Saturday, October 15, 2005

permulaan hidup

saat itu.....
masa dolu-dolu lepas form 5 tunggu result spm, ayah aku suruh aku amik lesen moto ngan kete. dia sponsor la. aku ni lemah skit nak gi sorang2 nih. kalo buleh nak la berkawan,jiwa remaja. sbb sblm tuh dah janji ngan kawan sekampung nak amik lesen sama2. tapi ayah, paksa dan paksa jugak aku. dia slalunya cakap sekali jer tapi mendalamlah arahannya tuh. dalam taknak-taknak tuh pegilah jgak aku berangkat sorang2 naik bas turun bas, kadang2 teksi pepagi lagi ke maran, hari2, dua tiga minggu jugak la. dah la aku nih kecik, tak pandai nak berinterpersonal komunikasi dengan orang dewasa nih. tapi aku belasah jer laaa. daftar sendiri, cakap sendiri. selalulah aku terkontang kanting sorang2 kat tgh2 pekan tuh. kawan takde. rasa keciiiiik je duduk kat situ. kalo duduk kat driving school tuh. aku nih diaaam jer. tak langsung nak borak2. dengar orang borak je. tak paham pun. kejap-kejap ke hulu. kejap-kejap ke hilir. lima enam kali jgk la aku tawaf dengan saie tempat tuh, sementara nak tunggu giliran blajar bwak kete. sambil tu baca komik "raja rimba" terbaru,tujuh lapan kali hingga renyuk buku tuh. dari 9pagi sampaiiii petang hari-hari macam tu. masa tuh mana ada hand phone nak bersms. kalo lapar, makan sorang2 kat meje paling terpencil sekali. nak oder makan pun takut. nak oder yang pelik2 takut duit tak cukup. tak pasal2 kena basuh pinggan. masa blaja kete plak, cikgu dia dah la garang. aku ni tak pandai cakap. tanye pun takut. diaaam jer le. salah je,kena tengking. salah je,kena marah. aku tahan aje dalam ati. lepas abis blajar utk ari tuh, aku keseorangan lagi. temenung lagi, kosong macam waktu berhenti, temenung sorang, sementara tunggu bas kul 6 ptg yang tak on time tu. entah berapa puluh kali aku jenguk kedai jam, tgk jam pukul berapa. aku bukannye ada jam. rasa macam bertahun tunggu bas kat situ. tiap2 hari aku cuak takut bas takde atau tertinggal bas, bukannya ada org nak jemput aku. 30minit dlm bas baru sampai kampung aku, semua keputusan buat sorang2 dlm ati. pernah sekali tu aku tumpang orang. belasah jer. dia pun org kampung aku. tapi aku bukannya kenal sgt dia. yang penting sampai umah..walaupun camtu, sejak hidup sorang2 tuh, aku tau makna hidup,aku tahu erti ketabahan. aku tak takut tercampak kat mana-mana. sebabnya satu. aku ingat sampai sekarang, apa yang ayah aku cakap masa dia paksa aku tuh. "hidup kita ni sorang-sorang je sebenarnya, tak payah la nak tunggu orang lain! masa senang je orang datang kat kita, masa susah belum tentu...." sejak hari tu aku mula hidup!

5 comments:

Anonymous said...

Free pumpkin carving design software for Halloween
There are so many cool things on the Weblogs, Inc. blog network that I miss more than half of the postings relevant to kids and families.
Find out how you can buy and sell anything, like things related to private road construction on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like private road construction!

monaSakti said...

hi esis, tu pic sapa?

esis said...

mona sakti, pic tu sekadar gambar hiasan jer tuh..

Bukunota said...

nasib baik instructor driving aku ok. tak ada nak marah2.

tapi bila dengar kes ada instructor yg marah2, aku pelik. kan ke kita bayar dia utk ngajar kita?

sama juga dgn pegawai jpj yg marah2 masa buat test. kan ke dia kerja tu hasil cukai yg kita bayar

esis said...

ntah.. aku pon tak paham kadang2. tp masa tu aku kecik lagi :)