Selalunya dalam hati.
"aduh, jem lagi pagi ni" atau "tension betol aku, pagi petang jem" atau "ikut jalan tu jem, jalan ni pun jem jugak" atau "apasal la jalan kat Pandan ni buat cam ni, memang la jem, bangang tul la"
Setiap pagi dalam perjalanan dari Seri Kembangan ke Wangsa Maju atau setiap petang dalam perjalanan pulang pasti jem dan pasti ada kemalangan berlaku. Sekurang-kurangnya, pasti ada sisa-sisa pecahan cermin yang bersepai di atas aspal atau motosikal tersadai di tepi jalan.
Dalam keadaan tertekan, tension dan stess, emosi kita tidak stabil. Marah, geram, bengang, bengong berkeliaran menerawang sebebas-bebasnya dalam tubuh menjadi parasit. Memakan, menghisap dan memusnahkan kesabaran, kesantunan dan budi pekerti kita. Hanya kerana satu, iaitu JEM!
Jadi sifirnya seperti ini: JEM = MARAH X SUMPAH SERANAH
Walau apapun untuk keselamatan kita di jalanraya, memandulah dengan berhikmah. Jangan buat pemandu lain sakit hati atau marah kepada kita. Bayangkan kalau 40 orang sumpah seranah kita....
Tidak mustahil bala menimpa kita.
Bak kata Ayah Ngah aku, di jalanraya dapatkan doa orang, bukannya sumpah seranah orang. Barulah selamat. Insyaallah.
18 comments:
Asal nama tempat tu Pandan mesti 'jem'.... MRR2 kat Pandan Indah tu pun sama..... arghhhhhhhhhh...
Satu lagi tempat JEM paling hapening. Sg Buloh. Sesaper nak berbulan madu dlm kete boleh try jalan nie.
minggu ni cuti sekolah kurang sikit jem belah pagi.. tapi petang tak tentu.. maybe jem lebih teruk dari biasa... pasal sg. buloh.. mujur ada gce.. tak perlu lalu sg buloh tapi kena sedia tol lebih ahh
untungnya hidup di kampung.. lalala...
hitamungu,
indah, dengan deretan kereta. hek
kem,
wow, pasangan cintan yang bergelumang suka kat situ. hehe
lan rumba,
dalam ekonomi dipanggil kos lepas. pilih, pilih.
Sikonit,
lalala... best tenang.
kita memandu berhemah, dan jgn maki org lain..boleh ke?
InsyaAllah boleh...
tp yg tak tahannya, kita tak langgar org, org langgar kita..apapun dh takdir..huhu
gunakanlah pengangkutan awam.. ha ha ha....
bila cuti sekolah ni macam dah set dalam kepala.. keluar lewat sikit pasal tak jem hehe
tapi masaalah nya bila lewat tak sempat nak sarapan lelama dengan mem.. sibuk dia suruh kita cepat.. mana nak dapat nikmat hirup nescafe tu.. hehe..
petang tadi, on the way balik pun jem... hmm... pagi tadi baru je order jem tart kat sowang kakak ni... tingin ler...
naik moto la...boleh cilok2....sempoi sempoi:)
esis, lain kali bawak roti sekali
klu aku bawak:
i. ipod nano
ii. mp3 modulator
iii. laptop
iv. main ps2 dalam keta
time jam tart nenas tuh
tat nenas takde ke?hehe.
kau bukan pakai rxz ke esis? aku macam pernah baca dulu... dalam blog kuncihilang kot. kat maybank. aku rasa aaa.
kalau betul kau pakai rxz, ape chuak jammed? heh.
tat nenas? raya dah dekat dua bulan lagi.
kereta+jalanraya adalah antara sumber penyakit tekanan darah tinggi di malaysia ni... kan?
cik esis....
kambing business...
sedekah kt saya bila pulak...
darah tinggi orrrr....
zwitt,
huhu, jangan pejam mata.
Oroc,
hehe.
zino,
bangun awal la bro. haha
Sastri,
raya 2 bula lagi sis
13,
bercita-cita aku nih. belum dpt lagi. yang baru
kingbinjai,
haha. selalu aku makan roti dalam keta. jem straberry. haha
Led,
public transport ok la bro. nak jual ps2 kat aku@
neeziee,
tat nenas? raya ada la. haha
amanit,
rxz aku adik aku pakai. tu pakai masa study kat bangi dulu 4 tahun lepas.
Romantis Selatan,
aku suka kerepek aje.
JBM8141,
semua penyakit. termasuk penyakit poket dan walet.
ashwad,
muda2 dah ada darh tinggi. malam2 buat apa? lalalalalala
Post a Comment