Monday, May 15, 2006

jampi tok aku II

Suatu pagi nan dingin, matahari melimpahkan sinarnya dan sang embun setia di hujung dedaunan keladi.

Aku ditugaskan mengangkat simen yang berat. Bayangkan simen yang berat. Bayangkan.... simen itu berat. Sebenarnya, tugas mengangkat barang-barang berat ini bukan tugas aku, selalunya. Aku memang tak berapa larat. Bukan tak berapa larat. Memang tak larat sebenarnya. Namun aku gagahkan juga. Demi dia, tok aku.

Aku: Tok, kasi la apa-apa petua nak angkat simen besar ni. Berat sangat ni! betul.! (Rayu aku)
Tok: Nampak macam ringan je. Tu lah dari kecik tak mahu tolong buat kerja berat.
Aku: Tolong la tok. Nak terkeluar tahi angkat benda alah simen ni.
Tok: Baca ni. (Tegasnya)


Gagah Ali,
Gagah Isa,
Keluar Tahi,
Tak Terasa.

Aku: ????
Tok: (Senyum)

baca juga:::::>>>>>>>tok aku dan jampinya

16 comments:

gitartong said...

salam. saya baru sampai sini. Saya rasa, tok dimaksudkan bukan merujuk kepada tok rimau kan? haha!

kunci hilang said...

haha. tok memang 'terer'.

tuan tanah said...

haha.
macam-macam :)

dugongsenyum said...

bapak aku pun ada ajar mentera kuat.

O Debata nasangap nabdia
ditopa lagit dohot tano on
mar olop olop aau mamujiho
O Debata sangap doho...

aku bagi seteng je. kalau nak penuh kena bagi pengeras heehehhee

Op said...

haha sekali sekala tok nak berlawak dengan cucu.

tok aku ada kasi petua. kalau nak suara sedap jangan minum ais :P

zwitterion said...

minum milo, anda akan jd sihat dan kuat

esis said...

gitartong,
bukanlah. ni tok special haha.

kunci hilang,
yup. memang

tuan tanah,
:)

basri,
bhasa sanskrit ker tu??

op,
tok kata, jerit kuat-kuat dalam air tempayan. haha

zwitterion,
tok minum susu je

sinaganaga said...

"Keluar tahi, tak terasa."

Ooo, anus dia dah tak boleh kemutlah tu, ooo!

KAMATO said...

niat enson
mata kaji
sumar tilem
- tak payah angkat boleh tebukak pintu gua

Anonymous said...

ha3.....kasihan, tok 'perli' lah tu agaknya. :D

Naimisa

hana kirana said...

ini pula pantun nenek kawan baik saya:

sudah gaharu cendana pula,
beras pulut di dalam cupak,
sudah tahu bertanya pula,
alamat mulut nak kena sepak.

rasa macam nak berguru aje orang tua-tua, memandangkan kualiti bahasa Melayu saya sendiri dah makin teruk :(

ron97 said...

tok hang mmg terer
terer mengenakan hang

blackpurple said...

hehehe..

Berapa berat simin tu esis?
1 kampit? 2 kampit? 3 kampit?

Tok anda memang bijak! hehehe

esis said...

naga,
ooooooooo tidakk

kamato,
haha ye ke

naimisa,
aku rasa la

hana,
pedas tu

ron97,
lain macam terornye tuh

bp,
bang, berat tak kira kampit. kira kilo

ontahsapo said...

orang dulu memang sopan, sampai jampi pun berpantun....

Anonymous said...

Keep up the good work » » »