Thursday, July 20, 2006

Memek muka unik

Sedang kakak-kakak pejabat yang lain khusyuk tersengih-sengih (berangan dan terkenang kisah silam) meneliti foto-foto kahwin aku dengan khusyuknya.

Tiba-tiba, kak Husni bersuara dengan nada separuh menjerit.

"En. Esis ni, kena masuk kelas grooming ni." katanya dengan kuat.
"Grooming apa, kenapa?" aku blur kehairanan.

"Tengok dalam gambar ni. Senyum En.Esis sepesen aje." Komennya bersungguh-sungguh.
"Hik.. hik.. hik.. senyum, kena groom jugak ye?" Jawab aku. Kelakar melihat keletahnya.

"Lain kali, senyum la ke kanan sikit ke, kiri sikit ke." Komennya yang mengalahkan jurufoto profesional sambil membuat memek-memek muka yang UNIK.

"Oooooo ini ilmu baru ni. macam senaman jugak kan, kiri dan kanan." Aku tersengih. Dan aku berminat mempraktikkan ilmu baru ni. Mari cuba.

"Ok semua, senyum ke kiri.... 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8. Lapan lagi, 1, 2, 3......"

Senyum jangan sepesen. Petua awek muda :) kesimpulan aku.

19 comments:

kingbinjai said...

aku kalo senyum, emm seposen hahahhaa

zwitterion said...

lain kali berlatih dulu senyum dpn cermin..oppss tidak ada lain kali lagi untuk kawin..hehe

kel@mbu said...

senyum sepesen x pe.. jgn senyum eksyen.. :)

zino said...

laku kan tiga kali sehari sehingga datang selera.. hehe

airmas_sz said...

atuk ada masaalah nak senyum ... bila dia senyum ok jer lepas senyum dia gelak .. gigi jatuh ...gigi palsu la ...

kunci hilang said...

senyum sepesen boleh menimbulakn curiga, mungkin?

Azhar Ahmad said...

Sesungguhnya hari nih aku terkesima. Rhopernyer esis nih laki. Muahahahhahah

Lan Rambai said...

mana aku letak gambar kawin aku ek? jeles pulak tgk gambar pengantin yg masih suam-suam ni.

JBM8141 said...

aku rasa posisi kepala juga penting dalam melahirkan jurus-jurus senyuman yang hebat

esis said...

kingbinjai,
seposen! hahahhaa

zwitterion,
bermula semalam berlatih senyum berpesen-pesen

kel@mbu,
:)

zino,
hahaha sekarang ni hari2 selera.

airmas,
hahahahaha

kunci hilang,
mungkinkah? huuuu

Azhar Ahmad,
hehehehehe aku jantan sebenarnya.

Lan Rambai,
apa suam-suam... HANGATTTTT LAGI NI. hahaha. insyaallah tak hangit.

JBM8141,
aku guna jurus senyuman menegak!! haha

ron97 said...

unik apa?

ontahsapo said...

dulu aku pun begitu, aku turutkan jer, raja sehari lah katakan....

Ms_B3rry said...

memang setengah org tu tak reti nak senyum tau.memang tiap2 kali senyum cam senyum terpaksa.nampak cam org tengah tahan kentut pun ada gaks. betul la, nak senyum lawa kena belajar. rasa nak tulis entri pasal cara-cara untuk senyum pulak. :)

hana_kirana said...

ye memang sepesen. hahaha

tuan tanah said...

kawan saya bilang, kalau nak nampak macam model, jangan senyum.

betul juga, cuba tengok model-model dalam majalah atau surat khabar atau pentas peragaan. mereka tidak tersenyum.

KAMATO said...

rupa nya senyum sepesen pun tak kene juga ke? tak boleh gambar kahwin... semangat datang balik hehe..

kemat said...

aku suka CT senyum masa sidang akhbar ngan Datuk K..

esis said...

ron97,
tak sanggup aku tulis kat sini.hehe

ontahsapo,
sama lah kita.


Ms.Berry,
pernah senyum tahan kentut?? hahaha. UNIK!!

hana_kirana,
hahahahahaaaa ye ke.

tuan tanah, .
nati kata eksyen plak.. haha

KAMATO,
tak pe bang, biar bersemangat!! pahala tu.

kemat,
kenapa denga CT? senyum bahagia?

blackpurple said...

Senyum juga salah satu exercise muka..hehe