Friday, March 02, 2007

Entah

Op: kau dah kena tag. jgn lupa tengok kat blog aku. - via YM
esis: ok bro. - via YM

Minggu lepas aku telah ditag oleh OP untuk menulis tentang keganjilan diri aku. Sebenarnya aku tak suka melayan tag. Hehe. Sombong sungguh. "Ampun OP". Tapi minda separa sedar aku meransang serebrum untuk memenuhi permintaan ini... dan inilah 6 keganjilan diri aku;
  1. Aku tetap berpendapat Rashid Maidin, Abdullah CD, Kamaruzzaman Teh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin Helmi perlu mendapat pengiktirafan yang lebih baik. Ini adalah untuk mengenang jasa besar mereka dalam pejuangan menentang imperialisme. Sejarah perjuangan mereka patut mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku sejarah sekolah.
  2. Wajah dan perwatakan aku tidak menggambarkan usia aku yang sebenar. Kamu faham? Hahaha. Baiklah, aku akan gunakan bahasa yang lebih mudah. Wajah aku lebih muda daripada usia aku. Emmmm...............
  3. Entah! Aku pun hairan, kenapa tiba-tiba aku sukakan kambing? Kamu rasa kenapa?
  4. Dua Jumaat lepas, kami terjumpa bangkai Ular Lidi. Kering di atas aspal. Hassan menceritakan bahawa suatu ketika dahulu ular merupakan haiwan yang paling banyak kaki. Oleh sebab itu juga, ia merupakan makhluk yang paling cantik di Syurga. Lebih cantik daripada Merak, lebih indah daripada Cenderawasih. Namun akhirnya ular dicampak ke bumi. Ini sahaja versi cerita Hassan. Aku paksa-paksa Hassan menceritakan kisah ini sepenuhnya, namun dia manusia yang pelupa. Hingga sekarang aku masih teringat-ingat cerita kontot versi Hassan. Aku mahu tahu versi penuh. Sesiapa antara kamu tahu cerita ini? Ceritalah....
  5. Sebenarnya, aku tidak tahu keganjilan diri aku yang lain. Berhari-hari aku fikir, namun ini sajalah yang aku tahu nak tulis.
  6. Dan keganjilan aku yang terakhir, aku tak suka meng-tag orang lain. Jadi tag ini mati di sini. Hahahahaha.....

Oh, oh, oh.. satu lagi. Aku percaya pada mimpi. Sungguh....

21 comments:

sinaganaga said...

>>>Entah! Aku pun hairan, kenapa tiba-tiba aku sukakan kambing? Kamu rasa kenapa?

Aku teka: Sebab, kemaluan kambing betina hampir sama bentuknya dengan kemaluan orang perempuan? Betul?

Hah, betul ekk...

Rie said...

sinaganaga...

Hahahahahahaaaa.

Apabila Ketua Turus melucah. Secara lazimnya dimaafkan.

Hahahaha

Pegawai Khalwat said...

Percaya pada mimpi?

Mimpi ngeri atau mimpi basah?

awan said...

mana yang ganjil esis? haha.

mungkin ganjil sbb kamu tk rasa ada benda yg ganjil kot.

Unknown said...

owh.. ganjil sungguh engkau ini.. hohoho....

kingbinjai said...

komen aku hilang setelah membaca komen ketua turus

DeeN said...

Naga teka: Sebab, kemaluan kambing betina hampir sama bentuknya dengan kemaluan orang perempuan? Betul?

Esis kata: Apabila Ketua Turus melucah. Secara lazimnya dimaafkan.

King kata: komen aku hilang setelah membaca komen ketua turus.

Aku kata: Woih!! Korang nak kena panah petir ker..????? Hohoho..

blackpurple @ jowopinter said...

Sis, bila kau nak review filem terbaru Amir yang dah di'haram'kan tu...?

Rie said...

Pegawai Khalwat...
hahaha sekarang tak mimpi.

awan...
oh tak ganjil ye. aku ingat dah ganjil sangat ni.

orochi...
eh pulak...

kingbinjai...
ko suka kambing jugak ker>???

nUr@dDeEn ...
King kata: adoi!!

kamu kata: yeeeee yeee

aku kata pulak: aDDooohhhhh!!!!

Naga kata:AMmppuuunnn Adoooiiii adoooiiii tolonggggg Awwwww adduuuuuhhhhh

blackpurple...
oh komunis terakhir tu ker??

zwitterion said...

haha..pelik..pelik.
ko percaya pd mimpi?

sinaganaga said...

Sekretariat Penulis-penulis Blog PENA menganjurkan 'Screening KIRI' bertempat di rumah PENA, pada 10 Mac 2007.

Rincinya - Bukunota akan put up detailnya di forum GengJurnal.

Kalau kami tak sempat nak sediakan makan tengah hari - kami akan sediakan 'teh tinggi'. Ha ha.

Datanglah beramai-ramai.

Oh ya, saya lupa, Sinaganaga akan menjadi pengantara majlis pada kali ini, ya! Psssttt! Jangan lupa bawak kamera!!!!

Sastri said...

hmmm.. Sas pun baru menjawab tag rakan2... memang sedikit sukar kerana rasanya tak byk yg pelik ttg diri ini walau blackie beranggapan sebaliknya... :p

blackpurple @ jowopinter said...

Bukan. 'Apa khabar orang kampung' tu..

Anonymous said...

Memang pelik jumpa bangkai Ular Lidi atas aspal. Itu menunjukkan pemilik aspal tak kuar rumah begitu lama sampai Ular Lidi yang menuunggu di atas aspal tu meninggal di tempat kejadian..

Aku tak tau kesah ular tu..

ahmad said...

Yang no 1 tu aku pun sokong.

Sejarah tu untuk mengajar.Bukan propaganda.

Pa'chik said...

yang ganjil pasal kau tu, kau lah, ada satu saja. Ganjil.

Rie said...

zwitterion...
bukan semua mimpi la. ada jenis2nya.

sinaganaga...
wahhhh

Sastri...
ganjil hanya pada orang saya fikir

blackpurple...
ni kes apa nih...biasalah masa bercintun memang camtu. hohohooo

Fuad...
kamu tau aspal tu apa?

ahmad...
yeeeaaahhh, berhati2 nanti orang cop kamu komunis jugak.. hahaha.

Pa'chik...
tak paham aku..

Anonymous said...

Aspal tu bukan selipar ke? Heh..

zino said...

memang ganjil memang ganjil hehe

alabolebelah said...

mmm blog ni dah berubah warna ...

Anonymous said...

ish2.. mistik.. mistik.. berani tetap berani jugak kan? hehe..