Monday, April 10, 2006

lapan jam bersama Ayah Kita Bos

aku demam hari ini. tidak tahu kenapa. aku gagahkan diri untuk ke tempat kerja. hanya satu. semata-mata untuk update blog aku ni. tapi aku kerja. betul.

begini ceritanya. selama lapan jam aku menahan perut, menahan emosi kerana mentelaah sebuah kitab. ya, kitab Ayah Kita Bos, semalam. hari ini aku demam. gangguan emosi, aku fikir.

cis! tulisan aku pendek-pendek. terpengaruh tok naga ni.

emosi aku terganggu, tidak tahu arahan mana harus aku ikut. tok naga atau tok rimau. aku fikir jika orang lain pun begitu juga. kedua-dua mereka menggunakan teknik propaganda jenis "Intentional vagueness" iaitu:

"Perkara dan isu umum yang sengaja dikaburkan maklumatnya supaya audien boleh memberikan tafsirannya sendiri. Ini adalah untuk mengelirukan audien dengan menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak tertakrif. Tanpa teranalisis kesahan tindakan mereka oleh audien, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan terhadap permintaan mereka itu. Keadaan ini akan menyebabkan audien memberi tafsiran mereka sendiri. Oleh itu, dalam percubaan untuk "mencipta" propaganda, audien akan membuat penghakiman terhadap idea-idea yang disampaikan oleh mereka."

cuba anda fahami kata-kata propaganda yang mereka tulis dalam autograf mereka ini dalam buku saya.

"baca dengan tertib. jangan gelojoh." - tok rimau
"esis, terus baca! baca terus! tabik." - tok naga

aku confuse! lalala. seorang jangan gelojoh, seorang baca terus! tapi tanpa prejudis aku dah habiskan buku Ayah Kita Bos. yeh! sebenarnya yang paling penting ialah apabila aku baca buku ini. aku dapat menganjakan paradigma pemikiran aku. rupa-rupanya pengalaman hidup sangat menarik apabila di baca semula. bukan hanya pengalaman tetapi pemerhatian hidup juga penghargaan hidup. inilah kekuatan blook ini. segalanya di garap dengan penuh kreatif serta menghiburkan. walaupun ia coretan sedih mereka. lalala.

coretan tok naga. menggunakan "kaedah warna" dalam pembahagian setiap bab. hijau, merah, ungu dan biru. setiap warna melambangkan kehidupan suka dukanya dalam persekitaran hidup yang berbeza. paling aku suka bab merah jambu, ketika beliau bermusafir (?) di Jepun. artikel yang paling aku ingat ialah tentang magis emak mayuki. aku terfikir nak buatlah magis ikan kembung tu. aku nak lawan tok naga. mesti aku punya magis menjadi.

coretan tok rimau. menggunakan keindahan tubuh badannya dalam pembahagian artikel. ekor, taring, misai dan kuku. walaupun ia bahagian kecil pada tubuh badan dan kurang penting, tapi tok rimau berpendapat agak aneh. sukahati kau lah eik. antara artikel yang aku ingat ialah motor tong. hingga kini aku cuba imaginasikan repa motor tong itu. namun antara tulisan yang aku ingat ialah kata-kata Jimson @ Sulaiman; "untung orang muslim boleh menemui penciptanya 5 kali sehari." "kalau presiden atau jutawan, sorry la nak jumpa dia. sekali sepanjang hayat kita pun belum tentu, kalau tiada kepentingan." kata tok rimau pula.

II.

11 comments:

Abu Irfan said...

dude,

tengok kartun pun boleh demam ke?

kunci hilang said...

tengok kartun takpe. Jangan hentai.

Eh, selama ni saya pernah dengar org baca buku teks je yg sampai demam.

adakah kamu terlalu tertib., atau terlalu gelojoh?

:)

tulip said...

Saya dah puas belek di muka surat kosong tu. Tak jumpa apa pun....

Rie said...

amir mukhriz,
kartun jenis ni lain sikit

kunci hilang,
saya tertib + gelojoh = TERLOJOH

tulip,
anda perlu teliti. ada semut di situ.

Anonymous said...

hang jgn peduli apa yg diorang sign masa autograf tu.
diorang merapu baban jer tu.
hahaha

Rie said...

blackpurple,
fantasi mesti jauh.

sory aku delate Komen ko atas sebab keselamatan.

ron97
dude. ko dapat point aku :) uhhh aku ingat diaorg betul2 maksudkan.

Anonymous said...

Quote Buddha sesuai untuk kau. Baca MAT JAN untuk quote Buddha.

- basri.mygj.net

sinaganaga said...

Esis,
Salah aku juga. Sepatutnya aku tulis, "Esis, 'baca' terus, terus 'baca'!

:)

sinaganaga said...

Dude,
Minta izin utk terbitkan sebahagian daripada ulasan kau. Untuk di terbitkan di media elektronik atau media cepak. :)

Tok Rimau said...

Kau dapat teka motif aku. Lain kali akan aku kodkan mesej aku dalam teka-teki. Biar susah diungkai.

Rie said...

basri,
aku da baca quote buddha tu. ia hanya sesuai untuk Mat Jan.

tok naga,
silakan, silakan.

tok rimau,
haha. tok, aku suka teka-teki.