Monday, February 26, 2007

Malam Terakhir

*Oplet masih bertali arus dalam *kemacetan malam itu. Bagai tiada erti penat. Kami masih *bergadang di sebuah gerai di tengah bandar. Cicipan teristimewa kami malam itu hanyalah teh telur dan jus jeruk. Melengkapkan pengalas perut kami, bakso urat. Jam 10.30 malam, namun manusia masih ramai bersimpang-siur. Malam terakhir kami di Pekan Baru, Riau.

Mata aku mulai berat. Masing-masing masih membincangkan Sejarah Nusantara. Daripada perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang aneh, hingga sejarah Kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pulau Penyengat. Daripada Perjanjian Inggeris-Belanda yang memisahkan satu rumpun, hinggalah siapa William of Orange yang menjayakan pemisahan ini. Terasakan marak unggun api di atas kepala aku. Otak aku mula menggelegak.

Tiba-tiba Fedly bingkas bangun. Melompat ke tengah-tengah meja perundingan kami. Teh telur dan jus jeruk bergelimpangan tumpahnya. Aku sedikit terkejut. Fedly berdiri gagah. Dengan dada yang dibentangkan ke langit. Dengan suara satu nafas, Fedly berteriak....


"Yeeaaahhh.. !!!!! Apalah malang!!!
Nasib si bangsa ini,
Bersaudara,
Namun tak kenal,
bla.. bla..
bla..
bla..
Sekian, terima kasih."

"Yeeeeeeh.. tepuk, tepuk, tepuk..." teriak seorang pelanggan di sudut gerai. Semua pelanggan gerai bertepuk tangan. Bersorak.. yeeeeeeeeeeh.! "plap" "plap" "plap"....

"Ini pasti anak sastera.." bisik bangga, gadis di belakang. Aku tersenyum dalam keterujaan.

*Oplet - Van yang dijadikan bas.
*Macet - jem/kesesakan jalanraya.
*Bergadang - melepak di gerai.

7 comments:

nUr@dDeEn said...

Tukau lagi ker...

Wah, memang teruja dia neh. Clap..clap..clap.. aku pun bangga neh. Suruh la kawan kamu tu deklamasi kat umah pena, gempak aper :D

zwitterion said...

nama pun orang kaya esis, tukar rumah baru..hik..hik.

wah kagum dengan si Fedly

kingbinjai said...

keciknya

blackpurple said...

Aku belajar 3 istilah baru hari ini.

Salin kulit ek..

Fuad said...

Adakah fedly tu merujuk pada ko? Jika tidak apsal plak ko yang teruja dek pujian si Bangga?

p/s: tertanya2..apakah isi permadahan yang disampaikan.

esis said...

nUr@dDeEn...
kawan lama aku nih budak seberang. bukan orang sini. tapi malayu jugak.

zwitterion ...
agaknya memang perangai orang kaya macam tu. suka tukar-tukar. hahaha

kingbinjai...
komen lagi? aku suka kecik. hehe

blackpurple...
aku baru blaja satu lagi istilah jawa.

"AMIT-AMIT CABANG BAYIK"

hoho

Fuad...
fedly bukan aku lah. aku duduk kat kerusi ajee.. isi sajak tu aku tak ingat lah.. dah 5 tahun peristiwa ni. lagipun dia deklamasi spontan aje.

Sastri said...

waaa... dah bertukar wajah nampaknya... bakso urat? errr... tak reti nak mamam urat nih...