Monday, December 25, 2006

Mari Belajar Mengira

"Tol akan dinaikan .30 sen sahaja mulai 1 Januari 2007." Kata pemimpin yang kita pilih sebab tiada pilihan lain yang lebih layak.

BERAPAKAH KOS HIDUP KAMU, YANG AKAN BERTAMBAH TAHUN DEPAN?

.30 sen X 2 (kali sehari pergi/balik kerja) X 5 (hari seminggu) X 4 (minggu dalam sebulan)

= RM 12.00 (Adakah nilai ini banyak bagi kamu?)


JIKA SEKARANG KAMU MEMBAYAR TOL SEBANYAK;

RM 1.30 X 2 (kali sehari pergi/balik kerja) X 5 (khari seminggu) X 4 (minggu dalam sebulan)

= RM 52.00 (Adakah ini nilai duit yang kamu bazirkan sekarang?)


MULAI 1 JANUARI 2007

RM 12.00 + RM 52.00

= RM 64.00 (Adakah kamu sanggup membayar sebanyak ini setiap bulan?)

*p/s: ini adalah kiraan paling minimum

******

Kamu masih tidak faham apa yang ingin aku sampaikan? Itulah sebabnya, dari dahulu aku cakap Rakyat Malaya ni kaya! Hidup dalam Zon Selesa. Dan aku tahu, mesti ada yang tak setuju dengan aku. Hahahaha

25 comments:

Anonymous said...

yolah kaya kayap ada laa

Anonymous said...

ada angin² yg bertiup mengatakan harga petrol nak dinaikkan. Akan diumum malam tahun baru ni. Mintak² tidak la.

Anonymous said...

naik motor tak payah tol. kereta simpan buat hiasan. :)

zwitterion said...

emm...kesian kamu semua. tempat keje aku, memang bebas dr tol..aku byr tol. 1 minggu skali jer, itu time blk kg..

zino said...

bersyukurlah.. kita masih lagi menikmati hidup yg selesa di negara ni.. tak ada huru hara tak ada perang macam saudara kita di Pelastin Iraq Afganistan dan sebagainya..

cuba bayangkan orang yg lebih susah dari kita.. bukan tak mampu bayar tol .. nak naik kereta pun tak mampu..

Amanitium Cho said...

dude, kadar itu ialah antara kadar yang termurah di dunia dude.

ha ha ha ha ha ha ha. bunyi ayam berkokok yang sama tiap kali berlaku kenaikan harga.

Anonymous said...

Pakat naik moto leh jadi 'free rider'. Apapon rakyat mesia mmg kaya..

Anonymous said...

dude, kalau tak kaya, rancangan realiti tibi tu takkan berjaya.
malam tadi pun entah berapa banyak yg didermakan ke kantung taikun-taikun yg lahap itu.

Anonymous said...

huh.. kaya sungguh..

Rie said...

kingbinjai...
eh. bukan ke?

Pa'chik...
bukan lagi angin tapi ribut.

kel@mbu...
semua jadi mat remmmpiiittt :)

zwitterion...
bertuahnya hidup kamu..

zino...
bukan tak bersyukur. tapi apa salahnya jika luahkan rasa tak puas hati.

kamu kaya memanglah.

amanitium...
haha. kokokan akan terus berlagu selepas ini dengan kokokan yang sama juga.

Fuad...
hahaha

Pa'chik...
kan aku dah kata orang malaya kaya..

Orochi...
sungguh, sungguuuhh..

bluecherry @ fai said...

wat camno.. tak bayar tol tak kuar gi keje laa gamaknya..

Anonymous said...

hmm..aku sesungguhnya speechless. Tp itulah pilihan rakyat tanah melayu. apo nak dikato. mujur aku x pakai keta. tp tiket balik kg pun musti akan naik gak huhu.. kayaP..kayaP..

Azhar Ahmad said...

Tehehehehe, memang selesa... Kalau dibandingkan dengan India, tidak selesa berbanding Brunei! Hikssss

INDERA KENCANA said...

Memang hadooooo....

Anonymous said...

Selamat menyambut raya korban & tahun baru

Anonymous said...

Esis, sempena hari raya korban ni, apa salahnya kita berkorban sedikit utk kesenangan taikun² itu. Mereka pun nak raya jugak. Kesian mereka.
Selamat menyambut EidulAdha ya.

blackpurple @ jowopinter said...

Naik basikal pulak la lepas ni...

13may said...

selamat hari raya haji & selamat tahun baru 2007...

Anonymous said...

naik beskal pong besh gak.. eheh selamat hari raya aidiladha

Rie said...

SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA BUAT SAHABAT SEMUA.....

blue_cherry...
kita terpaksa

nUrAdDeEn...
percayalah semua barang naik... apabila kos pengangkutan meningkat.

Azhar Ahmad...
hihihi betul betul

INDERA KENCANA...
hadoooo laaa jugakkk.

syed syahrul zarizi...
Selamat menyambut raya korban & tahun baru 2007. semoga kita semua di berkati hendaknya

Pa'chik...
hahahaha betul betul aku setuju...
Selamat menyambut EidulAdha juga.

blackpurple...
hahaha rakyat sihat negara berkat... hahah

13may...
selamat hari raya haji & selamat tahun baru 2007... sama-sama lah kita.

lindosh...
hahaha. selamat hari raya aidiladha juga.

Unknown said...

untung juga tinggal di kampung, tidak perlu mengira tol..

"Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Tahun Baru.."

:D

Anonymous said...

Hahaha! ketawakan rakyat. hahaha!

Anonymous said...

bro, kamu tengah sibuk kira untung jual kambing korban ke?
Atau tengah planning jalan mana yg lebih menguntungkan utk ke tempat kerja?

Anonymous said...

ha ha ha....
tol naik lagi.. konsesi suka ati, rakyat makin tenat & makin parah lagi. itu baru 2007...2008 makin parah, makin pokai rakyat malaya ni. padan muka...pangkah, pangkah lagi.

aku bukan apa... aku cuma sebahagian drp rakyat malaya ni yang bayar rm hampir 10 sehari utk kayakan kroni sape-sapelah. itu belum kira minyak lagi.

apa kata kita pakat tak keluar rumah atau tak lalu di pondok2 tol tu setiap ujung minggu? kita tengok apa akan jadi... kenalah pakat dengan kwn2 korang, sedara mara korang dan yg sewaktu dgnnya. kalau aku sorang tak delah pekdahnya.... amacam, setuju ???

- tonet -

Anonymous said...

Selesa? Bangsa apa kamu ni? Peribumi Malaysia ni orang asli... tu ha orang paling mudah dapat tanah. Melayu pun pendatang apa... Baru sekarang seringgit tu berharga? Kat kampung saya dah dapat nasi sebungkus dan kuih dua biji. HUHU