Friday, December 24, 2004

tak ada gambar lain ke.....

hari ni aku nak cari gambar budak perempuan melayu utk wat salah satu instrument utk research prof aku. cari kat internet... tapi bila taip je "foto, gambar, photo atau seangkatan dengannya". tapi yang banyak keluar kat search result gambar yang pasti xxxx. pening aku... takkan aku nak buka, nati jadi worm kat komputer baru aku ni plak :). (cuba korang taip kat search *gambar gadis, foto perempuan, gambar melayu*)
kadang-kadang aku pikir agaknya mentaliti melayu ni suka sangat sebarkan gambar xxxx atau cerita xx ni. cubalah sebarkan sesuatu yang berfaedah untuk kita semua.. supaya hati tidak hitam. agar masyarakat kita tak bercelaru. supaya dosa tak berselirat..
tapi tak dinafikan jugak memang ada gambar yang elok dan memang ada banyak kisah dan nasihat serta peringatan ke arah islamik.tak dinafikan.
*peringatan untuk aku dan semua

Friday, December 17, 2004

kawan aku kawen (tami & iyo)



Classmate aku ni dah sekelas ngan aku dah 3sem. nama dia Dewi Utami, aku panggil Dewi, ada orang panggil tammy, tami, tapi yang pasti orang yang sama. aku pun bukannya baik sgt dengan dia, tapi sekali sekala berborak jugalah la, kalo jumpe kat sri serdang ni tegur jugak la. kebetulan umah sewa dia dekat dgn umah sewa awek aku.

Bila baca je kat dalam website kawin dia ngan suami dia ni teringat aku dengan "FILEM ADA APA DENGAN CINTA". coba baca dalam
"how we meet" dengan "engagement" rasa macam berada dalam panggung tgh tonton filem AADC hehe.

Semoga perkahwinan mereka (tami & iyo) diberkati dan dirahmati ilahi, Amin. Tapi apasal takde ga
mbar kawin versi kalimantan, Indonesia ye... kalo ada bleh la tau adat orang sana kawin kan..nanti aku tanya dia.
ni yang wat aku teringat kawan2 aku kat Universitas Lanchang Kuning, Pekan Baru, Riau. 2001 aku pernah ke sana 1 week.
______________________________
*kalo korang nak tgk.. klik je gambar kat atas tu

Wednesday, December 15, 2004

kan aku dah cakap...

belum lagi harga tol naik.....
sbb nak tunggu 1 jan 05

tapi harga ayam dah naik hari nih..
katanya sebab permintaan ramai musim hujan.
tak logik langsung. apa kena mengena hari hujan dengan permintaan ayam.

bila harga tol naik maka kos barangan meningkat
jadi semua harga barang naikkk

nih masa sekolah menengah dulu pun dah belajar dalam subjek ekonomi form 5.
semua orang tau punya.

_______________________________________
dah penat sesukaati...
Tunggu Orang Lalu
45 sen harga ayam naik

Monday, December 13, 2004

"harga tol naik lagi, hehe..." kata sami vellu.

LEBUHRAYA PLUS,
maka dengan ini harga tol naik lagi 10% kata sami vellu.

maka dengan ini harga sayur naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga petrol naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga tambang bas naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga beras naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga ubat naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga air mineral naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga elektrik naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga air naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga baju sekolah naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga yuran sekolah naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga susu bayi naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga biskut kering naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga pasir naik lagi 10% kata aku.
maka dengan ini harga poket aku naik lagi 10% kata aku.???


apa kata korang???
________________________________________
sukaatiaku sukaatiaku sukaatiaku laaa
1 jan 05 harga tol naik
naiklah lagi!!!

Friday, December 10, 2004

5 undang undang emas

buku versi melayu yang menarik dibaca tentang kisah yang penulis buku dapat daripada batu bersurat yang mereka jumpa ditapak arkeologi kota tergantung babylon. Nasihat ini telah diberikan oleh ayah Nomasir dan diukir di atas tanah liat keras sebagai batu bersurat, dan inilah dia:
5 UNDANG-UNDANG EMAS
1. Emas akan datang dengan bangganya dan bertambah kuantitinya kepada sesiapa yang menyimpannya tidak lebih daripada satu persepuluh daripada pendapatannya untuk membina estet untuk masa depannya dan keluarganya.
2. Emas yang diusahakan dengan tekun dan rasa puas hati untuk pemilik yang bijak yang mencari pekerjaan yang menguntungkan, bertambah banyak sebanyak ternakan biri-biri di padang.
3. Emas akan sentiasa berpaut kepada pemilik yang sentiasa mengawasinya dengan berhati-hati dan melaburkannya di bawah nasihat orang yang bijak dalam mengendalikannya.
4. Emas akan hilang begitu sahaja daripada orang yang membuat pelaburan perniagaan atau tujuannya yang dia tidak banyak mengetahui mengenainya atau oleh mereka yang tidak teruji kemampuannya dalam bidang itu.
5. Emas akan lari daripada orang yang dengan paksa melaburkan pendapatannya dalam pelaburan yang mustahil atau tertarik mengikut nasihat mereka yang bertujuan menipu atau mempercayai kebolehan sendiri yang tidak berpengalaman dan mempunyai keinginan yang tinggi dalam pelaburan itu.
buku ni sangat menarik di baca, dulu aku dapat satu, kawan aku kasi, pastu kasi orang pinjam, pastu dia buat harete, pastu aku beli skali lagi kat kedai buku koperasi UPM, setelah setahun mencarinya. semalam aku tengok ada satu je lagi buku ni kat situ. dah kira klasik la buku tu. ada satu lagi nasihat yang di beri iaitu 7 penawar untuk kaya atau korang klik kat gambar buku diatas dalam edisi Indonesia.
_____________________________________
sukaatiaku mengembara

Thursday, December 09, 2004

fanatik? bersederhana sajalah..

API dan AWAS
siapa tau? siapa masih ingat?
Dulu datuk nenek kita juga nasionalisme. sangat sayangkan negara! mereka di tangkap, dikatakan derhaka.... mungkin caranya tak sama dengan orang kita. tak sama dengan arus perdana. adakah itu alasannya maka mereka dituduh derhaka!!.?
tapi... tujuannya sama... jadi bersederhana sajalah....
biarkan, biarkan, biarkanlah buku ini disitu,
Memoir Ibrahim Chik - Dari Api ke Rejimen ke 10
biar kita pewaris merdeka ini menilai mereka........ tahniah PENERBIT UKM

sebenarnya pemikiran kau dan kau telah diracun oleh penjajah.. mereka saja betul. tapi kita dah lama merdeka, merdekakan minda dan naluri kemanusiaan kita. MEREKA JUGA PEJUANG BANGSA!!
Bukanlah menidakkan atau menafikan jasa dan pengorbanan perajurit tanah air tapi sekadar menyucikan minda. Agar pengalaman mereka itu dijadikan ilmu, pengajaran, dan peringatan kepada kita. Bukan menjulang tapi mengenang...... adakah itu salah???

"Kami ni, perintis kemerdekaan ibarat buruh binaan. Membina bangunan tinggi bertingkat-tingkat, cantik, tapi tak ada peluang untuk tinggal di dalamnya. Beginilah hidup saya. Masih hidup dibawah pohon getah, saya redha dengan what is given by God""Kamilah yang merintis jalan merdeka, menebas semak samun di depan, dan orang belakang kami senang berjalan di laluan yang bersih" Kata-kata petik daripada Majalah Tiga Sabtu lepas, dituturkan oleh bekas anggota
Angkatan Pemuda Insaf (API).
Sukaatiaku pulak mintak dari www.angah.blogspot.com kat sini
______________________________________________________
sukaatiaku laaaaaaa...
API kepada penjajah
relax jangan fanatik
itu kata kau!
biasa-biasa je lah
kaji la sejarah

Wednesday, December 08, 2004

bahagikan kepada 3


Pernah aku baca buku "Orang Terkaya Di Babylon". kalau mendapat keuntungan daripada perniagaan, kita harus membahagikannya kepada 3:
  • satu untuk modal
  • satu untuk simpanan
  • satu untuk dibelanjakan
Pernah aku dengar ustat ceramah kat masjid UPM. pesan rasullullah, kalau kita makan jangan makan banyak, bahagikan perut kita kepada 3
  • satu untuk makanan
  • satu untuk minuman (air)
  • satu untuk nafas (udara)
Pernah jugak aku terdengar atau terbaca dulu tapi tak ingat kat mana. kalau tak silap aku, jika mendapat rezeki/gaji, seelok-eloknya bahagikannya kepada 3
  • satu untuk simpanan
  • satu untuk kegunaan
  • satu untuk disedekahkan
Insyaallah hidup dan rezeki kita akan berkat, bertambah dan melimpah ruah..amin.
SEPERTI KISAH DI BAWAH NI......

AWAN DAN PEKEBUN SOLEH
MAKSUD HADIS
Imam Muslim telah meriwayatkan dalam sohihnya daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Di antara kita ada seorang lelaki telah melalui satu kawasan maka dia telah mendengar satu suara dalam awan : " Siramilah kebun si pulan!". Maka awan itu terus menuju (kebun si pulan itu). Maka ia telah mencurahkan airnya pada tanah yang mempunyai banyak batu-batan hitam. Apabila ia melalui saliran (antara batu itu) maka air itu telah memenuhinya(saliran). Maka dia(lelaki tadi) mengikuti air itu. Maka dia mendapati ada seorang lelaki sedang berdiri dalam kebunnya. Dia mengairi aliran air itu menuju kawasannya(kebun) dengan alat. Lelaki itu bertanyanya(pekebun) : "Wahai ha
mba Allah! apakah namamu?". Jawabnya: "Pulan sebagaimana nama yang telah didengar di awan". Pekebun itu lantas bertanyanya(lelaki itu) : "Wahai hamba Allah! mengapa engkau bertanya tentang namaku?".Maka beritahunya : " Sesungguhnya aku telah mendengar satu suara di awan yang mana ini adalah airnya(yang dicurahkan). Suara itu berkata :" Siramilah kebun si pulan sebagaimana namamu. Apakah(amalan) yang engkau lakukan padanya? Jelas pekebun itu :" Maka jika inilah katamu, sesungguhnya aku telah melihat kepada apa yang keluar daripadanya(hasil kebun) maka aku telah memberi sedekah satu pertiganya, untuk makanan aku dan keluargaku satu pertiga dan aku tinggalkan dalamnya(kebun) satu pertiga.

*kisah ni sukaatiaku dapat dari saujana egroup
_______________________________________
sesukaatiaku jalan-jalan
musuhku jundak hehe :)
tips utk musim orang kawen

Tuesday, December 07, 2004

yang aku resah

keje aku
gaji aku
motor aku
komputer baru aku nih (komputer opis)
kelas aku
kursus yang nak ambik
keje yang orang mitak tolong

yang paling resah....
aku.. ish ish ish

KORANG MACAM TU JUGAK KAN??

Monday, December 06, 2004

balas jasa tapi tak terbalas jasa


dulu ada housemate aku merungut bila ayahnya mintak duit nak baiki atap rumah...
padahal dia keje bagus kat Putrajaya (pendaftar mahkamah).

dalam atiaku terdetik:
ala ko keje gaji ribu-ribun, takkan ayah ko mintak duit skit, ko nak merungut. dulu masa ko belajar kat u, masa ko sekolah, masa ko kecik, bila ko mintak duit, ayah ko relax jer. walaupun dalam payah dalam resah....... dia senyum, pasti dia kan beri. takkan baru mintak sekali dah nak merungut. bila lagi ko nak balas jasa ayah ko tuh?...

bila kena kat aku....
aku teringat semula apa yang terjadi kat kawan aku ni..
aku teringat semula apa yang terdetik dalam hati aku ni..

walaupun simpanan aku tak banyak..
tapi aku tau itu ujian daripada Allah untuk aku. sbb aku pernah terdetik perkara ini pada housemate aku tu. jadi ujian ni datang pulak pada aku, aku redha. sebagai anak,wajib untuk me
mbalas jasa mereka. aku pasti beri......
kerana sekaranglah kita harus balas jasa mereka,
ketika mereka masih ada bersama kita
ketika mereka masih hidup
ketika kita masih hidup
WALAU TAK TERBALAS JASA MEREKA

rezeki Allah yang kasi... tak perlu nak pening..
kerana Allah akan beri rezeki dari arah yang tidak kita sangka-sangka
sebab..... aku dah melaluinya,

ANDA BAGAIMANA???
pernah melaluinya.....


____________________________________________________________________
~tEMpAt yaNG sUKaAtIakU naK JeJAKi~

Friday, December 03, 2004

what is your fantasy?


Malam semalam aku tanya soalan nih pada Padil kawan umah aku
dia cakap dia tak terpikir lagi

TAPI
Padil cakap kawan dia ada la satu fantasi,
dia cakap kalo buleh nanti bila aku kawin, aku nak kawin sambil berLARI!!
ahahahahhaahhahaha aku ngan padil pun gelak.........

soalan nih sebenarnye pensyarah aku tanye kat kelas smlm. dia nak semua orang email kat dia nanti dlm satu atau dua ayat jer.

kawan aku kat kelas berfantasi kalo boleh dia xnak keje tapi dia ada kotak duit yang tak habis walaupun dibelanjakan, malah setiap hari tgk masih tetap sama jumlahnya tak habis2

FANTASI AKU??
entah la. ada kot. tapi cam tak menarik jer....
aku nak pergi kat semua tempat yang pernah dijejaki kaki manusia, di darat, hujung benua, puncak gunung, dasar lautan, bulan, bintang, dalam tanah (aku percaya pasti ada ruang untuk dilawati), semua tempat....kalo boleh aku nak letak tapak kaki aku atas tapak kaki mereka!!

APAKAH FANTASI ANDA????
marilah sama2 kita berkongsi
.............fantasi yana
yana teringin sangat nak membina sebuah mahligai istana yang besar dan cantik sangat...di belakang istana yana ada laut biru yang tenang..bestnya dapat tengok laut biru! Cantik...
............fantasi tok rimau
Tok Rimau berfantasi jadi rimau bersayap dgn hati dan otak manusia. Mmmm... harimau tu kena pakai seluar la. malu. Fantasi aku, sukahati aku :) - Tok Rimau
...........fantasi sick sad world
aku kalo nak berfantasi... aku nak hidup dah zaman jeditak kisah ler kal tao jadi jedi pun .. janji hidup lam zaman tu...sikit la punyer besh.. kete sumer boleh terbang - sick sad world
............fantasi op
aku ada 2 fantasi. mahu hidup di zaman akan datang yang futuristik. dan mahu hidup di zaman sebelum kegemilangan melaka - tak pening kepala ;) - op
...........fantasi alindalia
fantasi tg sebenar-benar fantasi...nak melawat artakus kat dunia aurora...bleh bkenalan ngan karum then jadik partner bukak bank kat aurora!harap2 x kena makan ~~alindalia, urul island
...........fantasi sempoii
Fantasi aku..dok umah kat atas gunung (bukan gunung berapi yaa). Ada air terejun. Tak yah keje tapi ujung bulan gaji masuk. Bila nak shopping jer panggil jet peribadi bawak gi shopping kompleks kat kaki gunung.. -sempoii
...........fantasi jundak
aku ada banyak fantasi.. yang baik, yang jahat semua ada.. antaranya, aku nak jadi the best footballer on earth.. main utk manchester united.. kretif ala2 zidane, freekick ala2 beckham, footwork ala2 cristiano ronaldo, dribling ala2 giggs, skill ala2 ronaldinho.. huh tobat malaysia menang world cup kalau camni!! - jundak
____________________________________________________________________
~tEMpAt yaNG WajiB dI JeJAKi~

Thursday, December 02, 2004

Iskandar Zulkarnain

Iskandar Zulkarnain (yang mempunyai 2 tanduk)
Banyak yang misteri tentang Iskandar Zulkarnain nih... aku sebenarnye dari kecik dah sangat berminat tentang sejarah hidup atau apa sahaja sejarah yang berkaitan dengan Iskandar agung nih. Kebetulan pulak adik aku yang bongsu bernama Ruzulkarnain yang pada asalnya tokki aku nak letak Zulkarnain jer, tapi ayah aku letak lah "Ru" kat depan supaya semua adik beradik kami ada "R" kat depan nama. hehe
Berkata az-Zubir bin Bakar: 'Ibrahim bin al-Munzir telah menceritakan padaku, dari Muhammad bin ad-Dhohak, dari ayahnya bahawa Sufian ath-Thauri pernah berkata': "saya mendapat tahu bahawa pemerintah dunia ini ada 4 orang semuanya, dua orang daripada mereka adalah orang beriman dan dua orang lagi kafir iaitu nabi Sulaiman a.s, Zulkarnain, Namrud dan Bakht Nassr"
Bila di sebut tentang Iskandar Zulkarnaain pasti otak kita terlistas tentang dua bangsa iaitu Ya'juj Ma'juj, yang mana Iskandar agung ini telah mengurung bangsa ini dalam sebuah lembah yang mana jalan keluar daripada lembah tersebut telah di bina tembok daripada campuran besi dan tembaga untuk menghalang mereka keluar.
Wayang sekarang ni tengah tayangkan filem Alexander da Great. tapi tuh versi merekalah.. orang puteh. tapi versi kita orang islam lagi menarik. kalau tidak masakan Allah menyebut nama beliau dalam Al-Quran.
Versi orang puteh Alexander mereka ni seorang gay dan ada ramai perempuan simpanan. yang mana ini tidak langsung menunjukkan ketokohannya sebagai seorang raja yang agung yang menguasai Timur dan Barat. mengikut satu pendapat daripada bacaan aku, zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain dan Alexander ni bukan pada waktu yang sama. oleh itu Iskandar Zulkarnain yang di beritakan dalam Al-Quran dan Alexander da Great adalah manusia yang berbeza.... jadi jangan samakan mereka.
Menurut Muhammad Khair Ramadhan Yusuf, dalam bukunya "ISKANDAR ZULKARNAIN, panglima perang, penakluk & pemerintah yang soleh, kajian terperinci menurut Al-Quran, sunnah & sejarah", menyatakan terdapat banyak pendapat siapa sebenarnya Iskandar Agung ini. menurutnya terdapat 4 orang yang berkaitan dengan nama ini iaitu:
  1. Iskandar Macedonia
  2. Zulkarnain al- Hamiri (Raja Himyar)
  3. Seorang lelaki soleh pada zaman nabi Ibrahim a.s
  4. Kursh al-Akhmini al-Farisi

.......................................rie......

Kisah Zulkarnain dalam Al-Quran, Daripada Rasullullah dan Sahabat

Al-Kahfi [18:83-101]

[83] Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.

[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

[86] Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.

[87] Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

[88] Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.

[89] Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[90] Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

[91] Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

[92] kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[93] Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

[94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

[95] Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

[96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

[97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

[98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

[99] Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

[100] Dan Kami perlihatkan Neraka Jahanam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

[101] (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

Qutaibah meriwayatkan dari Abu Awanah, dari Samak bahawa Habib bin Hammed telah berkata, saya duduk bersama Ali bin Abu Talib, tiba-tiba seorang lelaki bertanya padanya tentang Zulkarnain dan bagaimanakah caranya dia menguasai Timur dan Barat?, lalu Ali menjawab "Dipermudahkan baginya awan-awan, dianugerahkan kepadanya asbab dan dibentangkan kepadanya cahaya."

Habib bin Hamad berkata kami bersama Ali bin Abu Tali dan bertanyakan padanya tentang Zulkarnain dan bagaimana beliau boleh sampai ke Timur dan ke Barat? Ali menjawab: "Maha Sucu Allah, dipermudahkan baginya awan, diberikan padanya asbab dan tangan yang terbentang."

Ibnu al-Kiwa pernah bertanya Ali bin Abu Talib, "Siapakah sebenarnya Zulkarnain? Adakah nabi atau malaikat?" Maka jawab Ali: "Zulkarnain adalah seorang hamba allah yang mukmim dan soleh, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya, dia di pukul dengan pukulan yang kuat pada jambul rambutnya sebelah kanan lalu mati, kemudian Allah hidupkannya kembali, lalu dipukul lagi pada jambul rambutnya sebelah kiri lalu mati dan dikalangan kamu ini ada orang yang seperti dirinya. "

--------------------------------wallahhualam

Wednesday, December 01, 2004

hai korang yang dengki aku...


smlm tim kasi aku komputer baru
ari ni aku try wat blog
kak syarifah ajarkan
mona penonton
yana takde

aku hebat
hehe