duduk ditengah. Di tengah-tengah. Gafur juga. Sayup. Sayup sekali. Kecil. Berwarna warni. Meliuk lentuk. Melompat-lompat. Pacat bewarna warni.

Bersebelahan kami. Kumpulan pelajar Jepun. Rambut kembang terpacak. Perang. Mereka senyum. Kami senyum. Kami angguk. Mereka angguk. Ayam dan itik bertegur sapa.

"We.. we from Malaysia. Malaysia. Kami, kami." Tegur Gafur pada budak Jepun sambil jari menunjuk-nunjuk pada aku dan dia. Bahasa isyarat.

"OoooOO Malay-shia. OOoo OooO Kual-la Lum-pur. Dr. Mahat-dir." Kata budak Jepun itu. Masih berbunyi Jepun. Itu yang dia tahu. Bangga. Tersenyum.

"Yeeee u are good. Pandai. Yeeee, yeeeee" Puji kami. Mengangkat ibu jari. Lagi berbahasa isyarat. Itu yang memahamkan kami.

"My name. Nama saya Takuya. Takuya Kimura..." Aku perkenalkan diri.
"Waaa Hahahahahahahahahahaha." Budak-budak Jepun ketawakan aku. Aku ketawa juga.

"My name Takesyi.. Istanaaaa Takesyi..." Gafur memperkenalkan diri.
"Murerekekekekekekeke." Aku, Gafur dan budak-budak Jepun ketawa. Bersungguh-sungguh.

Ayam dan itik sama-sama ketawa.

9 comments:

kingbinjai said...

err, kau cuba memberitahu kami yang kau akan melakukan akrobatik di rapat nanti kah?

zino said...

ketawa pasal apa? tak paham hehe

POKKO said...

pergh...
merata tempat ko pegi..
syoknya!

Sastri said...

aaaa... lama dah tak tengok istana takeshi... my uncle yg boleh berbahasa Jepun salu gelak dulu sementara kami kena tunggu translation... LOL...

Anonymous said...

mueh he he.. aku tak paham..

Anonymous said...

Sapa ayam sapa itik ni? Jepun tu ke sbb dia gembo-gembo...

zwitterion said...

dulu2 aku ada beli cite siri drama jepun yg Takuya Kimura berlakon..skang dah insaf dah..haha

rudy bluehikari said...

wah...ke beijing! aku tgk pakej ke beijing ni di semua travel agency sama jerk... semua yg ko citer tu aku pun pi gaks...ekekeek...eh.. gambar kat medan tiananmen dan greatwall mana? eheh.

esis said...

kingbinjai...
hahaha aku akrobatik bab makan ajeeee. hahaha. best tu RAPAT06 kan?

zino...
ko kenal takuya? tak? ko tengok rancangan istana takesyi? tak? uuuhhh patut la.

POKKO...
:)

Sastri...
wahahahha memang dah lama tak tengok. nanti kena tanya naga, rudy atau kunci hilang. diorang mesti paham.

Orochi...
tak pe. ko perlukan lebih masa utk memahami ni... lebihkan masa ko kat sini. hehe

Strozze..
haha aku ayam kampung. diaorang itik gembo2

zwitterion...
kenapa sis, aku suka movie dia gak.

rudy bluehikari...
hehe sama eik. aku tengah cari idea apa nak tulis pasal great wall & medan dianment nih. hehe.