Wednesday, August 23, 2006

Katil-katil sang popular

1993. Belakang blok B asrama, sekaki dari longkang kaki lima. Tiga depa dari dinding yang berlumut berlendir, belakangnya bilik bertandas 20 pintu. Awas! hanya 3 sahaja bersiram.

Haruman ketul-ketul hitam keras di 17 pintu tandas, berlatar belakangkan kehijauan keperangan dinding bermukus memekat. Terpeluap perlahan-lahan mendampingi angin kering. Menerobos jejaring besi karat di atasnya yang hanya 6 kaki tingginya. Keluar. Halaman belakang. Kami.

Haruman likat tidak mampu menerawang ke udara. Lantas, hanya berlegar di kaki lima seluas 3 depa itu. Menemani kami. Huh.

Enam sekawan sedia berprojek. Menunggu saat dan ketika. Pendi-Kula memberi arahan, "Epol, jaga line." Separuh berbisik. Tegas. Aku dengan Aki mula hidupkan api seperti biasa. Ini bukan projek pertama kami. Kayu api dan jaring selebar 2 tapak tangan telah Sam sediakan awal. Isang-Kula mula menggaram kunyitkan 2 ekor Ikan Tongkol yang kami kidnap. Dari dapur dewan makan, lepas magrib tadi. Nasi putih, kami tapau seawal 6 petang selepas makan malam. Panggang Tongkol mula membakar berasap putih berkepul-kepul. Harum baunya. Sedap. Sinonim tekak kami.

"Pendi, aku nak gi berak jap la. Line sapa nak jaga?" Pinta Epol. "Pegilah! line malam ni ok kot." Pendi-Kula yakin.

2 minit kemudian. Memancar cahaya menyilaukan mata.

"HA!! APA KAMU BUAT KAT SINI?" Tengking ketua warden. Suara cikgu Khalid Jendul, sekelip mata menerobos urat saraf kami. Dengan rotan berdiameter 1 inci, panjang 1 depa dilibas-libas di atas kepala kami dengan kuat. Zzzuup Zzzaap. Zzzuup Zzzaap. Zzzuup Zzzaap. PAAAANNNG!!!! rotan ke dinding. Air lumut hijau pekat terpercik baju kami.

Kami semua menggigil. Muka tersenyum kelat. "Kebas la bontot aku malam ni," getus hati aku. Dalam serba ketakutan, suara kami keluar menggigil meleleh dari kerongkong. "Kami lapar cikguuuu...,." "Petang tadi, lauk *ikan biawak, sayur ada ulat. tekak kami tak lalu." Alasan Pendi-Kula "Lepas prep pulak, memanjang kasi biskut mayat dengan teh O. Lapar lagi cikgu." Aku merayu. "Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." Tiga empat kali kami merintih belas ehsan. Agar bontot tidak terus kasar tebal. Penangan rotan puaka. Ini bukan pertama kali, kami akan diperlakukan.

"SAYA ROTAN KAMU SEMUAAAAAAA!!!!" Tengking cikgu Khalid Jendul macam singa lapar. Bergema. Satu blok seperti 40 malaikat melintas, bersimpang siur. Sunyi. Sepi. Kriiiiiieeeettt Kriiiiiieeeettt. Hanya sang cengkerik berani.

"Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." "Kami lapar cikgu." tiga empat kali kami berlima merintih belas ehsan.

"ISANG-KULA IKUT SAYA! YANG LAIN TUNGGU SINI!!!!" Perintahnya. Kami akur.

2 minit, Duup Daab, 5 minit, Duup Daab, 7 minit, Duup Daab, 10 minit Duup Daab, 13 minit Duup Daab.... jantung kami berdegup. "Cilakak, Epol selamat." Keluh Sam geram.

15 minit Duup Daab, "Woi!! Khalid Jendul kasi kita lauk ayam merah, sawi goreng, nasi putih lagi.... dari rumah dia" Sergah Isang-Kula setelah menjengah sebalik dinding. Girang. "Waaahahahaha kenyang kita malam ni. Terima kasih cikgu" Jerit kami ramai-ramai, girang kanak-kanak riang. Tahu dia tak dengar.

"Woiiii korang, tinggalkan aku sikit, aku nak jugak." Suara bergema milik Epol terngiang-ngiang dari sebelah dinding. Bilik bertandas 20 pintu. Ketul-ketul hitam keras di 17 pintu.

Kami pura-pura tak dengar. Makanan kami telan. Lahap. Berulamkan haruman tambahan. Ketul-ketul dan cecair Epol di dinding sebelah.

Selera.

Malam masih muda. Warga lain sudah mula beraktiviti di katil sediri atau katil-katil sang popular. Sebelum cahaya hilang. Bunyi ketawa kecil kami berlagu bersama bingit sang cengkerik. Kriiiiiieeeettt Kriiiiiieeeettt Kriiiiiieeeettt. Bersahut-sahutan.

*ikan cencaru

20 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Cikgu Khalid tu memang betul2 jendul ke...?

Anonymous said...

hahahahaha...best btol bila kena rotan dgn cikgu...dulu aku selalu kena..hahahahaha

JBM8141 said...

ikan biawak???? hahaha ini first time aku dengar. biasanya ikan jeket.

Nazri said...

Ohh

Aku pernah alami pengalaman hampir serupa.

13may said...

Lepas makan tuh ada isap rokok dak?
Baru rock sikit..nikmat2....huhuhu....

Kemat said...

masa dok asrama dulu rajin gak wat projek panggang memanggang nie..abis locker kayu jadi bahan api..wah cikgu khalid itu memang best

BooK said...

haha
apsal macam geli je aku baca post ni?

zwitterion said...

cikgu khalid best..marah sbb korang buat salah, tp kemanusiaan ttp ada..eii, mesti x leh lupa no kenangan mcm ni..

Si Fakap said...

yeh yeh.

kalau rotan lepas tu dapat makan lagi best, feel skit!

hahaha

Anonymous said...

kena rotan
dapat makan sedap.
huhu..

Sunan_Jati said...

cerita betuika cerita rekaan ka cerita sains fiksyen nie... hehehhehe.. Apa2x pun
Good story... hingga jilat jari...
heheheh!

Rie said...

blackpurple,
silau la mata, haha. tapi he is da great teacher. sungguh.

ND,
tak terkira kau tahan bontot masa public canning. waaa malu tp bangga.

JBM8141,
kat hostel aku je panggil ikan biawak. akutau hostel lain panggil ikan jeket. hehe

vovin,
join da club..

13may,
aku tak isap. bos aje yang isap, tp kat port lain pulak. hahaha

kemat,
kayu api aku tu pun dari class room. kerusi meja kayu. hahaha

BooK,
haha. kamu paling sensitif. penghayatan yang tinggi.

zwitterion & fakapunch,
(kamu berdua sesuailah)
:)
tapi malam tu bontot kami selamat

neeziee,
dapat makan aje la malam tu. hehe

Sunan_Jati,
bro, agak2 kamu?

kingbinjai said...

ha ha cian epol

Anonymous said...

hahaha... nasib baik warden tu simpati kat korang..

Anonymous said...

lain kali goreng telur atas sterika jer
hilanglah lapar

zino said...

patut le anak aku kat asrama tu minta aku datang setiap hujung minggu bawa makanan bes bes..

rupa2 nya di asrama makan ikan biawak je.. hehe

Amanitium Cho said...

aku kat asrama dulu makan chicken chop, pergh sedap. tadek masa nak gi meminta kat umah warden. haha

faizalnizam said...

asrama - sebuah kenangan terindah

Anonymous said...

Ummmm..... aku jarang nak buat camtu.... Selalunya fly jerrrr

Rie said...

kingbinjai,
dia ras la sikit makanan tu. haha

Orochi,
simpati kat buntot kami

ron97,
sterika guna nak masak air.

zino,
jadilah bapak prihatin, hehee

amanitium,
jangan nak pedaah.

fakhrul,
terindah tak terrucap

Sleepless,
ikan ada ulat pun aku pernah jumpa. hahaha. aku kuis tepi jerr

Azhar,
Fly nak beli rokok aje atau main game kat bandar. huhuhu