koleksi video tsunami di Malaysia + Asia.....
vide0 1
AWAN DAN PEKEBUN SOLEH
MAKSUD HADIS
Imam Muslim telah meriwayatkan dalam sohihnya daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Di antara kita ada seorang lelaki telah melalui satu kawasan maka dia telah mendengar satu suara dalam awan : " Siramilah kebun si pulan!". Maka awan itu terus menuju (kebun si pulan itu). Maka ia telah mencurahkan airnya pada tanah yang mempunyai banyak batu-batan hitam. Apabila ia melalui saliran (antara batu itu) maka air itu telah memenuhinya(saliran). Maka dia(lelaki tadi) mengikuti air itu. Maka dia mendapati ada seorang lelaki sedang berdiri dalam kebunnya. Dia mengairi aliran air itu menuju kawasannya(kebun) dengan alat. Lelaki itu bertanyanya(pekebun) : "Wahai hamba Allah! apakah namamu?". Jawabnya: "Pulan sebagaimana nama yang telah didengar di awan". Pekebun itu lantas bertanyanya(lelaki itu) : "Wahai hamba Allah! mengapa engkau bertanya tentang namaku?".Maka beritahunya : " Sesungguhnya aku telah mendengar satu suara di awan yang mana ini adalah airnya(yang dicurahkan). Suara itu berkata :" Siramilah kebun si pulan sebagaimana namamu. Apakah(amalan) yang engkau lakukan padanya? Jelas pekebun itu :" Maka jika inilah katamu, sesungguhnya aku telah melihat kepada apa yang keluar daripadanya(hasil kebun) maka aku telah memberi sedekah satu pertiganya, untuk makanan aku dan keluargaku satu pertiga dan aku tinggalkan dalamnya(kebun) satu pertiga.
.......................................rie......
Kisah Zulkarnain dalam Al-Quran, Daripada Rasullullah dan Sahabat
Al-Kahfi [18:83-101]
[83] Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
[86] Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
[87] Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
[88] Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.
[89] Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[90] Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
[91] Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
[92] kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[93] Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
[94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
[95] Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
[97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
[98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
[99] Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
[100] Dan Kami perlihatkan Neraka Jahanam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;
[101] (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
Qutaibah meriwayatkan dari Abu Awanah, dari Samak bahawa Habib bin Hammed telah berkata, saya duduk bersama Ali bin Abu Talib, tiba-tiba seorang lelaki bertanya padanya tentang Zulkarnain dan bagaimanakah caranya dia menguasai Timur dan Barat?, lalu Ali menjawab "Dipermudahkan baginya awan-awan, dianugerahkan kepadanya asbab dan dibentangkan kepadanya cahaya."
Habib bin Hamad berkata kami bersama Ali bin Abu Tali dan bertanyakan padanya tentang Zulkarnain dan bagaimana beliau boleh sampai ke Timur dan ke Barat? Ali menjawab: "Maha Sucu Allah, dipermudahkan baginya awan, diberikan padanya asbab dan tangan yang terbentang."
Ibnu al-Kiwa pernah bertanya Ali bin Abu Talib, "Siapakah sebenarnya Zulkarnain? Adakah nabi atau malaikat?" Maka jawab Ali: "Zulkarnain adalah seorang hamba allah yang mukmim dan soleh, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya, dia di pukul dengan pukulan yang kuat pada jambul rambutnya sebelah kanan lalu mati, kemudian Allah hidupkannya kembali, lalu dipukul lagi pada jambul rambutnya sebelah kiri lalu mati dan dikalangan kamu ini ada orang yang seperti dirinya. "