Thursday, December 29, 2005

jendela diri

dua perkara yang sama tapi berbeza, sering kita lalui setiap hari dalam hidup ini tapi kita hanya sedar satu perkara sahaja. pilihlah salah satu kumpulan yang anda suka. atau anda tidak suka kedua-duanya? terpulang pada pandangan dan sub-budaya yang anda anuti.

sibuk v/s menyebuk

aku tidak suka kedua-duanya!!! huh. tapi yang paling aku tidak suka adalah "si penyebuk". semua nak tahu, semua nak ambil tahu. semua perkara nak di"gosip"kan.

sebenarnya aku tidak ambil hati pun. namun begitu menurut Model Jendela Johari (Johari Window Model) yang direka oleh Luft (1969), terdapat 4 bahagian pengetahuan diri kita dan orang lain terhadap diri kita. [kawasan terbuka, kawasan buta, kawasan terselindung dan kawasan tanpa pengetahuan.]

kawasan yang "si penyebuk" sangat suka menyelongkar ialah kawasan terselindung kerana kawasan ini hanya kita sahaja yang tahu. kalau kawasan terbuka, memang pengetahuan "si penyebuk" ni sudah arif dari A-Z. kawasan buta? kita langsung tidak tahu tentang diri kita, tapi "si penyebuk" ini tahu segala-galanya. itulah yang kita harus berhati-hati agar kawasan buta ini tidak terlalu terdedah kepada umum.

namun begitu bagi kawasan tanpa pengetahuan hanya Allah sahaja yang tahu. alhamdulillah...

jadi, pengajarannya ialah jadikan "si penyebuk" ini "kawan tepi jalan" sahaja dan sibukkan diri kita dengan kerja yang berfaedah supaya kawasan-kawasan yang terdapat dalam keperibadian diri kita tersimpan dan terahsia dengan selamat.

Wednesday, December 28, 2005

kawan halaman rumah

hari ini aku dapat suatu pengajaran:

"jangan cerita sesuatu yang kita ingin rahsiakan pada kawan yang kita baru kenal hanya 6 bulan."

kerana dalam masa 6 bulan suatu persahabatan masih tidak matang sepenuhnya iaitu kita tidak mengenalinya dari sudut hati budinya yang sebenar.

seperti analisis teori penembusan sosial "social penetration theory" (Altman dan Taylor, 1973), suatu hubungan persahabatan dan pendedahan kendiri berlangsung seperti kupasan kulit bawang. pada peringkat awal perkenalan hubungan. ia berlangsung dengan cepat kerana kulit bawang yang nipis. namun semakin lama perkenalan hubungan adalah semakin sukar umpama kulit bawang yang semakin tebal di sebelah dalamnya.

namun begitu dalam kes aku ini nampaknya aku ingin meneruskan proses perkenalan ini pada tahap ke empat mengikut teori ini iaitu proses kebalikan tembusan (depenetration) yang mana merupakan proses menarik diri daripada hubungan interpersonal dari satu lapisan ke satu lapisan, sama seperti yang dilalui pada peringkat tembusan (penetration).

dalam hidup ini kita pasti ada beberapa kategori kawan. kategori pertama kawan tepi jalan, kategori kedua kawan di halaman rumah, kategori ketiga kawan ruang tamu dan yang keempat kawan dalam bilik. terpulang pada kita nak kategorikan setiap kawan kita dalam kategori mana. tapi perkara yang penting dalam artikel kali ini aku nak kategorikan kawan aku ni pada kategori kedua. hanya kawan di halaman rumah. jadi perkara yang sudah lepas aku redha seadanya. perjalanan hidup masih panjang. setiap hari aku akan bermula dengan dunia yang baru.

Tuesday, December 06, 2005

eh..!!! happy belated birthday

laaa aku baru sedar dah setahun rupanya umur blog aku ni...
skarang da setahun umur ko ye.. kalau baby da bley bejalan sendiri la kot

Monday, November 28, 2005

MIIM "student project"

da lama tak update blog aku nih.... nak tulis pun xde mood. jadi aku letak student aku punye projek sem lepas. aku letak satu dulu, kalo ada permintaan aku letaklah semua. sbb nati takut blog aku nih jd lembab.

video clip tajuk lagu: Berhenti Berharap

Friday, November 11, 2005

cerita selepas raya

aku fikir aku masih beruntung, pada sekurang-kurangnya 1 perkara yang aku ada, tapi ada "orang bandar" tak ada. ini cerita selepas raya. cerita tentang hari raya. bercerita di tempat kerja..... kelmarin sambil aku berborak, tunggu kawan aku penuhkan borang soal selidik aku. aku merajinkan jari aku klik pada blog kawan aku nih. aku baca blog dia. tengok gambar dia di cyber cafe pada hari raya pertama.
aku: ko pun ade blog ye?
kawan aku: baru-baru ni je, saja buat.
aku: eh.. ko xde kampung??
kawan aku: xde..
aku: xde langsung!!??
kawan aku: xde.! betul xde...!
aku: rasa macam xpercaya.
kawan aku: (angguk angguk kepala, dengan senyuman hambar)
aku: tinggal kat ner...?
kawan aku: damansara... (dengan nada sayu)
aku: ???

Thursday, October 27, 2005

selamat hari raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Saudara/saudari pembaca dan pelawat,

Saya pinta berjuta kemaafan, daripada semua pembaca dan pelawat yang setia melayari blog saya ini, sempena 7 hari lagi berpuasa sebelum ketibaan hari lebaran. Tika ini adalah kesempatan yang paling baik untuk saya memohon kemaafan sebelum pembaca sekalian pulang berhari raya di kampung dan sibuk dengan persiapannya. Mungkin secara sengaja atau tidak, penulisan saya menyentuh hati saudara-saudari sekalian. Harap kemaafan saya di terima.

Sekian, Terima Kasih,

....esis....

Tuesday, October 25, 2005

tak payah berkongsi!

mana ada deparaya!! deparaya haram!

tak payah nak kongsi-kongsi raya ni. kita dengan agama kita. mereka dengan agama mereka. kalau raya dibolehkan kongsi, agama nak kongsi juga? nak jadi ayah pin? ini adalah arahan daripada Mufti Perak. walau apapun Allah dah turunkan surah Al-Kaafirun untuk memberi peringatan pada kita semua. hayatilah surah dibawah ini wahai sahabat.. kerana hari raya adalah ibadat buat kita

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!

[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

[6] Bagi mu agamamu dan bagiku agamaku.

Thursday, October 20, 2005

langit malaya mendung

Hari ini langit mendung, umpama mendungnya hati seluruh rakyat, mendung seluruh hati kita. Tapi mungkin tak semendung hati Pak Lah dan keluarga.... Al-Fatihah untuk arwah Datin Seri Endon Mahmood, Isteri Perdana Menteri.

***
pagi tadi 9.23 pagi
beep..beep*
beep..beep*

handphone aku berbunyi, datang msg yang tertulis:

isteri pak lah meninggal jam 7.55pg. bagi yang beragama Islam, marilah kt same2 sedekahkan al-fatihah kpd arwah. - a*** ,from z*** pro UPM

petang tadi 2.47 petang
beep..beep*
beep..beep*

handphone aku berbunyi lagi, datang msg yang tertulis:

Tun ghafar baba pula meninggal dunia tghari ini.Sama2lah kta sedekahkan AL FATIHAH. Amin..

tadi 3.27 petang
beep..beep*
beep..beep*

handphone aku berbunyi lagi sekali, datang msg yang tertulis:

a** td tipu. Kabar angin je. Bkn salah s** salah orang lain. .....(seterusnya tidak tulis di sini)..........

***
kasihan mereka yang kena tipu ni. termasuklah kami. aku yang dah forward terpaksa kasi msg yang lagi satu, supaya orang tak tertipu. ish ada jugak orang yang buat cerita tak betul pasal kematian nih... cuba kalau kena kat keluarga sendiri. mesti sedih.

Wednesday, October 19, 2005

hati berkata

"aku hanya menulis apabila hati aku berkata-kata"
aku pernah berkata

tapi
malam ini aku tetap mahu menulis
biarlah hati kosong & kering
tapi jiwa aku nak berkata juga

.::kosong::.
.::kosong::.
.::diam::.

.::diam lagi::.

aku ikut kata hati

.::diam::.
.::diam, diam::.

.::kering::.

.......!

Saturday, October 15, 2005

permulaan hidup

saat itu.....
masa dolu-dolu lepas form 5 tunggu result spm, ayah aku suruh aku amik lesen moto ngan kete. dia sponsor la. aku ni lemah skit nak gi sorang2 nih. kalo buleh nak la berkawan,jiwa remaja. sbb sblm tuh dah janji ngan kawan sekampung nak amik lesen sama2. tapi ayah, paksa dan paksa jugak aku. dia slalunya cakap sekali jer tapi mendalamlah arahannya tuh. dalam taknak-taknak tuh pegilah jgak aku berangkat sorang2 naik bas turun bas, kadang2 teksi pepagi lagi ke maran, hari2, dua tiga minggu jugak la. dah la aku nih kecik, tak pandai nak berinterpersonal komunikasi dengan orang dewasa nih. tapi aku belasah jer laaa. daftar sendiri, cakap sendiri. selalulah aku terkontang kanting sorang2 kat tgh2 pekan tuh. kawan takde. rasa keciiiiik je duduk kat situ. kalo duduk kat driving school tuh. aku nih diaaam jer. tak langsung nak borak2. dengar orang borak je. tak paham pun. kejap-kejap ke hulu. kejap-kejap ke hilir. lima enam kali jgk la aku tawaf dengan saie tempat tuh, sementara nak tunggu giliran blajar bwak kete. sambil tu baca komik "raja rimba" terbaru,tujuh lapan kali hingga renyuk buku tuh. dari 9pagi sampaiiii petang hari-hari macam tu. masa tuh mana ada hand phone nak bersms. kalo lapar, makan sorang2 kat meje paling terpencil sekali. nak oder makan pun takut. nak oder yang pelik2 takut duit tak cukup. tak pasal2 kena basuh pinggan. masa blaja kete plak, cikgu dia dah la garang. aku ni tak pandai cakap. tanye pun takut. diaaam jer le. salah je,kena tengking. salah je,kena marah. aku tahan aje dalam ati. lepas abis blajar utk ari tuh, aku keseorangan lagi. temenung lagi, kosong macam waktu berhenti, temenung sorang, sementara tunggu bas kul 6 ptg yang tak on time tu. entah berapa puluh kali aku jenguk kedai jam, tgk jam pukul berapa. aku bukannye ada jam. rasa macam bertahun tunggu bas kat situ. tiap2 hari aku cuak takut bas takde atau tertinggal bas, bukannya ada org nak jemput aku. 30minit dlm bas baru sampai kampung aku, semua keputusan buat sorang2 dlm ati. pernah sekali tu aku tumpang orang. belasah jer. dia pun org kampung aku. tapi aku bukannya kenal sgt dia. yang penting sampai umah..walaupun camtu, sejak hidup sorang2 tuh, aku tau makna hidup,aku tahu erti ketabahan. aku tak takut tercampak kat mana-mana. sebabnya satu. aku ingat sampai sekarang, apa yang ayah aku cakap masa dia paksa aku tuh. "hidup kita ni sorang-sorang je sebenarnya, tak payah la nak tunggu orang lain! masa senang je orang datang kat kita, masa susah belum tentu...." sejak hari tu aku mula hidup!

Tuesday, October 04, 2005

di ambang Ramadhan

ntah apa kena dgn aku arinih. tak pose lagi dah macam nih...badan cam tak sehat jer, ntah apa yang aku pikir macam2. hati tak tenang macam selalu. kata cikgu kat sekolah aku dulu kalo nak tenangkan pikiran kita tgk air mengalir, kita tengok dedaunan hijau... yes masa tu sekolah aku tepi hutan. memang hutan lah. bukan belukar ye. kat pahang nuh. memang boleh tenangkan pemikiranlah. kompom. itulah sebabnye aku tgk gambar nih. ni gambar sungai kat kg aku. tapi masalahnya nih gambar! xdelah menenangkan pemikiran. selalu jugak aku dengar seorang Dr. ustaz beri kuliah dalam radio... antara yang paling aku ingat ialah cara camne nak tenangkan pemikiran... sama je apa yang dia cakapkan dengan yang cikgu aku cakap. tapi dia kasi sebab kenapa kita tenang pemikiran apabila melihat air mengalir, ikan berenang, dedaunan, pokok yang melambai, batu, pokok bunga dan sebagainya ciptaan Allah. sebabnya unsur alam ini akan doakan dan zikirkan untuk kita! (kalo tak silap yang aku dengo). oleh tu berzikirlah! jangan tunggu benda tuh berzikir utk kita. lebih-lebih lagi sok syaitan dah kena tambat. bulan Ramadhan, bulan puasa byk2 kanlah amal ibadat.....


SELAMAT BERPUASA SEMUA.....
INGAT!!!!!
JANGAN PONTENG PUASA DAN SEMBAHYANG FARDU
BAWAK-BAWAK BERHENTILAH MEROKOK TU!!
(untuk wanita & kanak-kanak bawah umur sahaja.HEHE)

Thursday, September 29, 2005

dekat di hati

aku tak tau kenapa lagu ni terlalu bagus utk didengar... dan aku tau ini bukan pada aku sahaja, juga pada kalian kan. samaada pada lirik atau musiknya?? tapi lagu ini benar2 menelusuk hati. ntah? walaupun dah lama lagu ni berkumandang. liriknya mungkin.......

Menanti Sebuah Jawapan ..::Padi::..

Aku tak bisa luluhkan hatimu,
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu,

Seiring jejak kakiku bergetar,
Aku tak terpagut oleh cintamu,
Menelusup hariku dengan harapan,
Namun kau masih terdiam membisu......

Sepenuhnya aku ingin memelukmu,
Kau dekap penuh harapan untuk mencintaimu,
Setulusnya aku akan terus menunggu,
Menanti sebuah jawapan untuk memilikimu..........

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku,
Semoga kau tahu isi hatiku,
Dan seiring waktu yang terus berputar,
Aku masih terhanyut dalam mimpiku........

Sepenuhnya aku ingin memelukmu,
Kau dekap penuh harapan untuk mencintaimu,
Setulusnya aku akan terus menunggu,
Menanti sebuah jawapan untuk memilikimu..........

Wednesday, September 21, 2005

make me angry..


"lautan dalam usah di duga"

kadang-kadang marah tu keluar tanpa disedari. tiba2 aku marah. tp aku marah pada perkara yang patut. dalam sebulan utk aku marah sekali agak sukar. betul!! aku selalu sejukkan hati aku sendiri bila time nak marah. yang aku hairan marah aku nih aku sendiri pun tak terjangka. jadi walaupun gelak2, buat2 lawak, gurau2 tp jangan sangka aku tak pandai nak marah atau tiba2 aku marah. tapi apa2 hal pun mesti ada limitnya. fikir secara waras. kalau yang perlu marah tu aku marah la. sekadarnya saja..(pesan kat diri sendiri nih hehe..) yang paling aku sedar, aku nih sakastik, tak tau nape otak aku nih ade je nak buat org "makan dalam". tapi niat sebenar nak nasihat, tp dalam situasi yang camtulah. kalau "makan dalam" maka mesti "dalam" nasihat tu meresap dalam jiwa kannn...

Saturday, September 17, 2005

lirik jiwa



Because I'm a Girl .::Kiss::. (website & video klip)

Dodeche ar suga obso namjadurui maum
wonhar ten onjego da juni ije tonande
ironjog choumirago nonun thugbyorhadanun
gu marur midosso negen hengbogiosso

I just cant understand the hearts of men
they tell you they want you and then they leave you
this is the first time, you're special
I believed those words and I was so happy

marur haji guresso nega shirhojyoda go
nunchiga obnun nan nur bochegiman hesso
norur yoghamyonsodo manhi guriurgoya
sarangi jonbuin nanun yojainika

you should have told me you didn't like me any more
but I couldn't see that and you just rushed me
although I will curse you I'll still miss you
since I am a girl, to whom love is everything

modungor swibge da jumyon gumbang shirhjungnenunge
namjara durosso thollin mar gathjin anha
dashinun sogji anhuri maum mogo bojiman
todashi sarange munojinunge yoja ya

i heard that if you give up things too easily
to a man, he will get bored with you
i don't think this is wrong
a girl says that she will never be fooled again
but she will fall in love again

marur haji guresso nega shirhojyodago
nunchiga obnun nan nur boche giman hesso
norur yoghamyonsodo manhi guriurgoya
sarangi jonbuin nanun yojainika

you should have told me you didn't like me any more
but I couldn't see that and you just rushed me
although I will curse you I'll still miss you
since I am a girl, to whom love is everything

[narration] Onur urin heojyosso budi hengbogharago
noboda johun sarammannagir barandago
nodo darun namjarang togathe nar saranghanda go marhanten onjego
sorjighi na nega jar doenungo shirho
naboda yepun yoja manna hengboghage jar sarmyon otohge
guroda nar jongmar ijoborimyon otohge
nan irohge himdunde himduro juggenunde
ajigdo nor nomu saranghanunde

[narration]
Hey babe
the pain
it's not enough to describe how i feel
we were so happy together
but I know now
I've been blind
you told me that you'd never let me down
whenever I needed you you'd always be here
I can forgive but I cant forget
even though you hurt me
I still love you
I still love you

sarangur wihesoramyon modun da har su inun
yojaui chaghan bonnungur iyong hajinun marajwo
hanyojaro theona sarangbadgo sanunge
irohge himdurgo oryourjur mollasso

don't take advantage of a girl's willingness to do anything for love
and her caring instinct
i didn't know that to be born as a girl and to be loved was so hard
although i will curse you i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything
although i will curse you i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

Narration (Guy, only in the music video)
There is someone I'm in love with...
Although I can't be with her now...
I'm still in love with her...

Thursday, September 15, 2005

bahasa kata

yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa,

inilah perumpamaan yang selalu kita dengar daripada orang tua-tua. tapi yang aku nak sentuh adalah soal bahasa! memang ramai orang yang berbudi. tak kiralah apa tujuan budi itu di hulurkan. tapi kalau masuk bab berbahasa ni, makin ramai yang tak endahkan "elemen" ini. padahal inilah asas dalam sesebuah hubungan interpersonal. sebenarnya aku nak nasihat pada diri aku sendiri (supaya tak melazer dan tak mencaca marbakan kata-kata aku) dan pada sesiapa yang berfikir macam yang aku pikir ari nih..

dalam berbahasa kita perlu menghormati oarang lain
dalam berbahasa kita perlu menjaga hati orang lain
dalam berbahasa kita perlu respek orang lain
dalam berbahasa kita perlu menyusun kata-kata
dalam berbahasa kita perlu berfikir sebelumnya
dalam berbahasa kita perlu "melihat langit"
dalam berbahasa kita perlu menjaga lidah kita
dalam berbahasa kita perlu segalanya........
supaya.....
faedahnya kita akan terima kini dan akan datang, insyaallah,

kalau berbahasa kita memeritkan orang lain. padahnya kita pasti akan terima kerana kuasa ada pada tangan sesiapa sahaja dan semestinya kuasa itu adalah milikNYA

Tuesday, August 30, 2005

.m.e.r.d.e.k.a...k.e.?.


situasi dalam sebuah bilik belajar

apa merdeka tuh : aku tanya
bunga api, enjoy-enjoy cam malam minggu, laggiiii... : student jawab
lagi apa : aku tanya lagi
en. r** tak kuar mana-mana ke malam merdeka : eh, dia tanya aku plak
kenapa mesti kuar malam merdeka, wajib ke? : tanya aku plak
ehhh messtiiiii, tgk bunga bunga api, minum-minum ngan kawan-kawan : jawab dia
tu ke erti merdeka pada kamu? : lagi aku tanya
tak.... ada yang lain : yang lain plak jawab
bebaaaasss : yang lain jawab plak
tu je ke makna merdeka pada kamu : aku tanya lagi
yang lain-lain tu cam dalam tv tu la hehe : jawapan mereka


merdeka ke kamu ni? : kesimpulan aku

Monday, August 08, 2005

tika dan sesuatu 8:8

sayang, terima kasih kerana membuka hatimu menerima kehadiranku.


akan ku letakkan cintamu itu di sudut yang paling istimewa dalam hatiku ini

akan ku hiasi bersama haruman mawar dan haruman kasturi
agar kau sentiasa aman di sini
DI SISIKU SELAMANYA

akan ku buktikannya padamu
pasti tiba masanya
hanya DIA yang maha mengetahui
masa & ketikanya

Tuesday, August 02, 2005

Sepotong Senyum Berbingkai Tanya

sepotong senyum,
menggantung di sudut
(rongga dada, ruang hati)

berbingkai tanya yang seribu

sebaris doa,
menggema dan getarkan sepotong senyum

senyum,
adukan keganjilan ini
pada satu-satunya Penguasa

........................................nukilan yana

Saturday, July 23, 2005

Wednesday, July 20, 2005

minggu yang lesu


lesu lesu lesu....
sesuatu yang lebih dari penat
nak tidur mata tak lelap
nak jaga mata tak celik
kerja kerja kerja
sesuatu yang pasti
tak boleh lari
huuuuuuufffffff...... helaan nafassssss ku

Wednesday, July 13, 2005

sebulan lebih di sini

hari nih student aku dah start shooting diorg punya production. kena wat video clip. pening aku tgk diorg keje. itu baru satu kelas, ada dua kelas lagi yang buat aku pening. tapi apa2 hal aku seronok tgk diorang keje. SEMANGAT... aku pun tak beri komen apa2 masa diaorg shooting sbb aku xnak ganggu apa yang diorg rancangkan. lagipun aku xnak overlapp tutor punya keje. bila lagi tutor nak keje kan... biarlah tutor wat keje plak. aku dah ajar diaorg dlm kelas. jadi, gunakanlah ilmu ynag aku kasi tuh. cuma aku xnak diorg konflik sesama sendiri masa kat location. tadi pun, aku tgk satu group dah konflik dlm diam, talent plak macam bagus. bukannya artis lagi dah wat perangai macam artis heheheheh. demand konon. satu group lagi smooth je perjalanan production diaorg tapi director plak jadi talent. haha. hantammm jela labu, korang ok aku pun ok, kasi diorang pengalaman. bila aku tanya tadi baru tau penat&pening bila director jadi talent. pada aku, janji final production nanti bagus. kalau tak.. dlm kelas nati aku tiauu cukup2. tu la aku kata, story board wat dulu, skrip mesti ada, planning schedule mesti ada. talent confim awal-awal. bila wat keje shooting last minit.. korg keje dlm stresss.. aku sengeh je tgk korang. minggu nih aku sibuk dgn final projekk budak2 aku.. penat.

Friday, July 08, 2005

i love my job!!


i love my job, ilove my job hehehehe i love my job hehehe i lovemuy job kehehehe , mnoedoho dhnnc wno hehehk ehbhehehee. jom enjoy klik

Saturday, June 25, 2005

aku ninja hebat?

dengan riakk serta takabburnya aku mengistiharkan bahawa aku adalah "ninja lagenda" kelas SANNIN........(sama kelas dgn jiraiya, tsunade dan orochimaru) tak lama lagi aku akan jadi HOKAGE...MUAHAHAHAHAHAHHAHAHa. siapakah anda yang sanggup mencabar aku?????

Friday, June 17, 2005

kelisa biru "mu"

Hari ini dalam sejarah apabila seorang Puteri Muda Johor telah membeli sebuah Kelisa berwarna biru. hari ini adalah tarikh keramat pemilikan Kelisa tersebut. "Harap beri tunjuk ajar ye" kata Sang Puteri sebelum dia drive kereta itu. "Hati2 dijalan raya tau" kata boss nya. Sang puteri pun tersenyummmm hingga mukanya kemerah-merahan tanpa toleh kiri dan kanan, kerana sangat gembira kerana dapat kereta baru berwarna biru. "Dah baca bismillah?" tanya boss. "uhh" dengan terkejut Sang Puteri menjawab "dahhhh".

Thursday, June 16, 2005

aku - Chairil Anwar

aku baru habis baca buku terbaru bertajuk "AKU-berdasarkan perjalan hidup dan karya penyair Chairil Anwar". karja Sjuman Djaya. buku nih aku dapat pinjam dari kawan aku. pasti kamu masih ingat buku yang pernah Rangga dan Cinta baca dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. apa yang menarik sangat tentang buku ini? inilah persoalan yang aku nak tahu. tapi lepas baca buku ni, aku tahu mana keistimewaannya....Chairil Anwar (poster dibelakang Rangga) merupakan seorang penyair Melayu kelahiran Medan. merupakan seorang penyair agung merubah pemikiran bangsa Indonesia ketika zamannya. buku ini ditulis oleh Sjuman Djaya untuk memfilemkan kehidupan penyair ini yang agak misteri dan mati muda pada umur 27tahun. malangnya pengarang ini meninggal sebelum sempat karya ini difilemkan. keseluruhan buku ini menceritakan kehidupan penyair agung ini, karya2nya dan kawan2nya. tak perlu aku mengulas panjang karya ini kerana terdapat banyak ulasannya dalam jaringan internet kini. tapi sesiapa yang membaca buku ini, pasti akan terdetik idea yang aneh dalam minda....pasti tak lepas dari fikiran.... cubalah baca buku ini, kerana ia menanti anda...

sajak "aku" merupakan sajak yang membawa nama Chairil Anwar dalam persada ini. suatu sajak yang penuh dengan semangat!!

AKU
aku!
kalau sampai waktuku
kumau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerjang
luka dan bisa ku bawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku akan lebih tidak peduli
aku mau hidup seribu tahun lagi.

namun aku lebih suka akan sajak ini. pasti kita biasa dengar lagu nyanyian berlirikkan kata-kata keinsafan ketuhanan ini. begitu menyentuh rasa dan pengharapan.

DOA
Tuhan
dalam temanggu
aku masih menyebut nama-Mu
biar susah sungguh
mengigat Kau penuh seluruh
cahaya-Mu panas suci
tinggal kerlip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
dipintu-Mu aku mengetuk
aku tak bisa berpaling

tugu ni telah diabadikan untuk Chairil Anwar di Netherlands Kernstraat 17a (zijgevel), Leiden sejak 17 ogos 1995

Wednesday, June 15, 2005

Satu - Dewa

first time aku lama medengar lagu ni... memang best. lagu cinta... terasa betapa halusnya kata kata sang kekasih pada kekasihnya. suatu kisah cinta yang tidak mungkin. tetapi setelah aku hayati liriknya dengan mendalam.. aku sedar bahawa terdapat falsafah ketuhanan dalam lagu ini... contohnya "ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku" bila aku faham aku jadi sebak, makin lama aku hayati lirik lagu ni makin sebak aku rasa.. sedar akan diri. sedar akan nikmat yang kita kecapi... dan seharusnya kita rasa bersyukur pada Allah atas nikmat yang kita terima ini. haruskah kita mengingkari nikmat ini???? sebutlah nama Allah disetiap hembusan nafasmu...


Satu - Dewa

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

tak ada yang lain selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa


Monday, June 13, 2005

terpulang

terpulang pada kata
aku ada alasan aku
tak perlu aku beritakan
tak perlu menjerit pada bukit

biar gugur bulan itu disini
bukannya apa-apa hanya bulan
aku? tetap begini
halaman aku tetap disini

biarlah pandangan aku pada badan gajah
atau pandangan ku semut diseberang laut
bukannya ada apa-apa,
hanya gajah dan semut!!

biarkan hati aku berkata kerana ini rumahku
terpulanglah

Friday, June 03, 2005

hari terakhir di sini

aku dah dapat keje baru kat wangsa maju. jadi ari ni last day aku kat bilik research fakulti pendidikan upm ni. banyak la kisah suka aku kat sini, duka tuh sikit jer. tak best pun nak crite. walau bagaimanapun semuanya menjadi kenangan aku dalam setahun lebih keje kat sini. banyak aku blaja kat sini. sedih jugak nak tinggalkan tempat nih. smlm prof aku tak kasi aku brenti sbb dah nak buat real research tapi nak wat camne aku pun ada hidup aku gak ada pilihan aku gak. kesian aku kat prof aku. takpe rakan sekerja aku ada. aku takjumpe pun prof aku sbb dia cuti. cakap dlm tipon je. takpe nati aku g jumpa dia pasni. nak trima kasih banyak2 kat prof madya dr rahil. nak mitak maap byk2 gak. juga dgn semua pensyarah komiti research nih.

yang penting aku nak trima kasih la kat awek aku sbb tolong aku dapatkan keje kat sini setelah dekat setahun lebih aku keje kedai makan amik oder ngan kemas meje kat nora kitchen kat shell bandar baru bangi. hehehhe tapi mesti tiap2 minggu jugak aku gi sini sbb aku ada satu kelas lagi kat fbmk.... ok la tuh. tadi dak gi mitak maaf dah kat sume orang yang aku byk cakap... takut la org kecik ati ngan aku. lepas ni aku tak la lagi bergelumang dengan questioneir, sampel, spss, instrument, jurnel2 dan pilot test yang tak abis-abis kena analisis... sbb realibiliti rendah. mana aku tau bukan salah aku aku ikut arahan jer... terima kasih semua, wassalam.....

lepas ni tak tau la camne aku nak update blog aku nih..... tapi insyaallah aku update jugak nati. ahad ni dah pindah umah ke gombak dekat skit dengan tempat keje baru tuh.... selamat tinggal bandar baru bangi setelah 8 tahun aku duduk sana sejak 1998. ni gambar tempat keje aku buat kali terakhir.....
waktu petang jalan nak ke upm

fakulti pendidikan tempat aku keje

pintu bilik aku keje

dalam bilik keje (samsi tengah keje)

meje + komputer aku

key chain hadiah prof. datin syarifah sempena hari terakhir

Wednesday, June 01, 2005