Thursday, December 29, 2005

jendela diri

dua perkara yang sama tapi berbeza, sering kita lalui setiap hari dalam hidup ini tapi kita hanya sedar satu perkara sahaja. pilihlah salah satu kumpulan yang anda suka. atau anda tidak suka kedua-duanya? terpulang pada pandangan dan sub-budaya yang anda anuti.

sibuk v/s menyebuk

aku tidak suka kedua-duanya!!! huh. tapi yang paling aku tidak suka adalah "si penyebuk". semua nak tahu, semua nak ambil tahu. semua perkara nak di"gosip"kan.

sebenarnya aku tidak ambil hati pun. namun begitu menurut Model Jendela Johari (Johari Window Model) yang direka oleh Luft (1969), terdapat 4 bahagian pengetahuan diri kita dan orang lain terhadap diri kita. [kawasan terbuka, kawasan buta, kawasan terselindung dan kawasan tanpa pengetahuan.]

kawasan yang "si penyebuk" sangat suka menyelongkar ialah kawasan terselindung kerana kawasan ini hanya kita sahaja yang tahu. kalau kawasan terbuka, memang pengetahuan "si penyebuk" ni sudah arif dari A-Z. kawasan buta? kita langsung tidak tahu tentang diri kita, tapi "si penyebuk" ini tahu segala-galanya. itulah yang kita harus berhati-hati agar kawasan buta ini tidak terlalu terdedah kepada umum.

namun begitu bagi kawasan tanpa pengetahuan hanya Allah sahaja yang tahu. alhamdulillah...

jadi, pengajarannya ialah jadikan "si penyebuk" ini "kawan tepi jalan" sahaja dan sibukkan diri kita dengan kerja yang berfaedah supaya kawasan-kawasan yang terdapat dalam keperibadian diri kita tersimpan dan terahsia dengan selamat.

3 comments:

Ani said...

Salam esis,
nice entry lah...best best..kwn mmg ada mcm2..ada yg didpn manis senyum mcm gula kat belakang dituangnya tuba..apa pun,itulah manusia dan kehidupankan..

Selamat tahun baru.Semoga dilindungi sentiasa :)

waltererickson21673789 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

el-Maaniq said...

salam.

buku chairil anwar - aku ini binatang jalang, ada kat aku. kau nak tak?