Wednesday, September 06, 2006

Saya Bukan KOMUNIS

Entry ini ditujukan kepada:-

Sesiapa yang berfikiran bahawasanya saya telah terpengaruh dengan dakyah KOMUNIS. Ataupun dengan bahasa yang lebih mudah, yang saya ini telah DIPROPAGANDAKAN oleh KOMUNIS. Atau berfikiran bahawa saya bersimpati dengan perjuangan KOMUNIS.

Tidak!! Saya suci. Saya Kapitalis. Opss!

Ini adalah lanjutan daripada entry
Rashid Maidin di Hati Kita. Saya tak perlu jawab fikiran-fikiran kamu itu. Biarlah Harat menjawab untuk saya. Terima kasih Harat. Pesan saya pada kamu. Jangan baca buku teks sekolah menengah aje. Hahahahaha. Dan. Jangan suka berfantasi dengan novel alaf21 kamu itu. Lalalala. Noktah.

Sekian terima kasih.
-ESIS DICAPRIOS-

Di dalam ruangan komen Harat menulis:

Saya agak lewat melawat blog ini. Saya tidak tahu tulisan saya ini akan dibaca atau tidak. Jadi biarlah saya menulis dengan ringkas sshaja sebagai respons kepada beberapa posting di atas.

Tentang komunis Melayu, mereka ada perbezaan dengan komunis Cina dan Russia. Komunis Cina dan Russia agaknya sudah menolak agama; sudah menjadi atheis. Tapi komunis Melayu tidak keluar Islam dan terus memeluk agama Islam. Selepas keluar dari hutan, Rashid Maidin pergi naik haji, mengajar membaca Quran dan menunaikan ibadat sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain.

Mereka umumnya menganggap mereka juga turut "memberi sumbangan" dalam perjuangan kemerdekaan. Tapi mereka tidak mungkin meletakkan senjata pada tahun 1957, kerana kerajaan tidak mengiktiraf perjuangan mereka, malah mahu menahan dan menghukum mereka.Sebab itu mereka terus "berlindung" di Thailand sehingga tahun 1989.

Beberapa tulisan saya yang terdahulu berkenaan PKM, boleh dilihat dalam blog saya
http://duridanapi.blogspot.com/ dan www.darikajang.blogspot.com

20 comments:

Anonymous said...

Post yang membuka minda.. Memandang sesuatu dari sudut yang lain.. Suatu kesedaran buat aku.. TQ

kingbinjai said...

ya betul

bluecherry @ fai said...

Sumething new for me.
Berpikir lebih terbuka.

13may said...

hmmm...setuju dgn komen2 di atas....tapi bagaimana dengan ideologi Komunis?
Ada sapa2 boleh explain dgn detail?

Rie said...

Fuad, kingbinjai, blue_cherry,
sama-sama lah kita.

13may,
better kamu pergi blog http://khalidjaafar.blogspot.com/
atau
http://jameswongwingon-online.blogspot.com/
atau
blog yang aku link kat atas tu.

Amanitium Cho said...

Esis Dichingpengrios. haha.

Rie said...

amanitium,

Boleh tahan sedap jugak nama tuh. haha kui kui kui

blackpurple @ jowopinter said...

ya..ya....

Kau baca novel alaf21 ke sis...?

zwitterion said...

ko esis Dicaprios, ko bukan komunis..hehe

Rie said...

blackpurple,
hahaha. aku geli nak baca. tapi kalo ko baca aku tak marah. aku senyum senget aje. hehe

zwitterion,,
hahaha. boleh buat iklan tv nih.

Sastri said...

hmm... nak baca gak la nanti... bukan novel alaf21 tau... tak minat...

zino said...

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

KAMATO said...

abang zino ni memang boleh ajar sejarah .....

Rie said...

Sastri,
haha baca jangan tak baca.

zino,
wow!!

KAMATO,
memang tak diragui lagi...

BooK said...

dah tengok the last communist bro?

Rie said...

BooK,
dah bro. musical doku. aku takpaham napa gomen taki lulus.

kamu?

sinaganaga said...

Oit2. Bos aku suruh tanya. Kau ada bela biri-biri ada tak? Nak amek gambar utk buku teks laaa weh!

Rie said...

sinaganaga,
aku xde. tapi boleh tolong ko tunjuk kat ner ada kandang biri2 yang banyak. kat semenyih.

bro.izzat said...

Hina sangat ke kena tuduh komunis? Erm.. kalo kena tuduh sosialis pulak rasa2 hina tak? ;)

Anonymous said...

braille contributing pardon healthinfo lkfk impinge reagentsn ffff bratislava bhutan paulen
lolikneri havaqatsu