Friday, December 15, 2006

Haruman Pandan

Seminggu lagi Temasya Sukan Tahunan Sekolah akan berlangsung.

Aku, dan rakan-rakan di kelas tahun 3 ditugaskan mengecat putih tempurung kelapa. Sebanyak mungkin. Secepat mungkin. Sempurna.

Dan. Setiap petang kami diwajibkan turun ke padang. Menjalani latihan perbarisan dan acara-acara yang disertai. Seminggu itu.

Jam 7 pagi berunifom putih berseluar biru ke sekolah. Tengah hari pulang ke rumah. Jam 3 petang ke sekolah lagi. 10 minit sahaja. Pergi dan pulang berjalan kaki. Komited.

Hari itu, tengah hari aku pulang dengan penat. Lepas solat dan makan aku bersiap-siap ke sekolah semula. Segera. Tadi, Cikgu Bakarudin arahkan semua murid berkumpul di sekolah sebelum jam 3. Di dinding, jam menunjukkan tepat jam 2 petang.

"Tak mahu lewat" fikir aku.

Tetapi.

"Abang Long, pergi belakang rumah Tok kejap. Ambil daun pandan." Pinta Mak.

"Alaaaah.. nak cepat ke sekolah ni. Tadi cikgu suruh. Semua budak pergi cepat. Nak cepat ni. Takut lambat. Cikgu dah pesan tadi..."

"OOhh.. Kalau cikgu suruh semuanya dengar. Semuanya ikut. Kalau cakap Mak, tak nak dengar, tak mahu ikut. Pergilah duduk dengan cikgu tu. Jadi anak dia!" Leter Mak.

Aku diam kelu.

Pagi esoknya. Aku bersarapan nasi lemak yang harum. Haruman yang datang dari nasinya.

*****

Vonisnya. Bertahun-tahun selepas itu, hingga kini. Leteran Mak yang ini, masih terngiang-ngiang di telinga.

Dan aku berbisik;

"Aku mahu jadi anak Emak. Tak mahu jadi anak cikgu...."

13 comments:

INDERA KENCANA said...

Kalau ko jadi anak cikgu tak dapatlah ko makan nasi lemak, Esis..

zino said...

bagus le kalau dah sedar.. hehe macam tu baru anak mak..

Anonymous said...

budak sekolah memang, patuh pada guru lebih dari orang tua sendiri. Semua nak jadi anak chekgu.
Sedapnya nasik lemak...

Anonymous said...

sedapnya nasik lemak...
budak sekolah dulu memang, sekarang chekgu pun nak dipukul.

blackpurple @ jowopinter said...

Tempurung kepala...silap kelapa.. putih tu nak buat apa sis...?

Anonymous said...

sejuk perut mak

Anonymous said...

mak = cikgu tanpa tauliah yg plg berjaya

zwitterion said...

kalau bdk sek rendah, kata cikgu paling didengarnya, dah msk sek men, kata mak n cikgu pun tak mau dengar dah..

Lan Rambai said...

aku pun nak tahu pasal tempurung kelapa itu juga>> kenapa ko ikut cakap cikgu ko kasi cat kaler putih?

dugongsenyum said...

termpurung putih nak susun-susun jadikan "garisan trek" betul tak?

tak kira kau anak siapa, kau tetap hensem hahaha

bluecherry @ fai said...

Wooo, jadi anak mak berkat seumur hidup tau.. insyaAllah.

Tak boring ke asyik nasi lemak, nasi tomato ker.. nasi arab ke.. uishh lemak lemak lemak..

Ungku Nor said...

Teringat air teh O wangi kat gerai depan rumah..hehehe.

Rie said...

INDERA KENCANA...
haha nasi lemak yang paling sedap didunia

zino...
hahaha pandai la ko

Pa'chik...
memang. masa tu semua yang cikgu cakap betul. berkaattt hidup.

blackpurple...
nak buat garisan trek keliling padang macam yang basri cakap tu

kingbinjai...
aminnn

kel@mbu...
betul. cikgu dunia & akhirat.

zwitterion...
haha, masa sekolah menengah nak tunjuk hero.

Lan Rambai...
hahaha macam yang basri cakap ni.

dugongsenyum...
wooo camne ko tau ni.. ko sekolah kat mana dulu. haha

blue_cherry...
mak aku tak pandai buat nasi arab. nasi monggolia dia pandai. hahahaha

Ungku Nor...
teo o halia wangi ada??