Friday, January 05, 2007

Hehe.. Tol Lagi

Yang saya tahu beberapa lebuhraya tol-nya akan dinaikkan 30 sen mulai 1 Januari 2007. Yang saya tahu.

30 Disember 2006. Pulang beraya ke Pahang dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.
Tol Gombak = RM 4.00
Tol Karak = RM 2.50

2 Januari 2007. Kembali semula ke Kuala Lumpur dari Pahang melalui Lebuhraya Karak.
Tol Karak = RM 3.00
Tol Gombak = RM 5.00

Yang saya tahu beberapa lebuhraya tol-nya akan dinaikkan 30 sen mulai 1 Januari 2007. Yang saya tahu.

** Adakah jurutol menge-pau saya?

12 comments:

Anonymous said...

setiap kali ko bayar tol ko cakap lah "tak halal!" aku gerenti mesti mamat/minah tol pulangkan balik duit tu dan kau lalu free je ha ha

Anonymous said...

Arghh!! Tidak!!! Kalo tol naik, tambang bas balik kg naik tak?? (mata kiriku berkedip lagi dan lagi dan lagi dan....)

Anonymous said...

mungkin yg jaga tu TOLol ataupun, KERAjaan yg tipu. Taknak orang tau nilai kenaikan sebenar.

Azhar Ahmad said...

kamu begitu teruja dengan tol

Sastri said...

kat opis takleh nak komen lak kat blog ni... masalah server...

sib baik tol yg Sas lalu tak terlibat... kalo tak, mau ikat perut wooo...

Anonymous said...

kalau kau letak siren ambulans kat atas keta kau, gerenti free...

hish, apa lagi yg nak naik ha. Tol, api, air, minyak semua dah naik.. Aku nak naik bas...

Anonymous said...

selamat membayar tol. ha ha. dah setahun juga aku tak jumpa plaza tol rupanya.

zwitterion said...

jurutol adalah kambing hitam..pihak yg suruh jurutol kutip tu la yg bertanggungjwb..

bluecherry @ fai said...

kesas highway kini dah 2.20 betul ker naik 30? bukan ke sblm tu baru 1.50 ker sy yg konfius..

Aku Bukan Bidadari said...

Aku nk try idea king binjai petang karang..hehehehehe (tapi maaslahnya aku pakai Touch n GO..nk cakap kat mesin tu bleh ar kut??

Rie said...

kingbinjai...
nUrAdDeEn...
Pa'chik...
Azhar Ahmad...
Sastri...
stROZze...
BooK...
zwitterion...
blue_cherry...
Aku Bukan Bidadari...

hehehe macam-macam la korang ni. haHAHAHA. kita sambung lagi. teruja sungguh aku dengan isu tol ni. hehe

Anonymous said...

fight fight..
4 ur rite!!