Friday, April 28, 2006

Socrates berumah kecil.


suatu hari Socrates membina sebuah rumah untuk dirinya. setelah rumah idamannya siap dibina, maka datanglah beberapa orang kenamaan dan ahli falsafah melihat rumah yang dibinanya. kemudian salah seorang daripada orang kenamaan itu menegur;

"rumah yang tuan bina ini, terlalu kecil berbanding dengan kami. kenapa tuan membinanya sebegini?"

Socrates lantas menjawab dengan tenang lagi berhikmah.

"benar, rumah yang aku bina ini kecil daripada kebanyakan rumah tuan-tuan. namun, ia sudah memadai untuk menjadikan saya BAHAGIA, jika saya dapat memenuhinya dengan sahabat-sahabat yang jujur dan setia."

Monday, April 24, 2006

jampi tok aku

dulu pernah sekali aku jatuh (sebenarnya dijatuhkan) dari tingkap rumah tok aku (my grandmother). cuk (pak cik aku), tolak aku secara sengaja. seingat aku ketika itu, kami main sembunyi-sembunyi. jadi bila tiba turn aku bersembunyi, aku menyorok pada sebuah tingkap. jangan hairan..., tingkap itu tersembunyi sebab ditutup dengan sebuah tilam besar berwarna pink, yang disandarkan pada tingkap tersebut. jadi aku duduk antara birai tingkap dan dibelakang tilam. tempat paling strategik untuk aku masa tu.

selepas lama mencari aku, dia ternampak aku bergerak-gerak umpama kucing di belakang tilam. namun dia tetap tahu, sebab aku lebih besar daripada kucing. haha. lantas dengan hati yang riang dan geram selepas lama mencari aku, Cuk ambil lajak..... dengan larian yang sepantas mungkin...., sambil berlari dia menghulurkan tangannya ke depan.....,terus menolak dan melonjakkan aku yang berada di belakang tilam itu keluar dari tingkap rumah!. jatuh!!

apa lagi......... aku menjerit aaaaaAAAAARRRRRRRHHHHH....... prappppp pap pap (bunyi badan bergesel di dinding rumah) dan akhirnya DUBBBBBB. aku jatuh betul-betul mendarat di tepi air kumbahan bawah dapur rumah. (bayangkan rumah kampung dengan tiang setinggi 5 atau 6 kaki). apa yang menyedihkan, bontot aku betul-betul menghentak atas bucu bata merah dan dengan sepantas kilat, aku terloncat kerana celahan bontot aku sakit amat. bukan setakat meloncat pantas bangun, tetapi aku terus berlari memanjat tangga kayu dan naik ke rumah semula, dengan pantas sambil meraung-raung geram menangis. perasaan marah aku membuak-buak pada Cuk. badan dan lengan aku pedih calar balar kerana bergesel dengan dinding rumah sebelum terhempas terduduk menghentak di bucu bata merah yang bertuah. ishhhh.

aku terus menerus meraung girang dengan marahnya. tapi aku tak tahu nak buat apa disebabkan kesakitan aku di situ. ya, betul di situ. ishhh lagi. juga agak takut pada Cuk sebab dia besar bertitle "pak cik aku".

yang paling menyedihkan aku apabila Cuk gelakkan aku. KELAKAR katanya sambil gelak terkekeh-kekeh dan melompat-lompat tanpa belas kasihan. zalim. kelakar sebab aku meloncat bangun dan berlari terkengkang-kengkang dengan pantas mendaki tangga kayu dengan raungan yang melolong ke atas rumah.

mintak belas kasihan Tok dengan muka yang paling sedih, duduk sebelah bontot di atas bantal. esakkan dan raungan aku kadang kala berselang seli. sambil tangan kiri mengusap bahagian yang sakit dan tangan kanan mengesat air mata. bibir aku muncung menjuih geram menunjuk pada Cuk yang gelak sambil menahan-nahan kencing, kelakar gelakkan aku. zalim amat. nasib baik masa tu aku tak berdoa. sebab doa orang yang di zalimi makbul. huhu.

Tok datang bawak minyak afiat dekat aku. dia membebel-bebel marahkan Cuk. (aku puas, dendam terbalas). dia mengusap dan melumurkan bahagian yang cedera di badan dan bontot aku dengan lembut. sambil mengusap dan melumur, dia membaca jampi(?), bacaannya;

tukul takal sebalik pintu
orang nakal memang begitu

tukul takal sebalik rakit
orang nakal kuat sakit

hati aku sejuk, sakit aku kurang, bukan sebab ubat, bukan sebab jampi(?). tapi di sebabkan sentuhan seorang nenek. ya, aku pasti.

malam itu aku takut nak balik rumah. takut berjumpa abah aku. nanti kena marah lagi. namun aku terpaksa menerima kenyataan. wwwaaaaaaa kena marah lagi. huhuhuhuhhuu.

*moral, jangan terjun tingkap.

Tuesday, April 18, 2006

cerita tentang IKHLAS

semakin lama aku semakin sedih duduk di sini. bila aku fikir-fikirkan sebenarnya tiada apa yang harus aku sedihkan. seharusnya aku gembira dan bahagia. aku percaya, gembira dan semangat itu seiringan. tapi di mana semangat itu? walaupun gembira sentiasa di hati. namun di wajah tidak. aku masih tidak faham apa yang mempengaruhi sebenarnya.

setelah berfikir kira-kira seminggu, baru aku pasti. semuanya akan seiringan dalam kehidupan kita seharian hanya jika kita IKHLAS.

kerana ramai antara kita tidak IKHLAS dalam kehidupan seharian. bibir mengungkapkan IKHLAS, namun sebenarnya tidak disebaliknya.

contoh yang biasa:-
i. ucap IKHLAS bersahabat dihadapan, namun di belakang tetap sinis.
ii. ucap IKHLAS bekerja, namun realitinya seleweng.
iii. ucap IKHLAS membantu, namun di hatinya lain.
iv. ucap IKHLAS menderma, namun di kirinya pandangan.

sebenarnya aku mahu HATI YANG TENTERAM. AMIN

Friday, April 14, 2006

projek blook Jiwa Kacau 2

Salam.
Kawan-kawan yang dihormati,

Projek Buku Jiwa Kacau 2 sedang dalam proses penerbitan. Masih memerlukan sumbangan sdra/i dalam bentuk manuskrip dan kewangan.

Tarikh tutup penghantaran sudah dilanjutkan hingga 31 Mei 2006. Terima kasih kepada yang sudah menghantar.

Di jemput sdra/i menyertai projek ini. Untuk maklumat lanjut sila lawati;

BLOG -
http://jiwakacau.blogdrive.com
FORUM -
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4209
BORANG -
http://www.kroni.biz/basrinmd/jk2/NAMAKAMU.doc

Sdra/i juga boleh email saya untuk sebarang kemusyikan di basrinmdAThotmail.com

Projek JK-2 memerlukan sekurang-kurannya 40 penulis agar projek ini ekonomik. Sokonglah projek ini demi kepentingan bersama.

Yang dah hantar setakat ini ialah:- Azhan, Aqil, Kingbinjai, Elmaaniq, Esis, Superdiman, Kelambu, Naga, Mat Jan, Tok Rimau, Hanafi, OP & Mulan, Tuantanah

Penyertaan sdra/i amatlah dihargai dan dialu-alukan.

"Seorang blogger, satu blook"

Regards,
Basri

//tolong sebarkan maklumat ini. terima kasih//

Thursday, April 13, 2006

kuning si Jongkang Jongket

jongkang jongket merupakan sesuatu yang tidak asing bagi kanak-kanak. kalau dulu diperbuat daripada papan dan berangkakan besi. namun kini jongkang jongket sudah agak selamat kerana menggunakan fiber dan besi. namun mekanisma yang menjongkang-jongketkannya adalah dua buat sping yang besar dibawahnya di kedua-dua bahagiannya. kini ia tidaklah "se-ganas" dahulu. contoh yang aku selalu tengok ialah di tasik sri serdang sebelah gerai makan. pssstt... aku selalu jugak main jongkang jongket tersebut. lalalala. namun jongkang jongket tersebut berwarna merah dan biru. bukan kuning. sorry ye. anda telah di tipu.

okey sekarang serius,

MAT JAN, KENAPA JONGKANG JONGKET KAMU KUNING? KENAPA BUKAN BIRU DAN MERAH? KENAPA TAK SAMA?

emmm sukaati kaulah. namun begitu, tahniah, jongkang jongket telah membawa suatu perubahan dalam medium pembacaan umum. walaupun secara keseluruhan blook ini merupakan catatan pengalaman hidup mat jan ketika bergelar pelajar UiTM, namun diselitkan juga dengan pandangan dan buah fikiran beliau dalam setiap isu yang dibawa dari sudut undang-undang. walaupun secara santai, sinis dan kelakar, mat jan cuba memberi pemahaman pembaca kepada realiti undang-undang secara teori namun praktisnya agak berlainan di sini. tidak keterlaluan jika aku cadangkan jika entry yang menyelitkan elemen perundangan ini dikitabkan semula dan dikenali sebagai; "Kitab Undang-Undang Kuning MJ" hik.

walaupun kita sedia maklum mat jan hanya belajar undang-undang untuk suka-suka @ part time dan menulis blog adalah tugas hakiki beliau. toink*. antara entry yang aku paling ingat ialah entry mat jan gantung sign kat leher dia "AWAS! ORANG GARANG" (dia garang ker?) dan aku suka semua entry berkaitan peristiwa "kemewahan & keselesaan" BAS YAKIN ekspress Puduraya - Alor Setar. aku suka mat jan terseksa. lalalalla

cadangan aku untuk jongkang jongket akan datang;
i. lebih santai untuk dibaca jika di bahagikan kepada beberapa bab.
ii. juga disertakan gambar untuk beberapa entry yang mengulas tentang gambar tersebut. contoh entry 26/7/01 (ke-riak-kan anda terjejas disini kerana kurang dihayati pembaca).

eh! ada semut terpenyek dan dicetak pada mukasurat 26 perenggan ke-4. pandai mat jan bergurau dengan pembaca ye. gelak! gelak! lawak!

Wednesday, April 12, 2006

emm.. dua ayat terakhir

mengikut strategi komunikasi. kita harus menekankan matlamat pemikiran kita atau ucapan kita pada 10 minit terawal dan 10 minit terakhir. ini kerana, menurut kajian sarjana komunikasi, terutamanya dalam bidang pembujukan (persuade) atau pengucapan umum (public speaking), publik akan hanya mendengar, mencerap dan memberi perhatian pada komunikator hanya dalam 20 minit tersebut sahaja. jadi pendahuluan dan kesimpulan (conclusion) pengucapan adalah sangat penting dalam mempengaruhi pemikiran dan tindakan khalayak.

namun begitu dalam penulisan ulasan buku Ayah Kita Bos yang aku buat di bawah. pembaca hanya memberi perhatian pada DUA AYAT TERAKHIR sahaja tentang kartun (Ajan & Rima). kenapa agaknya? emmmmmm... sedangkan isi penting aku pada perenggan pertama sahaja. lalalala.

maaf pada anda yang tidak sempat membacanya. (lain kali selalulah baca blog aku. promosi, promosi.) ayat tersebut telah di delate atas sebab-sebab tertentu. tapi anda boleh menjangkakannya berdasarkan komen di dalamnya.

Monday, April 10, 2006

lapan jam bersama Ayah Kita Bos

aku demam hari ini. tidak tahu kenapa. aku gagahkan diri untuk ke tempat kerja. hanya satu. semata-mata untuk update blog aku ni. tapi aku kerja. betul.

begini ceritanya. selama lapan jam aku menahan perut, menahan emosi kerana mentelaah sebuah kitab. ya, kitab Ayah Kita Bos, semalam. hari ini aku demam. gangguan emosi, aku fikir.

cis! tulisan aku pendek-pendek. terpengaruh tok naga ni.

emosi aku terganggu, tidak tahu arahan mana harus aku ikut. tok naga atau tok rimau. aku fikir jika orang lain pun begitu juga. kedua-dua mereka menggunakan teknik propaganda jenis "Intentional vagueness" iaitu:

"Perkara dan isu umum yang sengaja dikaburkan maklumatnya supaya audien boleh memberikan tafsirannya sendiri. Ini adalah untuk mengelirukan audien dengan menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak tertakrif. Tanpa teranalisis kesahan tindakan mereka oleh audien, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan terhadap permintaan mereka itu. Keadaan ini akan menyebabkan audien memberi tafsiran mereka sendiri. Oleh itu, dalam percubaan untuk "mencipta" propaganda, audien akan membuat penghakiman terhadap idea-idea yang disampaikan oleh mereka."

cuba anda fahami kata-kata propaganda yang mereka tulis dalam autograf mereka ini dalam buku saya.

"baca dengan tertib. jangan gelojoh." - tok rimau
"esis, terus baca! baca terus! tabik." - tok naga

aku confuse! lalala. seorang jangan gelojoh, seorang baca terus! tapi tanpa prejudis aku dah habiskan buku Ayah Kita Bos. yeh! sebenarnya yang paling penting ialah apabila aku baca buku ini. aku dapat menganjakan paradigma pemikiran aku. rupa-rupanya pengalaman hidup sangat menarik apabila di baca semula. bukan hanya pengalaman tetapi pemerhatian hidup juga penghargaan hidup. inilah kekuatan blook ini. segalanya di garap dengan penuh kreatif serta menghiburkan. walaupun ia coretan sedih mereka. lalala.

coretan tok naga. menggunakan "kaedah warna" dalam pembahagian setiap bab. hijau, merah, ungu dan biru. setiap warna melambangkan kehidupan suka dukanya dalam persekitaran hidup yang berbeza. paling aku suka bab merah jambu, ketika beliau bermusafir (?) di Jepun. artikel yang paling aku ingat ialah tentang magis emak mayuki. aku terfikir nak buatlah magis ikan kembung tu. aku nak lawan tok naga. mesti aku punya magis menjadi.

coretan tok rimau. menggunakan keindahan tubuh badannya dalam pembahagian artikel. ekor, taring, misai dan kuku. walaupun ia bahagian kecil pada tubuh badan dan kurang penting, tapi tok rimau berpendapat agak aneh. sukahati kau lah eik. antara artikel yang aku ingat ialah motor tong. hingga kini aku cuba imaginasikan repa motor tong itu. namun antara tulisan yang aku ingat ialah kata-kata Jimson @ Sulaiman; "untung orang muslim boleh menemui penciptanya 5 kali sehari." "kalau presiden atau jutawan, sorry la nak jumpa dia. sekali sepanjang hayat kita pun belum tentu, kalau tiada kepentingan." kata tok rimau pula.

II.

Friday, April 07, 2006

kera berkata-kata

"Dalam melakukan semua perkara kita mesti beretika. Etika dalam hidup kita adalah prinsip yang harus dipegang untuk kesejahteraan semua. Juga sebagai tanggungjawab sosial kita. Jadi, ini adalah salah satu konsep etika yang mana ia merupakan suatu prinsip untuk kesejahteraan semua, tidak tertulis namun nilai ini harus dipegang oleh semua." Penerangan aku.

"Jadi, undang-undang untuk apa?" Tanya aku pula.

"Undang-undang untuk diCABAR!!." Jawab kera yang bercakap itu.

"Hampeh!" dalam hati aku.

Tuesday, April 04, 2006

jangan tiru dia

ingat masa sekolah dulu. dalam form 4.

saat inilah zaman persekolahan aku paling malap. paling malas. saat honeymoon waktu persekolahan sebelum SPM selepas PMR.

semalam aku selitkan sedikit cerita kenakalan aku zaman sekolah pada pelajar.

"kamu nak tau, masa sekolah form 4 dulu, dalam buku latihan saya, ada 2 mata pelajaran." aku memulakan cerita.

"kalau dalam buku latihan bahasa melayu mesti bercampur dengan latihan sejarah bermula di tengah-tengah buku. hehe. tapi masa form 5 dah berubah baik. belajar betu-betul" cerita saya.

"saya pun sama! hehe. dalam buku latihan saya ada 3 mata pelajaran. bahasa melayu, sejarah dan agama. dari form 3 hinggalah form 5. hahaharu" jerit seorang pelajar perempuan.

"uhh, kamu lebih hebat daripada saya. patut la sekarang kamu belajar *pandai."

*baca: lembab

Monday, April 03, 2006

kenapa ada sabotaj pada AKB & JJ?

Kenapa jigo, op & amir mukhriz buat sabotaj pada hari AKB dengan JJ dilancarkan (maksud aku dijual)?

sini jawapannya.

i. kerana terdapat 1126 patah perkataan "sabotaj" di dalamnya. melebihi perkataan AKB atau JJ dalam buku mereka sendiri, yang tebal tu. sedangkan sabotaj hanya ada 32 mukasurat termasuk kulit. fuuuyooo.

ii. kerana terdapat banyak cerita-ceriti haiwan dalam zine ini tetapi sorry tidak sesuai untuk kanak-kanak. (kisah klasik 2 ekor naga iaitu naga-naga, kisah ekor harimau, kisah anjing dengan bukit *tut, kisah ikan bawal diatas kepala, kisah kenapa kucing menggeliat bila bangun tidur, kisah bagimana burung boleh berada di dalam seluar.)

iii. karena ada temubual dengan sinaganaga, tok rimau dan mat jan yang tak ada dalam AKB & JJ. antara petikan yang menarik:-

a) mat jan: mulanya bukan mata besar tapi "0" besar... *tutt *tutt *tutt (aku malas nak taip) *tutt *tutt *tutt... "wahhh... falsafah! falsafah", walaupun sebenarnya aku teringatkan sharifah sOOfia.

b) sinaganaga: apa pasal soalan untuk aku banyak, soalan untuk tok rimau dan mat jan sedikit? ("huh istimewanya tok naga", kata aku.)

c) tok rimau: fitnah ni. mana ada. tok tunggu-tunggu juga kalau ada minah fanatik baling kutang. (kutang? apa tu?, aku pun tak tahu)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1 April 2006, di Balai Seni Lukis Negara, gerai nombor 33.
aku: saya nak beli semua buku yang ada ni. (sebenarnya berdebar jugak jupa otai-otai ni)
mereka (aku tak ingat siapa): wow, kalau semua pembeli kita macam ni kan bagus..
aku: huh (bangga. kembang dada aku.heh)
* aku dah ada AKB, JJ, SABOTAJ & GT v5 pada hari yang sama MUAHAHAHAHAHA dengan riaknya.