Saturday, August 05, 2006

Sang Pencinta merindu

Aku tak pernah menyesal dilahirkan kaya. Bukan. Bukan aku riak atau takbur. Ini kenyataan.

Buktinya, dalam rumah aku ada berbukit-bukit emas. Ya, betul-betul emas. Kamu tak percaya? Percayalah sebab aku Esis. Kamu kenal Esis kan?

Berbalik kepada cerita emas. Sebenarnya 2 bulan lepas, aku tak tahu nak dijadikan apa dengan bukit-bukit emas dirumah aku tu. Aku tak mahu simpannya di bank. Sebab nanti, ramai manusia-manusia jelek akal budinya dengki pada aku. Aku tidak mahu mereka semua berdosa. Kerana Esis sayang kamu.

Berbalik semula kepada cerita asal. Disebabkan emas yang berbukit, lalu aku salutlah semua perabut, perkakasan rumah aku dengan emas. Termasuklah pakaian dan baju-baju kecik kami. Aku dan kami sayang sangat perabut, perkakasan rumah dan pakaian mahupun baju-baju kecik kami.

2 malam yang lepas, kami dengan suci hati letakkan tong sampah yang bersalut emas (tosamas) di luar pagar rumah. Demi memudahkan insan-insan mulia mengosongkan bahan yang tidak diperlukan daripada "tong sampah emas" (tosamas) tersebut. Yang menghairankan kami, 2 malam lepas, alahai....... tosamas kami ghaib!

Sekali lagi, dengan suci hati, aku dan kami menyeru, pulangkanlah semula tong sampah tersebut. Kami merinduinya. Sungguh. Walaupun rupanya kacak dan hitam. Ambillah emasnya sahaja. Kami kaya. Emas kami banyak. kalau tak cukup mintaklah!

Kami merinduinya......... "seperti sang pencinta merindui cintanya". Sungguh..........

13 comments:

kingbinjai said...

laaa tong sampah pun nak curi ke?

Azhar Ahmad said...

Sang pencinta yang merindui pencintanya? Macam penah kudengar ayat tuhhhh di suatu blog yang hening! Ekekekekes

OP Zaharin said...

hehe tong sampah pun ada value skrg.
terima kasih datang ke laman seni esis :)
hujung bulan GJ mungkin buat aktiviti berkelah. joinlah!

KAMATO said...

Mamang bernilai tong sampah, kalau takda bende ni majlis bandaran pun keluar saman

Pegawai Khalwat said...

Tong sampah kecik ke besaq?

. said...

tv3 ada buat program jejak kasih lagi tak?

jagoan said...

tukarkan tong sampah itu dengan tong drum :)

Unknown said...

takpa la.. kira halal la tu. beli saja yang lain

Ron97 said...

kata kaya, belilah tong baru
hahahha

Rie said...

kingbinjai,
ghaib la bang. hahaha

Azhar Ahmad,
eh, ye nker. aku ingat aku sorang ada idea tu. haaha

Op,
bro, insyaallah.

KAMATO,
hahaha memang betulll

Pegawai Khalwat,
sederhana jer...

neeziee,
rancangan BERSAMAMU sesuai untuk aku. hahaha

Attoch,
nati aku ganti dengan tempayan jerrr. lalaala

Nizam Rusli,
dude, dah jumpa semula.

Ron97,
hahahha. aku suka yang tu jugak. riiiinnnddduuuu. tapi dia dah balik kepangkuan kami .hehehe

tuan tanah said...

saya tak percaya.
siapa Esis?
majistret? lawyer? doktor?

hahaha :p

Rie said...

tuan tanah,
tak percaya hahahaha. kamu pandaiiii. hahahaha

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. First security loan rates pda pocket pc Ford sportlite Shammerock saab Pros cons meridia Boating webster massachusetts Zoloft migraine home insurance Pittsburgh slots 2006 Contemporary upholstered chairs in geometric patterns colon cancer new drug