Thursday, May 25, 2006

10 minit, ku tewas lagi.

Semalam, ya semalam.
Setelah 11 tahun di arena lain. Kali pertama di arena itu. Pertama kali.

Ini bukan kali pertama. Terakhir 11 tahun dahulu. Bertahan hanya 10 minit pertama. Badan berpeluh dingin. Yang tadi tuntas kini pasrah.

Jantung berdegup kencang.
Darah mengalir pantas.

Aku di luar terlentang. Tidak sanggup rasanya untuk bertahan.
Pandangan berbalam-balam. Namun aku puas. Tadi. Ya, tadi.

Ahhhhhh hatiku tak keruan. Badan menggigil. Terus gerak kakiku sepantas mungkin. Takkan aku lepaskannya di arena itu.

Pintu ditutup kedap. Pastikan posisi terbaik. Persediaan. Sandarkan kepala ke dinding itu. Beralaskan lengan. Kelopak mata rapat. Menunggu saatnya. Sekali-sekala ku buka jua. Renungan pasti ke bawah.

Dan akhirnya.... Saat yang ku dambakan.... hahaha. Girang tapi malu.

Uweeeeeeeeeeeeeeek uweeeeeeeekkk
Aku tewas lagi. Hanya 10 minit pertama. Tadi tuntas. Tadi cergas.

Aku muntah.
Uweeeeekkkkkkkkk uweeeeekkkkk.
Dalam tandas. Aku terpaksa.
Uweeeeeeeeekkkkkk lagi. Peluh dingin turut menitik. Hahahhaha.
Lagi, lagi dan lagi. Hahahahhaa

Pertama kali main futsal. Inilah akibatnya ;)

20 comments:

zwitterion said...

suspen..suspen..main sampai cam nih..tiba2 rasa nak muntah jugak..

rudy bluehikari said...

suspen habis! kepala org dah kawin mcm aku dah pk lain. Hahahaha! selamat menulis dan terus menulis esis.

tuan tanah said...

kamu main futsal atas katil?

Pegawai Khalwat said...

Main futsal = Main bola
Main bola = Main atas katil

Faham.... faham...!

esis said...

zwitterion,
main biar puas. hahaha

rudy,
hahahahha

tuan tanah,
futsal di pembaringan

pegawai khalwat,
oh tidak, aku xkawen lagi

diane said...

igtkn pembawakan budak..hahaha~

KAMATO said...

teruska futsal, boleh kurang kolestrol.....

gitartong said...

saya sudah fikir yang kotor tadi. ceh!

neeziee said...

sama daa..aku pun camtu gak masa memula main futsal.jap jer dah pening2.pastu muntah2.

ND said...

Aku dah fikir lain dah tadiii...hahahahaha..pape hal pun, dlm apa jua perkara, kita harus "bertahan"...muahhahahahaha

kemat said...

Patutla ramai sngt org suka main futsal..smpi ke pagi buta depa layan futsal..

kel@mbu said...

ini baru betul2 main sampai muntah. hahaha

kunci hilang said...

whoaaa... pertama kali saya mendengar kes muntah disebabkan futsal.

(Kalau perempuan yg muntah boleh disusuli dengan ucapan tahniah).

Apapun tahniah kerana mampu bertahan 10 minit. :)

wickedwitch said...

tetibe cam teringin lak nak main futsal

blackpurple said...

10 minit jer..
Kena gi urut kau ni..

hehehe

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sinaganaga said...

Pi main congkak sajalah!
Ha ha.

botakbest said...

aper ni...lain mcm jer baca bender ni...isk2 tak snonoh tul...pasni dh takleh join kami2 sume enjoy lar...isk2 sayangnyer...

JBM8141 said...

bang, nak main apa pun, kena la warm up dulu, slow2 la, jgn terjah aje,... gol kemenangan last minute lebih manis dari gol sebijik awal2 pastu tak gol2 dah...

Anonymous said...

Very nice site! » »