Friday, March 23, 2007

Kisah Uki

Ada seekor cacing, namanya Uki.

Suatu pagi Uki keluar dari tanah untuk menghirup embun. Embun di atas tanah lebih manis daripada yang telah meresap di dalamnya. Uki sangat gembira.

Namun nasib Uki pagi itu agak malang. Uki menjadi saksi suatu peristiwa ngeri. Tidak jauh dari situ, Uki melihat seekor ayam telah mematuk lantas memakan seekor cacing. Akibat peristiwa itu, 3 bulan Uki tidak tidur akibat terlalu takut.

Suatu hari Uki berdoa pada Tuhan. Dia berdoa agar diperkenankan untuknya menjadi ayam. Setelah berhari-hari berdoa, akhirnya doa Uki dimakbulkan. Dia pun menjadi Ayam Jantan.

Girang sungguh hati Uki. Namun, kegembiraannya tidak berpanjangan. Pada suatu petang, Uki ternampak seekor Ayam Jaras telah ditangkap oleh manusia. Rupa-rupanya ayam tersebut telah dijadikan ayam panggang. Baru dia sedar, menjadi ayam juga tidak beruntung. Uki berasa sangat takut. Tiga minggu dia tidak turun dari pokok manggis.

Pada minggu keempat, Uki berdoa bersungguh-sungguh pada Tuhan untuk menjadi manusia. Setelah berhari-hari memohon bersungguh-sungguh, akhirnya doanya dimakbulkan. Uki si Ayam Jantan pun menjelma menjadi manusia.

Beruntung sungguh Uki menjadi manusia, tiap-tiap hari dia makan ayam KFC. Bermacam-macam makanan Uki rasa. Sebelum itu, Uki tidak pernah memakan makanan yang sesedap makanan manusia.

Hinggalah tiba suatu hari, Uki sakit perut cirit-birit. Tiga hari cirit-biritnya tidak sembuh-sembuh. Berkotak-kotak pil Kit Teck Aun dia makan. Esoknya, dengan bersusah payah Uki pergi ke Klinik Esis. Menurut doktor umur Uki tidak panjang. Dia akan mati kerana ginjalnya tidak berfungsi lagi. Akibat kekurangan air di dalam badannya sangat kritikal.

Uki berasa sangat takut dan berputus asa. Baru dia sedar, menjadi makhluk manusia yang boleh makan semua jenis makanan, umur pendek juga. Dalam kesakitan, Uki berdoa pada Tuhan. Kali ini dia berdoa pada Tuhan, untuk menjadi.......... Tuhan!

Tuhan murka!!! Lantas, Uki menjadi cacing semula......


**Moralnya; bersyukurlah....

11 comments:

KAMATO said...

manusia terutama kat malaysia berpenyakit sebab lebih makan

Diana Ishak said...

cerita yang amat bagus untuk memberi peringatan kepada org yang pelahap macam aku.

kingbinjai said...

dude, ayam buleh panjat pukuk kah?

Anonymous said...

bila kau jadi doktor?hehe.
tapi cerita kau ni bagus la.
boleh masuk kategori sup ayam untuk jiwa.

zwitterion said...

aku suka cerita kau..lamanya ko pi bertapa utk tulis entry ni..hehe

Anonymous said...

terima kasih di atas ingatan...:)

zino said...

moral of the story..

hargai diri sendiri.. jangan irihati dengan org lain..

Rie said...

KAMATO...
jadi ubah cara pemakannaan kita.

O-Paloma-Blanca...
alhamdulillah....

kingbinjai...
dude, mestikah ayam MEMANJAT untuk bertenggek di atas pokok?

neeziee...
hahaha fiksyennn je tuu

zwitterion...
eh macam tau-tau aje ko nih...

skidg8..
sama-sama :)

zino...
betulllllll

Anonymous said...

menarik cerita fiksyen ni... :D

sinaganaga said...

ha ha

Amyz! said...

hahaha. cacing tu comel la.