Tuesday, January 30, 2007

Untuk Apa?

Apabila tiba saat dan ketikanya, bosan pasti mengundang. Adakah ini hanya berlaku pada aku sahaja? Bukan tiada yang ingin di nukilkan, tetapi hati telah jemu. Begitulah aku & laman ini.

Inilah nikmat dunia. Pasti ada garisannya.

Aku sedang mencari-cari, mengintai-ngintai semula keghairahan dan kenikmatan yang aku kecapi dahulu. Atau aku harus kembali ke permulaan segala jadi. Merakam semula nikmat ini.

Sesekali terlintas sesuatu di sanubari. Untuk apa aku di sini.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ceeewaaaahhhh jiwang gila..... hahahahahaha.

*INI IKLAN BUKU ISTIMEWA*

Miliki MASUK BARISAN daripada saya!! RM23. Termasuk gaya pos. Depositkan RM23 dalam akaun MAYBANK 162263168918 dan emailkan tarikh & no. resit kepada; esis_rie[at]yahoo[dot]com.
Maklumat lanjut tentang buku, sila KLIK1 atau KLIK2
Harga istimewa bagi kamu yang pandai tawar menawar......

Thursday, January 18, 2007

Edisi # 2

"Sesegar Haruman Hutan Hujan Tropika"
[ Zine terbaru keluaran clan Nara Yuda. Maklumat lanjut sila klik ]

Monday, January 15, 2007

Tidak Seranum

Beberapa hari ini aku rasa meluat, mual, menyampah dengan "suka ati aku..?". Mungkin kini ia sudah tidak segebu, seranum & se-seksi dahulu. Mungkin.....

Jadi, akan aku make-up dia atau aku bersihkan jiwa aku.
Supaya kalbu aku kembali sesuci dahulu. Ketika aku pertama kali berkenal-kenalan dengannya.

Dan.

Aku fikir "suka ati aku..?" menjadikan segala pandangan aku panas.

Friday, January 12, 2007

Monday, January 08, 2007

Hitler dah bilang...

Penipuan secara terang-terangan mudah dipercayai oleh rakyat. - Hitler.


1. Walaupun ramai yang mengeluh dengan kenaikan itu tetapi mereka sedar kenaikan tol itu adalah perlu kerana mereka mendapat kemudahan infrastruktur kelas pertama.

2. Bagi pihak kerajaan pula, kenaikan itu akan membolehkan wang subsidi ke atas kadar tol yang ditanggung oleh kerajaan selama ini dapat dikurangkan dan penjimatan itu dapat digunakan untuk faedah seluruh rakyat.

3. "Sebelum ini, menerusi beberapa langkah penstrukturan semula dengan beberapa syarikat konsesi, kerajaan telah menanggung beban dan kita bayar beberapa juta ringgit bagi pihak rakyat." - Samy Vellu

**Utusan. KLIK1, KLIK2, KLIK3. **GEMPAR!!


Penipuan secara terang-terangan mudah dipercayai oleh rakyat. - Hitler.

Friday, January 05, 2007

Hehe.. Tol Lagi

Yang saya tahu beberapa lebuhraya tol-nya akan dinaikkan 30 sen mulai 1 Januari 2007. Yang saya tahu.

30 Disember 2006. Pulang beraya ke Pahang dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.
Tol Gombak = RM 4.00
Tol Karak = RM 2.50

2 Januari 2007. Kembali semula ke Kuala Lumpur dari Pahang melalui Lebuhraya Karak.
Tol Karak = RM 3.00
Tol Gombak = RM 5.00

Yang saya tahu beberapa lebuhraya tol-nya akan dinaikkan 30 sen mulai 1 Januari 2007. Yang saya tahu.

** Adakah jurutol menge-pau saya?