Tuesday, September 25, 2007
Renungan Lah, Bukan Tenungan...
Bahasa halus:
Gadis yang cantik ialah seorang yang menghiasi dirinya dengan sifat-sifat malu.
Bahasa kurang halus:
Gadis yang kurang cantik ialah seorang yang menghiasi dirinya dengan sifat-sifat menggelitis dan gedik.
Friday, September 14, 2007
Monday, August 13, 2007
Jatuh Cinta Lagi
Tuesday, August 07, 2007
Saat Berpantang
Yaaaaaahhoooooo, makanya aku berpantang juga. Pantang Isteri tiada. Hahahahaaaa....
Fikir aku. Aku bujang sekali lagi. Aku merindui saat ini. Hahaha.. Aku mula berkira-kira, untuk memenuhi aktiviti bujang aku.. hohoho. Aku nak pergi tengok wayang yang aku suka. Huhuhuhu. Aku merancang nak jumpa kawan-kawan lama. Lepak tiap-tiap malam. Hehehehe. Aku nak balik lambat tiada orang nak marah. Tiada orang nak berleter. Aku nak makan makanan yang aku suka (tidak berkhasiat) tiada orang nak tegur. Aku nak pergi mana-mana tiada orang nak halang.. Huuuuuuuuuuhuuuuuu. Enjoy beb! Aku fikir.
Tapi.
Aku bertahan cuma seminggu. Tiba-tiba, Aku jadi murung ketika di rumah. Dalam kepala aku berbisik-bisik suara Haikal. Terdengar-dengar tangisannya. Pejam mata, terbayang-bayang senyuman Haikal. Juga. Berdengung-dengung leteran Si Comey. Hati aku memberontak, rindui bebelannya. Rindui tegurannya.
Adakah aku sedang sakit???
Thursday, July 12, 2007
Maskara II Dalam Utusan
9.00pagi (via sms)
Elmaaniq: Bang, apa ada dalam utusan hari ni?
Esis: Entah, aku kat rumah lagi ni. Nanti sampai opis aku tengok. Siapa inform ko ni?
Elmaaniq: Member aku.
Terima kasih sindikit sol-jah. Tanpa kalian muka aku tak se-hensem dalam utusan hari ini.. Hahahaha.
Monday, July 09, 2007
Versi Maskara 2: Kisah Uki
::: Hai, saya Uki.
Suatu pagi Uki keluar dari tanah untuk menghirup embun. Embun di atas tanah lebih manis daripada yang telah meresap di dalamnya. Uki sangat gembira.
::: Sruupp... sruuppp.... sruuuppp.. ermmm segarnya, emmm manisnya...
Namun nasib Uki pagi itu agak malang.
::: Ahhhhh errrrrrrr... errrrrrrrrr..... ya tuhan ya tuhan..... jauhkan aku jauhkan aku.. jangan jangannnnnnnnnnnnnnnn.......................
Suara uki bergetar... sangkut dikerongkong. Pagi yang mulanya indah itu, menjadi mimpi ngeri buat Uki. Selama-lamanya. Uki menjadi saksi suatu peristiwa. Tidak jauh dari situ, Uki melihat seekor ayam telah mematuk seekor cacing. Cacing itu kemudiannya di telan hidup-hidup. Tanpa belas. Tanpa kasihan.
Ekoran daripada peristiwa itu, 3 bulan Uki tidak mampu melelapkan matanya. Uki takut. Terlalu takut. Teramat sangat....
Suatu hari Uki berdoa pada Tuhan.
:::: Ya tuhanku, aku terlalu takut.... Aku terlalu takut..... Aku terlalu takut untuk menjadi cacing. Ya tuhanku, jadikanlah aku makhluk lain. Jadikanlah aku makluk yang lebih hebat daripada cacing.... Ya tuhanku, jadikanlah aku makhluk yang hebat seperti Ayam. Jadikanlah aku ayam. Kerana pada fikiranku, Ayamlah makhluk terhebat. Ayamlah makhluk terhebat, jadikanlah aku ayam tuhanku.
Rintih Uki dalam kudus doanya. Setelah berhari-hari berdoa, tanpa kenal putus asa. Dengan penuh harap. Akhirnya doa Uki dimakbulkan. Dia pun menjelma sebagai Ayam Jantan setelah bangun dari tidurnya.
Girang sungguh hati Uki. Besar sungguh jiwa Uki. Dia melompat-lompat kegirangan. Uki lupa pada Yang Maha Pencipta. Uki hanya bangga.
Namun, kegembiraannya tidak berpanjangan. Pada suatu petang, Uki sekali lagi menjadi saksi suatu peristiwa yang mengingatkannya pada penciptanya. Setelah sekian lama Uki lupa. Uki terlupa. Petang yang malang itu, dia menyaksikan seekor Ayam Jaras telah ditangkap oleh manusia. Leher ayam itu dipotong,. Bulu dicabut, kulit disepat. Dada dibelah. Sayap dipotong. Peha dipotong. Daging dikelar-kelar. Dibakar. Kemudian daging disit-siat. Dimakan-makan. Dimamah-mamah. Terseksa sungguh ayam itu. Fikr Uki. Ngeri. Ngeri. Ngeri.
:::: Manusia Zalimmmmm. Kau tiada belas kasihan. Manusia tidak berhati perut. Kau seksa ayam sebegitu rupa. Kau seksa saudara aku sebegitu rupa. Manusia memang zalim. Memang zalim. Zalimmmmmm.
Tiba-tiba. Uki bisu seketika. Pelbagai fikiran menerobos mindanya. Pelbagai kata-kata berbisik dihatinya. Baru dia sedar, menjadi ayam juga tidak beruntung. Uki berasa sangat takut. Tiga minggu dia bersembunyi di atas pokok.
Pada minggu keempat,
:::: Ya tuhanku... jadikanlah aku manusia... jadikanlah aku manusia.. jadikanlah aku manusia... jadikanlah aku makhluk yang beruntung di muka bumi. Jadikanlah aku sebaik-baik makhluk. Jadikanlah aku manusia. Makhluk yang engkau kurniakan akal. Jadikanlah aku manusia yang engkau turunkan nabi dan rasul dikalangannya. Yaa... tuhan.. terimalah doaku... terimalah doaku makhlukmu yang hina ini.... jadikanlah aku manusia. Makhluk yang berakal. Makhluk yang engkau turunkan nabi dan rasul di kalangannya. Ya tuhan... terimalah... terimalahhh...
Uki berdoa, meminta, merintih bersungguh-sungguh pada Tuhan yang maha pencipta. Setelah berbulan-bulan Uki memohon tanpa jemu, tanpa malu.dengan kerendahan hatinya..., akhirnya doa Uki dimakbulkan Yang Maha Memberi.
Sekelip mata Uki si Ayam Jantan pun menjadi manusia. Seorang lelaki yang segak.
Beruntung sungguh Uki menjadi manusia.. Dia kini bahagia dengan dunianya. Uki berasa sungguh bertuah. Setiap hari berbagai-bagai jenis makanan Uki rasa. Uki makan roti canai, uki makan karipap, uki makan keropok, uki makan apa sahaja. Dan. Tiap-tiap hari Uki makan ayam KFC. Ini kerana sebelum ini, Uki tidak pernah memakan makanan yang sesedap makanan manusia.
Hinggalah tiba suatu hari, Uki sakit perut cirit-birit. Tiga hari cirit-biritnya tidak sembuh-sembuh. Berkotak-kotak pil Cit Kit Teck Aun dia makan. Hari keempatnya, dengan bersusah payah Uki pergi ke Klinik Esis. Menurut Doktor Esis, umur Uki tidak panjang. Dia akan mati kerana ginjalnya tidak berfungsi lagi. Umur Uki mungkin sebulan, mungkin 10 hari.
Uki berasa sangat takut. Harapan untuk hidup bahagiannya musnah. Uki kini menyesal, kecewa menjadi manusia. Kerana. Baru 30 hari dia menjadi manusia. Uki tidak sanggup menerima dugaan seberat ini. Uki tidak mahu mati semuda ini. Uki tidak mahu mati. Uki tidak mahu mati.
Uki hampir-hampir berputus asa. Baru dia sedar, menjadi makhluk manusia yang boleh makan semua jenis makanan, umurnya tidaklah sepanjang mana. Umur manusia tidak lama. Dalam kesakitan, Uki berdoa pada Tuhan......
::: Ya Tuhan... Tuhan yang maha pemberi... Aku menyesal menjadi manusia... aku menyesal menjadi manusia... menyesal. Menyesal sungguh. Ya tuhan... tuhan yang Maha pencipta. Cipta kankanlah aku... ubahlah aku.... Jadikanlah akuuuuu.. Ubahlah aku menjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......errrr, errrr, errr..(diam seketika) Ubahlah aku menjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......errrr, errrr, errr...(diam seketika) Jadikanlah aku....................................errrr, errrr, errr. ....................................errrr, errrr, errr.... jadiiikanlah akuuuuu.. TUHAN....!
ZZRRRRRRRRup...!!!!! Sekilas..... Suatu panahan kilat menembusi tubuh Uki. Sekelip mata, Uki menjadi cacing semula......
Tuhan murka!!! ....janganlah kamu malampaui batas!!!
Bersyukurlah...
Lihat laporan MASKARA 2 <-------KLIK
Wednesday, July 04, 2007
"7saat", minit7, jam7, hari7, bulan7, tahun7
Aku berduet dengan elmaaniq. Aku bernada garau, Elmaaniq bernada surau. Pasti malam itu kedinginan. Pasti meremang roma-roma. Langsuir bersahut sahutan, daun rimbun berguguran. Bulan bersembunyi, kodok pula menyanyi. Mengiringi. Agaknya menyokong kami. Hehehehee.
Saturday, June 23, 2007
Tuesday, June 19, 2007
Tanpa Prejudis
Wednesday, June 06, 2007
Thursday, May 17, 2007
Diari 6 Bulan
Tiga hari: Sibuk ni
Seminggu: Pegi kursus kot
Dua minggu: Mesti dah kering idea ni. Hahahaha
Sebulan: Ini mesti saja uji kesabaran peminat? Aku tau taktik ni.
Tiga bulan: Gilaaaaa! Tak sayang peminat ke?!!!
Enam bulan: Errrrr... dia ni ada lagi tak? (garu-garu kepala)
*********
Fikir aku, bila blog aku tak update;
Tiga hari: Aku dah biasa lambat update. Hehehe
Seminggu: Ayoooo, apa benda nak tulis ni.
Dua minggu: Arggh! aku dah kecewakan mereka. Harap memahami.
Sebulan: Maaf, ini bukan bermakna aku membenci kalian.
Tiga bulan: Mustahil! Sanggup aku menjadi sekejam ini. Cercalah aku.
Enam bulan: Blog tu apa?
Wednesday, May 16, 2007
Friday, April 27, 2007
Baru Aku Tahu
Baru aku
Baru aku tahu
Baru aku tahu kalau
Baru aku tahu kalau nak
Baru aku tahu kalau nak masuk
Baru aku tahu kalau nak masuk rumah
Baru aku tahu kalau nak masuk rumah yang
Baru aku tahu kalau nak masuk rumah yang tiada
Baru aku tahu kalau nak masuk rumah yang tiada orang,
cara memberi salamnya begini:
ASSALAMU' ALAINAA WA' ALA 'IBADILLAHISSOLIHIN
Monday, April 23, 2007
Nama Baru
Friday, April 13, 2007
Nenek Mithali
Langkah pertama. Aku perlukan lesung batu atau blender untuk hancurkannya. Tapi pilihan terbaik aku adalah lesung batu. Kalau blender? Bising. Nanti semua orang tahu projek rahsia ni.
Mula-mula, aku patah-patahkan bunga api merah. Kecil-kecil. Dan aku letakkan dalam lesung batu. Aku mula tumbuk perlahan-lahan. Sekali. Dua kali. Tiga kali.
Tiba-tiba!
"Bertuah punya cucu, nakal tak berupa!! Nasib baik tak meletup belerang tu!!!"
Kecut perut aku. Rasa nak terkencing pun ada.
Tok marah, sebab aku guna lesung batu dia. Dan. Nasib baik dapur rumah Tok tak meletup.
Wednesday, April 11, 2007
Malam Semakin Indah
ESIS: Anak lelaki kita ni nak letak nama apa eik?
COMEY: Kita letak nama Lokman Hakim nak? Best la nama tu...
ESIS: Tapi, apa kata... kita letak nama Mikael. Nama malaikat.. lagi best.
COMEY: Oooook Mikael....(diam sejenak) Tapi nak eja macam mana?
ESIS: Kita eja M.I.C.H.A.E.L.
COMEY: (diam sejenak) Huh, tak mau! Tu bunyinya Michael, bukan Mikael!
Dan, malam berlalu semakin pantas. Semakin indah. Semakin damai.
Friday, March 30, 2007
Aksi Seorang Juara
Monday, March 26, 2007
Cinta Bayangan Matahari & Bayangan Bulan
Walaupun begitu, bayang-bayang tetap wujud. Namun ia merupakan makhluk lain yang terpisah daripada manusia.
Semua makhluk lain tahu bahawa, Bayangan Lelaki Matahari tinggal di atas Gunung Berantai. Ia sangat angkuh dan sombong. Namun setiap malam ketika bulan mengambang, seluruh lembah akan diselubungi kepiluan. Ini disebabkan bunyi tangisannya yang kesunyian.
Di Lembah Beroleh pula, menginaplah Bayangan Perempuan Bulan yang sangat baik hati. ketika bulan muncul, dialah makhluk yang paling gembira. Namun dia akan memendamkan perasaanya itu kerana kasihankan Bayangan Lelaki Matahari.
**Penatlah aku buat cerita ni. Nantilah aku sambung kalau rajin... hehe.
Friday, March 23, 2007
Kisah Uki
Friday, March 02, 2007
Entah
esis: ok bro. - via YM
Minggu lepas aku telah ditag oleh OP untuk menulis tentang keganjilan diri aku. Sebenarnya aku tak suka melayan tag. Hehe. Sombong sungguh. "Ampun OP". Tapi minda separa sedar aku meransang serebrum untuk memenuhi permintaan ini... dan inilah 6 keganjilan diri aku;
- Aku tetap berpendapat Rashid Maidin, Abdullah CD, Kamaruzzaman Teh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin Helmi perlu mendapat pengiktirafan yang lebih baik. Ini adalah untuk mengenang jasa besar mereka dalam pejuangan menentang imperialisme. Sejarah perjuangan mereka patut mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku sejarah sekolah.
- Wajah dan perwatakan aku tidak menggambarkan usia aku yang sebenar. Kamu faham? Hahaha. Baiklah, aku akan gunakan bahasa yang lebih mudah. Wajah aku lebih muda daripada usia aku. Emmmm...............
- Entah! Aku pun hairan, kenapa tiba-tiba aku sukakan kambing? Kamu rasa kenapa?
- Dua Jumaat lepas, kami terjumpa bangkai Ular Lidi. Kering di atas aspal. Hassan menceritakan bahawa suatu ketika dahulu ular merupakan haiwan yang paling banyak kaki. Oleh sebab itu juga, ia merupakan makhluk yang paling cantik di Syurga. Lebih cantik daripada Merak, lebih indah daripada Cenderawasih. Namun akhirnya ular dicampak ke bumi. Ini sahaja versi cerita Hassan. Aku paksa-paksa Hassan menceritakan kisah ini sepenuhnya, namun dia manusia yang pelupa. Hingga sekarang aku masih teringat-ingat cerita kontot versi Hassan. Aku mahu tahu versi penuh. Sesiapa antara kamu tahu cerita ini? Ceritalah....
- Sebenarnya, aku tidak tahu keganjilan diri aku yang lain. Berhari-hari aku fikir, namun ini sajalah yang aku tahu nak tulis.
- Dan keganjilan aku yang terakhir, aku tak suka meng-tag orang lain. Jadi tag ini mati di sini. Hahahahaha.....
Oh, oh, oh.. satu lagi. Aku percaya pada mimpi. Sungguh....
Thursday, March 01, 2007
Hoiiii..!
"Cisss!!" Bentak aku dalam hati. Ingin saja aku tetak putus tangan itu.
Kawan-kawan dari Kuala Lumpur menjeling dan tersenyum penuh makna. Sedangkan di waktu yang sama, kawan-kawan Riau yang lain seakan-akan tidak kesah dengan perlakuan itu.
Mustahil mereka tidak nampak. Ada yang duduk, bertenggek, ada yang mencangkung. Alfian dan Azli berdiri. Kedudukan kami saling mengadap. Dalam satu bulatan. Mustahil mereka tidak nampak. Mustahil sungguh!
Aku melepaskan tautan gengaman jemari Iwandi secara terhormat.
Malam itu.
"Iwandi itu gay-kah? Petang tadi dia gengam tangan saya." Aku tanya Atid.
"Oh, saya nampak tadi. Hehe. Bukan.... itu sebagai tanda rasa persahabatan yang erat. Bukannya ada motif-motif dunia songsang.
Tapi. Kalau lelaki Melayu bertaut erat gengaman tangan, bagaimana?
"Hoiiii..! Nak kena panah petir......!!?" Jerit aku.
Monday, February 26, 2007
Malam Terakhir
Mata aku mulai berat. Masing-masing masih membincangkan Sejarah Nusantara. Daripada perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang aneh, hingga sejarah Kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pulau Penyengat. Daripada Perjanjian Inggeris-Belanda yang memisahkan satu rumpun, hinggalah siapa William of Orange yang menjayakan pemisahan ini. Terasakan marak unggun api di atas kepala aku. Otak aku mula menggelegak.
Tiba-tiba Fedly bingkas bangun. Melompat ke tengah-tengah meja perundingan kami. Teh telur dan jus jeruk bergelimpangan tumpahnya. Aku sedikit terkejut. Fedly berdiri gagah. Dengan dada yang dibentangkan ke langit. Dengan suara satu nafas, Fedly berteriak....
"Yeeaaahhh.. !!!!! Apalah malang!!!
Nasib si bangsa ini,
Bersaudara,
Namun tak kenal,
bla.. bla..
bla..
bla..
Sekian, terima kasih."
"Ini pasti anak sastera.." bisik bangga, gadis di belakang. Aku tersenyum dalam keterujaan.
*Oplet - Van yang dijadikan bas.
*Macet - jem/kesesakan jalanraya.
*Bergadang - melepak di gerai.
Friday, February 16, 2007
Thursday, February 15, 2007
Mari Meraikan NARAYUDA #2
Alhamdulillah, setelah 3 bulan bertungkus lumus, akhirnya terbit sudah Narayuda Edisi ke 2. Harga masih sama, RM5.00 dengan penambahan muka surat. Percayalah, kami menjanjikan kelainan kali ini. Cara cara memesan :
Dengan Pos Ekspress :
- RM5.00(harga zine) + RM3.00(harga Pos Ekspress)
- untuk yang diluar Malaysia harga pos mengikut kadar negara masing masing.
- emel kami dahulu di : narayuda@gmail.com, nyatakan nama, alamat, nombor hp dan jumlah zine yang dikehendaki. Selepas itu kami akan beri arahan seterusnya.
Dengan Tangan : RM5.00 (harga zine)
Di sini ingin dimaklum kan juga, Narayuda akan mengadakan Persidangan 3P (Perjumpaan, Penyerahan dan Penjualan) pada 21.2.2007 bertempat di Restoran NZ Wangsa Maju pada pukul 7:00 malam. Sila hadir beramai ramai bagi memeriahkan suasana!
Tuesday, January 30, 2007
Untuk Apa?
Inilah nikmat dunia. Pasti ada garisannya.
Aku sedang mencari-cari, mengintai-ngintai semula keghairahan dan kenikmatan yang aku kecapi dahulu. Atau aku harus kembali ke permulaan segala jadi. Merakam semula nikmat ini.
Sesekali terlintas sesuatu di sanubari. Untuk apa aku di sini.......
*INI IKLAN BUKU ISTIMEWA*
Thursday, January 18, 2007
Monday, January 15, 2007
Tidak Seranum
Friday, January 12, 2007
Monday, January 08, 2007
Hitler dah bilang...
Penipuan secara terang-terangan mudah dipercayai oleh rakyat. - Hitler.
1. Walaupun ramai yang mengeluh dengan kenaikan itu tetapi mereka sedar kenaikan tol itu adalah perlu kerana mereka mendapat kemudahan infrastruktur kelas pertama.
2. Bagi pihak kerajaan pula, kenaikan itu akan membolehkan wang subsidi ke atas kadar tol yang ditanggung oleh kerajaan selama ini dapat dikurangkan dan penjimatan itu dapat digunakan untuk faedah seluruh rakyat.
3. "Sebelum ini, menerusi beberapa langkah penstrukturan semula dengan beberapa syarikat konsesi, kerajaan telah menanggung beban dan kita bayar beberapa juta ringgit bagi pihak rakyat." - Samy Vellu
**Utusan. KLIK1, KLIK2, KLIK3. **GEMPAR!!
Penipuan secara terang-terangan mudah dipercayai oleh rakyat. - Hitler.
Friday, January 05, 2007
Hehe.. Tol Lagi
30 Disember 2006. Pulang beraya ke Pahang dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.
Tol Gombak = RM 4.00
Tol Karak = RM 2.50
2 Januari 2007. Kembali semula ke Kuala Lumpur dari Pahang melalui Lebuhraya Karak.
Tol Karak = RM 3.00
Tol Gombak = RM 5.00
Yang saya tahu beberapa lebuhraya tol-nya akan dinaikkan 30 sen mulai 1 Januari 2007. Yang saya tahu.
** Adakah jurutol menge-pau saya?