Wednesday, May 31, 2006

Borak bujang tak teruna

BORAK 1
Aku: Best tak kahwin?

Bujang tak teruna 1: Hahaha, kalau sekarang engkau tau betapa bestnya kahwin, mesti engkau menyesal tak kahwin awal. Kalau engkau tahu, darjah 6 engkau dah kahwin!
Bujang tak teruna 2: Apa pulak darjah 6. Sebelum mak ayah engkau kahwin. Mesti engkau nak kahwin dulu!

BORAK 2
Aku: Kamu dulu hantaran berapa, 7-9 atau 9-11?

Bujang tak teruna 1: Aku? 6-9 terus!
Bujang tak teruna 2: ??? hahahaha.

Tuesday, May 30, 2006

Tentang cita-cita

Dulu cikgu Rafi kata:
"Mendaki tangga kejayaan ni, semakin tinggi semakin baik, tetapi AWAS! Jika jatuh, sakit. Semakin tinggi mendaki, semakin sakit kita rasa. Jika jatuh."

Kata aku:
Cita-cita biar setinggi bintang. Jika tidak mampu MENGGENGAM bintang, kita masih mampu menggengam awan.

Kata aku lagi:
Jika mampu menggengam awan, tinggallah di atasnya. Namun berhati-hatilah, kerana awan adalah awan. Tapi jangan bimbang. Jika terjatuh, kita masih di atas gunung. Tentu kukuh di situ. Masih mampu menggengam awan. masih mampu melihat jurang. Bersyukurlah. Namun cita-cita biar SETINGGI bintang.

Kata Daly:
"Cita-cita aku, nak jadi AGONG!"

Thursday, May 25, 2006

10 minit, ku tewas lagi.

Semalam, ya semalam.
Setelah 11 tahun di arena lain. Kali pertama di arena itu. Pertama kali.

Ini bukan kali pertama. Terakhir 11 tahun dahulu. Bertahan hanya 10 minit pertama. Badan berpeluh dingin. Yang tadi tuntas kini pasrah.

Jantung berdegup kencang.
Darah mengalir pantas.

Aku di luar terlentang. Tidak sanggup rasanya untuk bertahan.
Pandangan berbalam-balam. Namun aku puas. Tadi. Ya, tadi.

Ahhhhhh hatiku tak keruan. Badan menggigil. Terus gerak kakiku sepantas mungkin. Takkan aku lepaskannya di arena itu.

Pintu ditutup kedap. Pastikan posisi terbaik. Persediaan. Sandarkan kepala ke dinding itu. Beralaskan lengan. Kelopak mata rapat. Menunggu saatnya. Sekali-sekala ku buka jua. Renungan pasti ke bawah.

Dan akhirnya.... Saat yang ku dambakan.... hahaha. Girang tapi malu.

Uweeeeeeeeeeeeeeek uweeeeeeeekkk
Aku tewas lagi. Hanya 10 minit pertama. Tadi tuntas. Tadi cergas.

Aku muntah.
Uweeeeekkkkkkkkk uweeeeekkkkk.
Dalam tandas. Aku terpaksa.
Uweeeeeeeeekkkkkk lagi. Peluh dingin turut menitik. Hahahhaha.
Lagi, lagi dan lagi. Hahahahhaa

Pertama kali main futsal. Inilah akibatnya ;)

Saturday, May 20, 2006

Tentera Islam Nazi (Handschar)

Tak percaya? Masih tak percaya?

Adolf Hitler (Nazi) menubuhkan divisyen tentera Islam. Divisyen ke13 Waffen Pergunungan SS Handschar (Hanzar). Hanzar adalah parang dalam bahasa Arab. Apa yang menarik, tentera divisyen ini menggunakan tarbus membezakannya dengan tentera Nazi yang lain.

Baca
SINI

Tentera ini terdiri daripada Muslim Bosnia dan Muslim Croat. Namun terdapat juga tentera bukan Islam yang terdiri daripada penduduk wilayah Balkan yang asalnya daripada
Divisyen ke23 SS "Kama" yang dibubarkan. Kemudian diserap masuk ke Divisyen 13 Hanzar ini. Divisyen ini ditubuhkan atas nasihat Mohammad Amin al-Husseini(ca. 1895 - July 4, 1974, أمين الحسيني,) iaitu Mufti Besar Jerusalam, Palestin.

Daripada artikel yang aku baca berkaitan dengan beliau dan divisyen Hanzar, ia ditulis dengan berat sebelah. Ini kerana kebanyakkan artikel tersebut pro barat dan Yahudi. Sangat menarik! Namun rasionaliti kita perlu mengatasi segalanya.

APA KOMEN ANDA!! (BERBANGGA? MARAH? TIADA APA-APA PERASAAN?)

Monday, May 15, 2006

jampi tok aku II

Suatu pagi nan dingin, matahari melimpahkan sinarnya dan sang embun setia di hujung dedaunan keladi.

Aku ditugaskan mengangkat simen yang berat. Bayangkan simen yang berat. Bayangkan.... simen itu berat. Sebenarnya, tugas mengangkat barang-barang berat ini bukan tugas aku, selalunya. Aku memang tak berapa larat. Bukan tak berapa larat. Memang tak larat sebenarnya. Namun aku gagahkan juga. Demi dia, tok aku.

Aku: Tok, kasi la apa-apa petua nak angkat simen besar ni. Berat sangat ni! betul.! (Rayu aku)
Tok: Nampak macam ringan je. Tu lah dari kecik tak mahu tolong buat kerja berat.
Aku: Tolong la tok. Nak terkeluar tahi angkat benda alah simen ni.
Tok: Baca ni. (Tegasnya)


Gagah Ali,
Gagah Isa,
Keluar Tahi,
Tak Terasa.

Aku: ????
Tok: (Senyum)

baca juga:::::>>>>>>>tok aku dan jampinya

Wednesday, May 10, 2006

matahari terbit

matahari akan terbit setiap pagi di ufuk timur
terpulang kepada kita
samaada untuk melihatnya atau tidak.

atau dengan SIAPA kita melihatnya


(...wow romantik...!)

Thursday, May 04, 2006

NOKIA 10 Ringgit

Lokasi: kedai runcit di Simpang Jengka 6, Pahang
Pelakon 1 (tuan kedai): Wan
Pelakon 2 (pembeli kad top up prepaid): Lelaki tua

Babak 1
Wan: nak beli apa pak cik?
Lelaki tua: nak beli kad isi duit telifon ni.
Wan: top up apa pak cik? nak yang berapa ringgit?
Lelaki tua: NOKIA 10 Ringgit.
Wan: ?????

Babak 2
(Wan memberi penerangan. Lelaki tua tetap bertegas)