Kota Kuala Muda 1970 |
Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”
Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?
Bergantung kepada Yang Satu,
Berpegang kepada Yang Esa,
Tuah hidup sempurna hidup,
Hidup berakal mati beriman,
Malang hidup celaka hidup,
Hidup tak tahu halal haram.
(Pepatah epistemologi Melayu lama)
Petikan dalam buku Islam & Melayu, Dr. Siddiq Fadzil, 2012.
Apa tanda batang tebu,
Batang tebu halus uratnya,
Apalah tanda orang berilmu,
Orang berilmu halus budinya.
(pantun budi, pantun orang dulu)
Laknat Allah untuk semua yang terlibat menerbitkan ‘Innocence of Muslims’ dan penyokong-penyokongnya!
Demi mencintaimu ya Rasullullah inilah doa yang layak untuk mereka semua....
"Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amien…!"
Sesuatu yang menarik tetang seminar bersama Sheikh Raed Solah semalam antara petikan kata-katanya yang menyentuh hati & memberi semangat kepada peserta:
"Isu al Quds bukan isu rakyat Palestin, ia adalah isu umat Islam. Di Malaysia, saya lihat orang Melayu sangat sensitif dengan isu ini, setiap kali sy terangkan isu al Quds di program dan masjid-masjid, saya lihat ramai yang menitiskan air mata.
Lihatlah sejarah dahulu, seorang Kurdistan, iaitu Salahuddin Al Ayubi, beliau bukan Arab, namun telah membebaskan bumi Palestin.
Saya percaya, InsyaAllah, dengan kesedaran yang tinggi dan dengan senario terkini InsyaAllah, akan lahir seorang "Salahuddin Al Ayubi" dari bumi Malaysia ini.
InsyaAllah, "beliau" yang bukan arab yang akan membebaskan bumi Palentin & Masjid Al Aqsa dari penjajahan Yahudi Zionis iaitu datangnya dari bumi ini, InsyaAllah"
Amen ya Rabbalalamin....
Menurut Syeikh Ikhsaan Hendricks Presiden Majlis Kehakiman Islam Afrika Selatan, dalam isu kebebasan Pelestin/isu Al Quds, dlm perbincangan antara pejuang-pejuang tempatan Palestin menyatakan bahawa:
Orang Melayu walaupun mereka nampak semacam sombong tetapi mereka ini merbahaya terhadap musuh agama mereka.
Ini kerana orang Melayulah yang telah memberikan dana yang paling besar dalam perjuangan pembebasan Al Quds berbanding pemimpin-pemimpin Arab...
*Hari ini saya di Semimar Selamatkan Masjid Al Aqsa Dari Ancaman Zionis, Aman Palestin, Jakim Putrajaya.
Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.
(Fussilat 41:4)
Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "
(Fussilat 41:5)
Masih lagi Dewan Budaya Julai 2012.
Allah muliakan Melayu dengan Islam. Falsafah kepimpinan Melayu sangat unik dan telah lama teruji dengan kerajaan-kerajaan hebat sejak Funan, Srivijaya hinggalah Melaka. Saya kongsikan budi fikir saudara Muhammad Abi Sofian tentang keunikan dan ketinggian falsafah kepimpinan Melayu dalam gambar di atas.
Mungkin ada lagi sarjana Melayu yang bakal mengembangkan budi pimpin Melayu ini.
Suatu artikel dalam Dewan Budaya Julai 2012;
* Melayu itu asal perkataannya adalah dari perkataan "melaju".
-bermaksud cepat, deras, tangkas yang merujuk sifat semulajadi perlakuan manusia melayu sehari-hari dlm aktivitinya.
-cerdas berfikir & pantas bertindak dalam peribadinya.
*Melayu juga bermaksud penyeberang, pengembara, penjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain...
Komentar sosok saya: Melayu itu berada ditanah dan air. Maka negaranya tanahairnya. Menyeberang, Melaju & Derasnya di sungai dan lautan. Mengembara dan Menjelajahnya di setiap pelosok tanah, pulau dan lautan. Itulah bangsa Melayu.
Surah AlMaa’idah. Ayat 008.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Dan apabila berbicara, maka berbicaralah dengan adil.
(Surah Al An’am ayat 152)
Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan.
(Al-Hujurat: 6)
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
(Surah Ibrahim: 24-26)
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(An-Nur 24:11)
Suatu hari saya pernah terbaca:
"bersyukur dengan nikmat Allah juga adalah suatu nikmat"
Maka bersyukurlah kita, nescaya Allah akan tambah lagi nikmatnya untuk kita....