Friday, July 28, 2006

Botox haram!

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan HARAM kerana:
  • mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
  • memberi kesan sampingan yang memudaratkan pada fizikal serta dalaman.
  • disifatkan sebagai satu penipuan dan mengubah kejadian Allah.

Kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Ini diakui sendiri oleh pakar.

Pengharaman Botox bersandarkan ayat al-Quran dan hadis yang melarang manusia berbuat demikian. Antara ayat yang melarang itu ialah dalam surah al-A'raf ayat 31-32, Surah al- Baqarah ayat 135.

INFO DARI BERITA HARIAN

  1. Botox Ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot wajah.
  2. Kos RM1,500 setiap suntikan.
  3. Sumber Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
  4. Kegunaan perubatan Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.

16 comments:

ZaKiN said...

ekekke..botox haram erk..!! Mana yang dah ber'botox' tuh musti tak tido malam setat ari nih.. Hehehe..

Zac-"syukur apa yang tuhan beri.. tak mungkin ubah lagi"

Romantis Selatan said...

botox. boh toxin. bubuh toxin. bubuh toksin.

Azhar Ahmad said...

Ummmm.... tak athulah knp org suka pakai bontot. opppsss botox

Sastri said...

orang pakai botox mungkin sbb tak dapat nak terima kenyataan yg usia makin meningkat dan kulit dah mula berkedut...

blackpurple @ jowopinter said...

Kereta tua dicat dimodify macamana pun tetap dipanggil ketera tua...

JBM8141 said...

sesungguhnya manusia adalah makhluk yang paling banyak bantahannya...

sinaganaga said...

Suruh mereka cuba guna CLOROX pula! Ha ha.

. said...

lepas ni mungkin kaedah lama kembali popular untuk menghilangkan kedutan.

guna seterika.

Lan Rambai said...

Yg nak pakai tetap akan pakai jugak... dorang peduli apa haram ke halal.. arak terang2 haram pun ramai yg minum apaaa

kingbinjai said...

bakpe la nak botox botox, takde pekdahnya pun. nak cantik tahap mana lagi? esok esok mati jugak! dari sibuk nak botox botx baikla RM1500 tu derma kat palestin ke anak yatim ke, dapat gak bekal ke akhirat esok.

ingat ingat ler, dunia nak kiamat dah

Kemat said...

yg dah terpakai tu insaf laa.. yg lum cuba tu jgn wat x tahu plak dah kne haram botox nie

Rie said...

hahhaha apa2 je korang ni. dah, dah kit sambung kat entry lain :)

ontahsapo said...

lepas ni akan keluar benda lain plak...tunggu jer la...

rudy bluehikari said...

botox digantikan dgn air wuduk....mmg mujarab seh! bersinar sinar dipandang org...

Alpha said...

Botox - botulinum toxin = racun semulajadi paling kuat dalam dunia. Setitik boleh bunuh 50,000 orang. Depa pi guna cucuk muka!

Baik makan botok-botok!

Rie said...

ontahsapo,
HAHA betul macam benda nak rosakkan manusia & nak buat untung atas nak penuhi nafsu.

rudy bluehikari,
mak aku pesan nak awek muda selalulah berwuduk...

Alpha The Kerastangan,
lama tak makan botok-botok. jom blanje.