Friday, April 13, 2007

Nenek Mithali

Aku punya akal yang genius untuk membuat mercun hand made daripada belerang bunga api.

Langkah pertama. Aku perlukan lesung batu atau blender untuk hancurkannya. Tapi pilihan terbaik aku adalah lesung batu. Kalau blender? Bising. Nanti semua orang tahu projek rahsia ni.

Mula-mula, aku patah-patahkan bunga api merah. Kecil-kecil. Dan aku letakkan dalam lesung batu. Aku mula tumbuk perlahan-lahan. Sekali. Dua kali. Tiga kali.

Tiba-tiba!

"Bertuah punya cucu, nakal tak berupa!! Nasib baik tak meletup belerang tu!!!"

Kecut perut aku. Rasa nak terkencing pun ada.

Tok marah, sebab aku guna lesung batu dia. Dan. Nasib baik dapur rumah Tok tak meletup.

12 comments:

Sastri said...

takut gak ek dgn Tok... LOL... Sas dulu 'get away with almost everything' sbb cucu sulung... :p

zwitterion said...

haha..org dulu2 marah guna perkataan; bertuah punya budak..

blackpurple said...

Ha ha ha. Kejam juga kau ni ek...!

ron97 said...

kalau tok aku,
dah habis bendang dah kena ligan ngan tokwan

---
Jom BOWLING 5 Mei 2007 (sabtu) ni.
kat Kelab Golf Bukit Jalil pukul 11 pagi.
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5103

Amiene Rev said...

pernah dengar nasi goreng sambal belerang?

ha. ha.

Fuad said...

Tak abis lagi crita tuh? Apa kesudahan dia? Projek tu berjaya atau gagal jugak akhirnya?

Pa'chik said...

pernah dulu guna belerang dari mercun bola yang dah 'lemau', letak dalam suratkabar, ikat ketat-ketat..
bergegar jugak la bunyi dia tu...

Aku Bukan Bidadari said...

Heheh rindu ar kat TOK

KAMATO said...

kau memang ada bakat buat bom...he he

amyz! said...

hahaha. gila laa. sib baik tak meletup. hahaha.

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

Anonymous said...

Helo ! Forex - Работа на дому на компьютере чашка кофе успешной стала независимой, достаточно зарегистрироваться forex [url=http://foxfox.ifxworld.com/]forex[/url]