Saturday, May 20, 2006

Tentera Islam Nazi (Handschar)

Tak percaya? Masih tak percaya?

Adolf Hitler (Nazi) menubuhkan divisyen tentera Islam. Divisyen ke13 Waffen Pergunungan SS Handschar (Hanzar). Hanzar adalah parang dalam bahasa Arab. Apa yang menarik, tentera divisyen ini menggunakan tarbus membezakannya dengan tentera Nazi yang lain.

Baca
SINI

Tentera ini terdiri daripada Muslim Bosnia dan Muslim Croat. Namun terdapat juga tentera bukan Islam yang terdiri daripada penduduk wilayah Balkan yang asalnya daripada
Divisyen ke23 SS "Kama" yang dibubarkan. Kemudian diserap masuk ke Divisyen 13 Hanzar ini. Divisyen ini ditubuhkan atas nasihat Mohammad Amin al-Husseini(ca. 1895 - July 4, 1974, أمين الحسيني,) iaitu Mufti Besar Jerusalam, Palestin.

Daripada artikel yang aku baca berkaitan dengan beliau dan divisyen Hanzar, ia ditulis dengan berat sebelah. Ini kerana kebanyakkan artikel tersebut pro barat dan Yahudi. Sangat menarik! Namun rasionaliti kita perlu mengatasi segalanya.

APA KOMEN ANDA!! (BERBANGGA? MARAH? TIADA APA-APA PERASAAN?)

13 comments:

Khalid Jaafar said...

Kerjasama antara Amin Hussaini dengan Nazi telah lama diketahui. Dan ini satu yang sungguh mengaibkan dalam perjuangan Palestin. Satu-satu defense bagi Amin Hussaini adalah beliau tidak tahu Hitler ingin melakukan genocide ke atas orang Yahudi. Beliau membuat hubungan kerjasama dengan Nazi adalah kerana Jerman adalah musuh England, dan England adalah penjajah di Palestin.

Anonymous said...

bagus la info ni.sib baik aku masuk sini.udah ler jarang baca paper.ahaks

blackpurple @ jowopinter said...

Percaya. Pernah mendengar tentang ini..

Bagus kerana anda highlight perkara ini dlm blog....

tuan tanah said...

saya dah lama tak mengendahkan sejarah dunia, sebenarnya.
terima kasih kerana info ini

Anonymous said...

en. rie, kenal orang kat bawah ni sape?? hehehe
http://img129.imageshack.us/img129/1619/pic19gif0jl.jpg

Anonymous said...

komen sy.. Hitler ni seorang opportunist. Dia nampak umat Islam kat kawasan Balkan bermusuhan dengan orang-orang serb yang kebetulan dibawah pengaruh komunis (Partisan Tito). Maka dia amik kesempatan tu nak tubuhkan SS Hanzar. Main point is, orang Islam balkan telah 'diperkudakan' oleh Himmler demi perjuangan Nazi menentang Komunis di Balkan...

Rie said...

Khalid Jaafar,
suatu info yang baik TQ

neeziee,
:)

BP,
TQ

tuan tanah,
tgk da vinci code?

ralfster,
saya tahu gambar tu. emmmmm.

Pegawai Khalwat said...

Salam,
Blog anda telah dilinkkan.

Sorilah kalau link dulu baru minta izin.

Psss.... ada orang menyanjung Hitler tau....

KAMATO said...

bagus maklumat ni, satu perkara yang jarang didedahkan

azlina zabha said...

aku rasa bangga :)

Alpha said...

Satu aje pasal artikel dalam BH tu...penulis kagum pasal tentera udara Croatia dapat tembak jatuh 200 pesawat Rusia dengan hanya kehilangan 10 pesawat mereka dan penulis rasa ini ada kena mengena dengan Handschar. Tapi saya rasa ada fallacy sikit.

Pertama, Eastern Front merupakan shooting gallery bagi pesawat pejuang Luftwaffe dan sekutu mereka. Beribu-ribu pesawat Rusia ditembak jatuh pesawat pejuang Jerman dengan hanya mengalami kehilangan yang kecil. Top ace WW2 semuanya dari Luftwaffe dan masing-masing menembak jatuh lebih 100 pesawat setiap seorang, kebanyakan mereka berkhidmat di Eastern Front.

Dua, Handschar hanya beroperasi di wilayah Balkan menentang gerila Chetnik dibawah pimpinan Tito. Tentera udara Croatia berkhidmat dari Rusia, sehingga kejatuhan Balkan kepada Rusia.

Dan pasal Divisyen itu sendiri, saya setuju bahwa penubuhannya adalah kerana Hitler/Jerman mempunyai kepentingan. Masyarakat Croatia/Bosnia mmg tidak sebulu dengan Serb dan Hitler mengambil peluang ini untuk melaga-lagakan mereka. Dan kerana ketidak sebuluan ini menyebabkan Handschar bertindak ganas ke atas gerila Chetnik yang majoritinya Serb. Tambahan pula divisyen ini membolehkan Hitler meletak divisyen lain untuk menentang tentera Rusia daripada menentang gerila.

Dan diulang lagi, Hitler merupakan oportunis, selain Muslim Bosnia, Hitler turut menubuhkan divisyen-divisyen yang terdiri dari penduduk Rusia yang terdiri dari bangsa Slav (termasuk Bosnians)sedangkan dari awal lagi pencerobohan ke atas Rusia, Hitler telah menyatakan yang bangsa Slav adalah untermeschen (sub-human = binatang).

Anonymous said...

best regards, nice info rhinoplasty widen nostrils State income tax michigan Ma affordable housing lotteries the side effect of taking clomid 2003 freenorton anti virus download Learning and computer Treatments for male hair loss computer mods contests Black pussy pissing on man face hp computer coupon mazda part performance truck

ril3x said...

info yang menarik.