Tuesday, August 07, 2007

Saat Berpantang

Bila isteri melahirkan anak, selepas seminggu. Aku hantar balik kampung. Rumah mertua. Berpantang...

Yaaaaaahhoooooo, makanya aku berpantang juga. Pantang Isteri tiada. Hahahahaaaa....

Fikir aku. Aku bujang sekali lagi. Aku merindui saat ini. Hahaha.. Aku mula berkira-kira, untuk memenuhi aktiviti bujang aku.. hohoho. Aku nak pergi tengok wayang yang aku suka. Huhuhuhu. Aku merancang nak jumpa kawan-kawan lama. Lepak tiap-tiap malam. Hehehehe. Aku nak balik lambat tiada orang nak marah. Tiada orang nak berleter. Aku nak makan makanan yang aku suka (tidak berkhasiat) tiada orang nak tegur. Aku nak pergi mana-mana tiada orang nak halang.. Huuuuuuuuuuhuuuuuu. Enjoy beb! Aku fikir.

Tapi.

Aku bertahan cuma seminggu. Tiba-tiba, Aku jadi murung ketika di rumah. Dalam kepala aku berbisik-bisik suara Haikal. Terdengar-dengar tangisannya. Pejam mata, terbayang-bayang senyuman Haikal. Juga. Berdengung-dengung leteran Si Comey. Hati aku memberontak, rindui bebelannya. Rindui tegurannya.

Dan.

Makan aku tak pernah kenyang. Setiap kali singgah kedai, minta tomyam. Setiap kali itulah juga tomyam aku tawar. Aku hangin terasa nak lingkupkan meja kadai tomyam tu. Kari kedai mamak pun sama! Tak sedap!!! Termasuk maggi kari yang aku rendam. Juga TAWAR.

Badan aku susut. Serba tak kena. Serba tak keruan....

Adakah aku sedang sakit???

11 comments:

Anonymous said...

kesian..

Aku Bukan Bidadari said...

Tuh lah eksen..takpa sabaq noh.. hujung minggu ni pi balik kg..

Sastri said...

sakit windu tu... :D

Kemat said...

tak saper dapat ganti isteri yg satu tu

Anonymous said...

kesian.. teruk tul penyakit angau ko ni.. hah.. lenkali jangan eksen..

Amyz! said...

Hahaha. Kesiannya.

Tapi suuuwwweett!

ayobkelubi said...

ko nie, mejo kodai tomyam tu lak ko nak lingkupkan, baik ko bakar kan jo kodai tu jang. hehehe

tapi

itulah jugo yang den raso 'marin maso bini den dok kg,berpantang.balik umah raso boring yooo..

bawak-bawak bersoba jelah yo?

p/s: den suka time bini pantang bilo den dapek main bola santak ke megrib jo, kalau tak onam setengah dah kono balik.

zizie ali said...

keperitan tika berpantang banyak mengajar mengajar kita

Anonymous said...

hahahhahah.......susut yer.....hahahha propa yer....lawak la....hahahhahahha...berguling2....bkn ari 2 tm makan2....esis mkn 2 pinggan....huhuhuh

Anonymous said...

benda yang sama jadik kat kawan hang nih..

http://epongs-lair.blogdrive.com/archive/8.html

fajar said...

pernah merasai perkara yg sama sebegini.:)